Close

Wednesday, January 19, 2011

Strategi Singapura ke arah manjadi negara Rojak

Singapura yang telah sedekad mengapai taraf negara maju yang pertama di rantau Asia Tenggara kini berdepan masalah paling serius. Masalah ini langsung tidak pernah terfikir oleh sesiapa pun hatta Lee Kuan Yew sekalipun.
Mungkin 30 tahun yang mendatang, Singapura bakal menjadi negara pulau kecil pertama yang mempunyai semua bangsa bertaraf warga negara. Ini berikutan pelawaan Kuan Yew yang menyokong kemasukan pendatang asing dari Indonesia, India, Vietnam, Filipina, Nepal dan Bangladesh di samping tenaga-tenaga pakar pelbagai bidang dari Amerika, Jepun dan Eropah.

Malah tanpa berselindung, Menteri Mentor republik itu mengharapkan anak-anak generasi pendatang untuk membengunkan Singapura pada masa mendatang. Semuanya adalah untuk memenuhkan tenaga kerja yang menimbun di Singapura termasuklah ' civil defence ' negara tersebut.

Walaupun dibantah keras sebahagian besar rakyatnya, tetapi Kuan Yew memandang tiada cara mampu dilakukan Singapura setakat ini dalam masa singkat bagi membendung masalah kekurangan tenaga kerja tempatan dalam pelbagai bidang.

Kuan Yew menempelak penduduk Singapura yang tidak gemar mempunyai ramai anak dan ada pasangan yang langsung tidak berminat untuk bercahayamata. Terdapat juga segelintir penduduknya yang yang memilih hidup secara 'social life' tanpa mahu diikat dengan ikatan perkahwinan serta segelintir kecil yang mahu hidup membujang sahaja.





Kos sara hidup
Ini berikutan kos sara hidup Singapura yang tinggi seperti makanan, tempat tinggal dan kos persekolahan yang tak tertampung oleh masyarakatnya. Ramai juga masyarakat Melayu Singapura pula memilih untuk meninggalkan republik berkenaan berhijrah ke Johor dan Kuala Lumpur.

Kepulauan bermajoriti kaum Cina itu kini tersepit dek strategi 1oo tahun yang lalu membawa masuk kaum pendatang dari Tanah Besar untuk memonopoli bidang perkapalan,perniagaan dan pentadbiran negeri. Ini adalah strategi mudah untuk meramaikan penduduk Singapura khususnya dalam bidang perusahaan dan perdagangan dan menampung tenaga kerja di pelabuhan.

Perkembangan pesat yang melanda pulau itu terutama selepas Perang Dunia ke 2 menjadikan kaum melayu tak terkejar dek arus permodenan. Era 70an pula semakin ramai melayu pulang ke Johor dan Melaka. Permulaan abad ke 21, hampir pupus melayu di Singapura berikutan masyarakat berkenaan itu juga menghadkan bilangan anak.

Jati diri bangsa
Cara mudah memenuhkan tenaga kerja sebegini pastinya kan meninggalkan impak buruk yang besar. Yang pertamanya ialah soal jatidiri warganegara. Jika Singapura diserang, adakah penduduk pendatang ini akan tinggal mempertahankan Singapura atau berpusu-pusu pulang ke tanah asal mereka? Meletakkan pendatang asing sebagai anggota keselamatan negara ibarat menggajikan pengawal keselamatan Nepal mengawal bank.

Yang keduanya dari aspek sosial. Bukan mudah sesebuah negara membentuk ikatan kesepaduan setiap warga negaranya. Jati diri warga negara yang longgar menyebabkan negara berkenaan mudah kacau bilau dan mudah terjadi persengketaan kaum dan agama. Sedangkan negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti Australia, New Zealand, Perancis termasuk juga Malaysia berhempas pulas memakmurkan kesepakatan kaum di negara masing-masing.

Yang ketiganya ialah dari aspek ekonomi. Pendatang yang bertaraf warganegara ini akan membawa keluar berbilion dollar Singapura negara berkenaan pulang ke negara asal mereka. Ini akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.

Malaysia dan rakyat negara ini wajar mengambil iktibar akan peristiwa yang berlaku di negara jiran seberang tambak ini. Tidak sesuai jika kita terlalu mengharapkan pendatang yang memenuhkan ruang ekonomi dan pekerjaan dalam negara yang tercinta ini.

Kawan bukan penganalisis politik dunia, kawan tiada ijazah atau apa-apa pun sijil dalam bidang berkenaan. Kawan hanya blogerz nyamuk yang memandang sedih akan Singapura yang pernah menjadi sebahagian dari wilayah dan negeri Tanah Tumpahnya Darah ku.

Tanah yang hilang itu akan selamanya hilang dari pegangan bangsa ku,apa yang kita ada hari ini, bermati-matian lah kita mempertahankannya..

2 comments:

  1. TAK LAMA LAGI IA AKAN TENGGELAM ATAU HANYUT KERANA PEMBINAAN JAMBATAN BENGKOK AKAN DITERUSKAN.

    ReplyDelete
  2. padan muka singapore..3o thn lg PM mereka adalah org nepal atau bgladesh

    ReplyDelete