Close

Wednesday, January 5, 2011

Minta solat hajat, kami dah tak larat !

Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."

kata kawan...
Secara jujur dan ikhlasnya kawan ingin menegur UMNO kerana menggangu pentadbiran DS Khalid Ibrahim. Walaupun berbagai perkara yang menjolok mata berlaku di Selangor, tidak sepatutnya UMNO menganggu Khalid dan kerajaan Pakatan Riot. PRU 13 semakin hampir,sepatutnya segala urusan dan perhatian harus di tumpukan pada agenda memperkukuhkan parti bukannya hal remeh temeh macam ni.

Kerjaan Pakatan Riot dipilih oleh rakyat secara rasmi,jika rakyat tidak berpuas hati dengan pentadbiran sedia ada, biarlah rakyat sendiri yang menurunkannya secara rasmi pada PRU akan datang bukannya dengan cara 'busuk' macam ni.

3 comments:

  1. bukan mengganggu..tapi yg takut terasa diganggu..apa la yg ditakutkan dengan khusrin 2..dia 2 penjawat awam..dia menjalankan tugas yg biasanya dijalankan KSU..blom lg si Khusrin 2 wat kerja da tuduh bukan2..ke takut ngan bayang2 khusrin masa di jais dulu..khusrin menjalankan tanggungjawab dan amanah yg diberi..lagi pulak apa yg dilakukan dituntut agama..jd dimana silapnya khusrin? kalau mb pilih KSU..xde makna la..lagi lak sekutu politik..sah2 ikut je walaupun itu salah..beri peluang br nilai..bukan takut bayang2 sebelum berjuang..

    ReplyDelete
  2. Aik takde komen pun.... takpe la aku tolong komenkan... pegi dengar sultan selangor bertitah tak hari ni dlm majlis akad taat setia KSU? Kalau tak, baik cari sape2 yg ada rakam...

    ReplyDelete
  3. strategi mcm ni akan jadi modal kempen plg hot untk prk tenang. masa prk bkt gantang dlu, berlakunya pascapakatan riuh tumbang akibat lompat parti adun behrang,cgkat jering dan jelapang.
    walaupun terbukti mereka yang salah tetapi tour ceramah umum termasuk la di pasar malam menjadikan rakyat benci kepada BN dan sultan yang kononnya zalim

    ReplyDelete