Kawan pun tercabar bila ada kafir yang mempertikaikan bunyi azan di perlahankan. Mendidih darah rasanya mengenangkan seruan agama yang di cintai di pandang ringan oleh penganut agama lain. Lagi la pulak yang Malaysia ni agama Islam sebagai agama rasminya.
Kawan memang bangga jemaah masjid Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan demontrasi membantah permohonan seorang ahli MCA meminta supaya azan subuh diperlahankan. Ada dekat seratus orang, wui bagusnya..kawan pun teringin nak ikut serta malangnya jarak tempat kawan ni jauh, jadi sokong dengan hati aje lah.
Kita orang melayu memang pantang dicabar, nak-nak lagi jika melibatkan soal agama dan bangsa. Kalau dengar ada demo aja, berduyun join. Sampai ada yang tak ada kena mengena pun join jugak. Kalau hal masjid ni, yang tak pernah nampak batang hidung, yang mat rempit, yang sembahyang setahun pun ada sekali.
Bukan kawan kata demo kat masjid Al-ikhlasiah tu salah, tapi ada baik nya kita sebagai umat Islam periksa dulu diri kita,sembahyang dah cukup ker, sah ke sembahyang aku ni, rajin ke aku datang masjid ni berjemaah sambil dengar ceramah tok guru...
Dulu semasa kawan berkerja di kilang, kawan ramai kenalan berbangsa cina. Apabila tiba tahun baru cina, kawan selalu juga berkunjung ke rumah mereka. Sambil makan limau dan kacang, kawan dihidangkan dengan beer, kawan tolak..kata member cina kawan tu, saya tau olang melayu talak boleh minum beer, tapi aa, selalu masa raya cina, olang melayu datang rumah saya semua mau beer,u sorang saja tak mau...Itu tadi pak mat, sama kita punya member kilang melayu pun datang rumah saya, semua mintak beer. "
Kawan tanya kenapa mereka minta, member cina kawan cakap beer kat kedai mahal, jadi masa tahun baru cina ni, boleh dapat free, boleh minum bertin-tin sampai tertonggeng . Astarfirullahal azim.. Nampak tak persepsi bukan islam pada kita yang beragama islam dan berbangsa melayu ni.
Mengapa peguam cina tu berani mempertikaikan suara azan, kerana dia melihat kurangnya kekuatan jemaah di masjid dan kurangnya golongan muda yang cergas di masjid. Bukan di masjid Al-Ikhlasiah sahaja, tetapi semua masjid seluruh negara. Orang muda menjauhkan diri dari masjid,bahkan ada kawasan kampung yang kawan pernah singgah, sembahyang Jumaat cukup-cukup ahli. Habis solat kawan tanya orang tua di situ, dah susut ke penduduk kampung ni? Dia cakap ramai, tapi semua taknak datang masjid termasuk la yang tua-tua.
Saya sudah pun link kan blog tuan.. mohon tuan link kan blog saya di dalam blog tuan..
ReplyDeletewww.malaysianutd.blogspot.com
TQ