Close

Saturday, January 22, 2011

buat Nik Aziz, lupakan Dun Tenang, selesaikan isu jalan di kawasan tok guru dulu !!


Penduduk di lima buah kampung di Kota Bharu, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak ADUN Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap... apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak.

Pada kawan..tak boleh nak salah siapa-siapa, kalian dulu yang memangkah beliau,jadi rehda aje lah..

Ada seorang adun kelantan yang kawan dah lupa apa namanya berbangga dengan kemajuan dan kelebihan kelantan yang di sifatkannya negeri yang maju di bawah pimpinan ulama Pas.

Kenapa di ganggu Nik Aziz di Tenang yang tengah sibuk berkempen ni..Ni kerja puak-puak Umngok le ni..

2 comments: