Close

Friday, January 28, 2011

ibubapa murid-murid cikgu maarof mesti tolak Pas

Kawan tak tau la apa alasan Cikgu Maarof boleh meninggalkan bidang utamanya sebagai guru dan pendidik menemani isterinya berkempen. Kawan tak tau peraturan mana yang beliau pakai membolehkan beliau mendapat MC bagi penyakit kemurungan melampau.

Kalau kawan sebagai ibu bapa murid sekolah yang diajar oleh cikgu Maarof, kawan akan meminta kerajaan memecat beliau dari profesion keguruan. INi bukan isu politik tetapi isu pendidikan murid. Kalau anak Salahudin Ayub, Mahfuz Omar hatta Nik Aziz sekalipun balik mengadu yang cikgu tak masuk kelas mesti melenting. Kalau ada pun cikgu ganti pastinya tidak sama dengan cikgu asal.

Apa korang akan rasa bila dapat tahu yang cikgu yang mengajar anak tuan puan sakit kemurungan melampau. Pastinya korang akan terbayangkan cikgu berkenaan akan banyak termenung,kerap menangis tanpa sebab, kurang selera makan, kerap tertekan dan bergantung pada ubat. Tapi satu hari, tetiba korang mendapati cikgu tu sihat walfiat dah tu siap boleh berceramah politik lagi, meredah banjir siap pegang tangan malah ceria dan happy .

Cigu maarof ni khabarnya guru Bahasa Melayu, satu subjek yang paling penting dalam mana-mana peperiksaan KPM dan kerajaan. Sampainya hati cikgu Maarof meninggalkan murid terkontang kanting dahagakan ilmu.

Kawan tabik pada isterinya Cikgu Normala Sudirman yang mengambil keputusan meletak jawatan. Tak menyusah kan orang lain,tak menyusahkan rakan-rakan guru,tak menyusahkan ibu bapa dan murid, dan tak menyusahkan sekolah.

PAS memberi maklum balas UMNO tiada isu hingga terpaksa menggunakan isu MC tapi terlupa status halal haram gaji yang diterima cikgu maarof semasa berpura-pura sakit dan tanggungjawabnya pada pelajar. Barangkali anak-anak pengundi PAS seronok sebab cikgu tak ada sebab sakit cakap sorang-sorang, boleh kita main..yeeaaa

1 comment:

  1. habis pilihanraya ni,cigu maarof harus dirujuk pada dr psiktrik. kalau terbukti cgu berkenaan berbohong maka surcharge akan dikenakan.

    politi-politik juga,tapi peraturan penjawat awam tidak mengenal penyokong BN atau PAS

    ReplyDelete