Sunday, September 26, 2010

TAIPING ketinggalan zaman


Nama bandar Taiping tidak perlulah diperkenalkan lagi. Semua orang tahu bandar paling banyak hujan dan bandar di mana bermulanya hampir setiap perkhidmatan di negara ini.

Sejarah yang tercipta hanya keseronokan dahulu. Taiping hari ini semakin lesu dan lesu.

Bandarnya yang kotor dan bangunannya yang buruk tidak bercat sangat merimaskan.

Taiping tidak mempunyai sebarang IPTA. Selama hari ini,warga taiping hanya berbangga dengan MRSM dan SBP Tun Azlan Shah sahaja. Zaman mantan MB Perak yang dahulu, Tan Sri Ramli Ngah Talib hanya pandai menempatkan UITM,IKBN dan Universiti Sains cawangan Perak ( kampus telah di ambil alih Universiti Petronas) di Seri iskandar iaitu kawasan DUN beliau. Selangor paling banyak IPTA.

Semua YB kawasan taiping dari zaman YB Kayveas dan sekarang YB Ngah Kor Ming hanya tau berpolitik. Pekan Kamunting tak banyak berubah,masih buruk dan kotor.kecualilah pembukaan TESCO,Giant dan yang terbarunya Econsave.
gambar dipetik dari

PM DS Najib mengumumkan akan pembukaan sebuah IPT Perubatan Francais US di Serdang (selangor lagi).

Apalah nasib orang Taiping,hanya tengok tempat lain berubah. Jalan di Taman Tasik dah lama tak berturap,berlubang sana sini.
gambar bandar dari harizzamzuri.blogspot