Close

Monday, September 5, 2011

Isu Komunis : Agen BN lembik jadi punca Mat Sabu kuat?

Tak habis-habis media kiri dan kanan mengulas isu kenyataan Mat Sabu perihal komunis dan tragedi Bukit Kepong. Pada pemerhatian kawan dalam hujah dalam FB, dah ramai melayu-malayu intelektual yang sudah boleh menerima hujah Mat Sabu sekali gus menidakkan coretan sejarah berdarah Bukit Kepong dan bersetuju bahawa tragedi berkenaan hanyalah lebih kepada mainan politik UMNO.

a. Setakat ini hanya pak kitol ( Khairy Jamaludin ) yang sanggup berdebat dengan puak PAS untuk mengupas lanjut isu Bukit Kepong.

b. Agen BN yang lain lebih menumpukan usaha lobi untuk menjadi calon PRU 13 nanti.

c. Agen BN macam tak berminat nak nak cabar PAS/PR berdebat. Sibuk nak cari publisiti murahan seperti misi keamanan di Somalia. ( Alfatihah buat Allahyarham Noramfaizul Md Nor )

d. Kawan tengok, agen agen lembik BN hanya mengharapkan UTUSAN untuk membongkar sebarang isu panas. Kemudian, ramai-ramai pakat ulas macam tau apa diaorang cakapkan tu.

e. BN hanya mengharapkan AP Bebas seperti YB Zulkifli Noordin, YB Zahrain, YB Ibrahim Ali dan YB Wee Cho Keong untuk mencari isu melemahkan pakatan rakyat.

f. Hanya NGO-ngo pro BN kelihatan bersungguh-sungguh untuk memenangkan BN di PRU 13 nanti, sedangkan sayap-sayap BN hanya lepak dan rilek.

g. Mat Sabu kuat kerana BN lembik. Setakat ini, mana ada sebarang roadshow ceramah untuk menangkis tohmahan Mat Sabu. Walaupun sebilangan kita tidak boleh menerima kata-kata Mat Sabu itu, tetapi berapa ramai antara kita yang bersungguh-sungguh untuk menentang cakap-cakap si Mat Sabu itu.

f. Kawan tabik spring pada geng-geng PR yang cukup alert dengan kelemahan BN. Sebarang kudis cepat dihidu, kalau ada busuk cepat dicari, kalau ada sebarang cacat cela dengan pantas mereka korek. Walaupun bukti-bukti yang mereka kemukakan memang tak logik ataupun merapu tetapi dengan sokongan setiap sayap PR ( termasuk tok-tok guru berkopiah ), akhirnya pemikiran pengundi-pengundi ( terutamanya pengundi muda ) berjaya mereka usik.

g. Kawan rasa, kalau beginilah gayanya cepat lah BN lingkup dan mampus. Jangan tunggu PRU nanti baru nak bertempik. Masa tu dah tak sempat brader, cuma sempat korek lubang jer untuk terjun.

Kawan cakap benda yang betul, kalau korang marah, kawan minta maaf dulu. Tapi itu adalah hakikat.