Close

Saturday, January 8, 2011

PAS sudah edar risalah Manifesto Pilihanraya di DUN Changkat Jering

Pagi tadi sewaktu kawan hendak keluar membeli barang dapur berserta akhbar, kawan terpandang sampul surat di peti surat rumah. Bila kawan ambil,tidak ada alamat mahupun setem. Kawan pun buka ada 3 helai kertas di dalam.

Kertas pertama adalah kertas bergambar mengenai YAB Menteri Besar Perak, DR Zambry sewaktu melakukan upacara tepung tawar yang disifat kan PAS sebagai amalan khurafat lagi syirik.

Kertas kedua ialah berkenaan 'kejayaan' kerajaan Pakatan Riuh semasa mentadbir Perak selama 11 Bulan.

Kertas yang ketiga ialah menggesa umat islam menolak barangan yang ada kaitan dengan Israel.

Kawan rasa isu 'ancak' ini sudah dijelaskan oleh Yg Berbahagia Tan Sri Harunsani tetapi penjelasan mufti yang digelar mufi UMNO oleh penganut Pas Perak ini tidak pernah di persetujui mereka.

Tentang Kejayaan pentadbiran PR di perak dulu yang disenaraikan dalam risalah ini

Kebajikan Rakyat
- 20m3 percuma kepada rakyat yang berpendapatan RM 750 ke bawah.
- 1 juta untuk 5000 rakyat miskin tegar
- hak milik kekal ( 999 tahun ) untuk 102 ribu lot melayu dan 47 ribu untuk kg baru cina.
- sumbangan dermasiswa
-tabung khas oku,warga tua,isteri tahanan ISA, ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik.
- menjana hasil pendapatan negeri 40 juta melalui hasil balak
- takaful kifalah untuk warga emas yang meninggal lebih usia 65 tahun.

Kawan nak minta Dewan Pemuda Pas Perak yang bertanggung jawab mengeluarkan risalah ini supaya mendedahkan tentang manifesto mereka secara jujur yang kawan rasa terlalu menipu. Ibu kawan seorang ibu tunggal tidak pernah terbela malah tidak diberi pun apa-apa bantuan. Adik-adik kawan adalah anak yatim pun tiada apa-apa bantuan kecuali sumbangan kasut dan beg sekolah adah sekali. Bil air tetap kena bayar walaupun ibu kawan adalah ibu tunggal si samping memelihara sederet anak yatim tidak ber ayah. Mana ada free !!

Kawan minta pada beliau tunjuk kampung melayu mana yang dapat hak milik kekal sepanjang 11 bulan. Setahu kawan hanya 1 kampung yang dapat pemberian macam tu iaitu Kampung Baru CINA Gerik. mengikut cerita yang kawan dengar, kampung baru cina dekat rumah kawan pun dah di offer hak milik geran 999 tahun. Di sebabkan berlaku krisis politik di perak pada dan BN mengambil alih pentadbiran tahun 2009 sebelum urusan 'upgrade' geran dibuat, maka kebanyakan pengundi cina telah merajuk dan tidak memangkah BN pada PRK Bukit Gantang yang lalu.
Mana ada kampung Melayu yang di offer..pembohong kalian!!

Tak usah berbohong pada rakyat, Perak dulu bukan Pas yang perintah pun tetapi DAP. Nizar Jamaludin macam juga dengan Khalid Ibrahim hanya tahu baca teks yang di tulis orang lain.

Mengapa gambar Nizar pegang lilin semasa sesi memperingati kematian Teoh Beng Hock di diamkam mereka?? apakah perbuatan itu mendapat pahala?? mengapa Nik Aziz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ?? Ajaran Islam mana yang mengajar berkabung sambil pegang lilin ? Dewan Pemuda Pas Perak sila jawab !!!

YB Ahli parlimen Bukit Gantang tidak pernah masuk kampung. Kalau kita bising dan bertanya, tali barut nizar akan memberitahu yang Nizar hanya singgah di masjid dan surau (bukan semua surau hanya surau orang pas sahaja selain markas PAS Bukit Gantang di Jalan Ayer Kuning ) "maka jika anda tak bertemu dengan beliau maknanya anda memang bukan kaki masjid"..amboi sedapnya cakap mamat ni..dulu masa nizar ni berkempen, segala kedai kopi melayu, cina dan india dengan kedai todi habis di masuk. segala pasar ikan, pasar malam habis di redah..Buat tali barut tadi, Bukan macam tu nak menegur orang bang, awak tu ahli parti islam, mestilah ada budi bahasa..

PAS BUKANNYA AGAMA...

No comments:

Post a Comment