Close

Thursday, April 28, 2011

Ahli bangkang sikit, gantung keahlian. Itulah PKR Selangor

PKR yang tengah serabut mencari isu baru untuk mengalihkan perhatian rakyat berkaitan isu Ketua Umum mereka yang juga model terkenal jam Omega, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengantung seorang ahli mereka di Selangor.

Bila dah berjanji bulan dan bintang, orang yang diberi janji tu akan ingat. Bila tak dapat, memang la dia orang mengamuk. Cara yang paling cantek untuk menyekat rakyat dari terus mengungkit itu dan ini ialah mengantung keahlian. Sekurang-kurangnya, yang digantung ini tidak dibenarkan hadir ke mesyuarat cabang dan ranting PKR maka selamatlah pengerusi dan AJK yang lain dari menjawab soalan-soalan yang tak terjawab.

PETALING JAYA, 28 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantung keanggotaan Murali a/l Subramaniam dari Cabang Puchong berkuatkuasa serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, jawatankuasa telah menerima aduan daripada empat anggota PKR pada tahun 2010 dan setelah mengadakan pendengaran dan mendapat penjelasan daripada S. Murali, secara sebulat suara mendapati beliau bersalah atas beberapa dakwaan.

Jelasnya, kesalahan itu kerana mengkritik kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor mengenai peruntukan Kerajaan Selangor terhadap Sekolah-Sekolah Tamil di dalam media, merusuh atau mengganggu perjalanan dialog yang dipengerusikan Dr. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor di Annexe SUK Selangor serta mengetuai sekumpulan orang menyerang Kumareval a/l Subrayan dalam dialog tersebut dan bersikap kasar terhadap Teresa Kok ketika beliau melawat Sekolah Tamil di Puchong.

“Justeru, keputusan Jawatankuasa Disiplin tentang Sdr Murali telah dimaklumkan kepada Biro Politik pada 27 April 2011, dan dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Pusat, Biro Politik memutuskan untuk menggantung keanggotaan Murali dengan serta-merta,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

klik tajuk untuk sumber artikel

Saya bersumpah lelaki itu Anwar Ibrahim - Shazryl Eskay

KUALA LUMPUR 28 April - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shazryl Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar.

Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok. - sumber Utusan

Wednesday, April 27, 2011

Haram baca utusan..siapa buat U-turn,siapa pusing cerita?

Ustaz Haron Din dalam Utusan hari ini menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan 'mengharamkan' masyarakat dari membaca akhbar Utusan Malaysia bahkan beliau juga turut membaca akhbar berkenaan.

Aiyoo...adakah Ustaz Haron Din pusing cerita atau keadilandaily memang jual nama baik ustaz ni ? Kalau benar keadilandaily yang pusing cerita maka Anugerah Penfitnah dan Akhbar Pemecah Ummah harus ditarik balik dari pejabat Utusan dan diserahkan dengan penuh beristiadat kepada keadilandaily.

Apa ni..ulamak PAS pun korang jual ker? Tetapi jangan takut, ulama'-ulama' PAS yang lain InsyaAllah akan backing baik punya untuk korang. Mungkin akan ada fatwa latest baru lagi untuk menghalalkan kesilapan korang. " tak apa jika akhbar PR yang tulis cerita yang silap kerna tetap berpahala dan dipandang mulia".

BACA AKHBAR PAKATAN RAKYAT REZEKI BERTAMBAH

Tuesday, April 26, 2011

Haram baca UTUSAN- Haron Din

Haram Baca Utusan...Baca Harakah, MalaysiaKini, Keadilandaily, DAPnews, hindraf..anda semua beroleh pahala, berkat dan rezeki bertambah. Dah dekat-dekat pemilihan PAS ni, semakin ramai yang berkebolehan dan confident nak keluarkan fatwa-fatwa yang pelik-pelik..semua nak jadi hero..

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.


“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.


http://www.keadilandaily.com/?p=12261

Wednesday, April 20, 2011

Kris Dayanti ikon artis Islam bakal melahirkan anak luar nikah

Tahniah untuk kris Dayanti yang baru sahaja sebulan melangsungkan pernikahannya dengan ahli perniagaan Raul Lemos di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid, Jakarta.



Yang lebih MAGICnya, baru sebulan kahwin tapi kris dah ngandung 4 bulan. Bintang tersohor Indonesia ini boleh menjadi ikutan remaja-remaji Malaysia. Pregnant dulu, nikah kemudian. Namanya jer bernikah dalam masjid, bercium bagai tapi perangai...

UUM: Kalau Kedah memang dah tak suka, baik pindah saja.

Ibarat kalau dah meluat dengan penyewa, macam-macam cara nak suruh pindah. Begitulah situasi yang melanda Universiti Utara Malaysia ( UUM ). Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan MB Ustaz Norizan menegaskan yang UUM harus menjelaskan bayaran cukai tanah sejumlah RM 1.1 juta, meningkat 10 kali ganda sejak pentadbiran BN walaupun di rayu oleh naib Canselornya. Sebelum ini UUM sudah pun menanggung masalah bekalan air yang memaksa pihak pengurusan membelanjakan sejumlah RM 90 ribu sebulan untuk mengangkut air menggunakan lori tangki.

PAS Kedah mungkin lebih memikirkan sekolah-sekolah swasta tajaan PAS berbanding Universiti Awam.


Ikhlas kawan cakap pada UUM, baik korang pindah ajer. Kalau tuan punya tanah dah tak suka, menyampah, meluat tengok muka korang, tunggu apa lagi..Angkat kaki la. Pindah aje kat negeri Perak ni.Tanah luas terbentang, tak ada masalah air, pentadbiran negeri pun sokong. Kalau buat kat Daerah Taiping lagi kawan sokong. Perak pun dalam zon Utara juga.

Kebanyakan ( tak semua ok ) penuntut universiti awam adalah penentang kerajaan..sekarang korang tengok apa ulama korang dah buat. Nak membina memang payah, tapi nak menutup senang aja. Kat Kelantan sana, UMK dengan HUSM tu hasil tangan siapa ? Nik Aziz, Husam Musa ? Sendiri jawab la...

Bukan menangguk di air yang keruh. Buat orang Kedah kalau terguris, kawan minta maaf awal-awal kerana UUM itu letaknya dalam negeri Kedah. Sebagai penumpang, kalau bos segala tuan rumah dah tak suka, nak buat macam mana ? Angkat kaki saja lah...

Tuesday, April 19, 2011

Patut lah PKR tewas di Sarawak ......rupa-rupanya...



Calon PKR Zulhaidah ( duduk di depan dan bertudung ) yang betanding di kawasan Lambir..Tengok tu tengah pegang lilin..Nak menang punya pasal, kira halal lah..


Awal bulan March 2010, masa tu Fuziah Salleh masih lagi menjadi Pengarah Pilihanraya PKR, aku diminta untuk membantu PKR Sarawak membuat persediaan menghadapi PRN Sarawak. Team kami hanya bertiga. Hj. Ismail sebagai Pengarah Operasi, Kak Aishah Lamsah sebagai Pengarah Gerakkerja dan aku dari Unit Data.

Sebulan sebelum berlepas, Fuziah Salleh meneyerahkan kat aku Daftar Pemilih Sarawak yang terbaru pada masa itu. (Setakat Disember 2009). Itu saja modal aku kalau nak buka temberang. Pasal politik PKR Sarawak, aku tak tau. Dan aku tak mau tau. Aku bukan buat kerja untuk individu, tetapi untuk parti.

Prinsip aku ialah…kalau nak menang perlu ada kekuatan diri, bukan diatas kelemahan orang lain atau menumpang kekuatan orang lain. Kalau di Semenanjung, PKR boleh menumpang kekuatan jentera Pas, tapi di Sarawak…Pas pun lemah. Dan bila tiba di Kuching, aku dapati..PKR Sarawak lebih teruk dari yang aku jangkakan.

PKR Sarawak mempunyai ramai pemimpin yang professional, tapi mereka ini terpaksa tunduk kepada warlord yang terdapat di Sarawak. PKR Sarawak berpecah kepada 4 kem.

Pertama kem Haji Baha (Calon Tupong). Kedua, kem Dominique Ng.(Padungan) Ketiga kem Abang Zul (Saribas) dan keempat, warlord Iban yang masing-masing mahu jadi taiko. Itu sebabnya mengapa Baru Bian dipilih menjadi Pengerusi PKR Sarawak walaupun dia dari minoriti Orang Ulu.



Hari pertama bengkel, hanya dihadiri oleh orang-orang dari kem Haji Baha dan kem Iban. Baru Bian juga ada disana. Dan satu perkara yang menarik bagi aku ialah, mereka memperkenalkan diri sebagai bakal Calon. Fuiyo!!

Serius bro!! Kerusi tu depa punya!!

Aku tanya kat depa, macam mana kalau mereka tidak terpilih sebagai calon dalam PRN nanti? Depa jawab depa akan tetap jadi calon. Kalau tak dapat jadi calon PKR, depa akan jadi Calon Bebas.

So, bagi kepimpinanan PKR Sarawak, wala’ kepada parti adalah perkara terakhir. Dan mereka telah buktikan!!

Ramai dari pemimpin PKR Sarawak dalah dari SNAP ataupun yang kena reject dari PBB. Oleh kerana mereka ini melompat dari SNAP masuk PKR, mereka tidak dipanggil ‘katak’.

Haji Ismail memberikan taklimat tentang jentera dan strategi manakala Kak Aishah menerangkan tentang gerakkerja yang perlu dibuat. Bila tiba giliran aku, aku menerangkan tentang bagaimana hendak mengenali pengundi. Simple saja.

Aku tak ada persediaan yang perlu dibuat lebih awal. Aku cuma bawa software dan selebihnya dibuat secara impromptu. Dan hari itu aku ambil DUN Ba’ Kelalan sebagai contoh untuk mengisi slot aku yang dipanggil ‘Step-by-Step to Win An Election’. Dan aku minta Baru Bian membantu aku, sebab itu kawasan dia.

Soalan pertama: “Do you want to win?” Kalau jawapannya ‘Yes”, aku teruskan. Kalau setakat nak meningkatkan undi…nak berdakwah…dan menegakkan demokrasi…go to hell. To contest is to win. Kalau masuk bertanding dan mengharapkan kekalahan, go to hell.

Kemudian perkara kedua; Memahami gelanggang pertarungan. Kalau nak bertanding, tapi nama kampung pun tak tau. Nama rumah panjang pun tak tau, itu untuk calun payung terjun. Nak menang..lambung buah dadu. Tapi kalau nak jadi wakil rakyat, kena faham segenap pelusuk kawasan, kenal setiap Tuai Rumah, dan kenal setiap pengundi. Ini Sarawak, bukan Petaling Jaya.

Aku tak pernah pergi Ba’ Kelalan, tapi aku ada data siapa dan berapa pengundi baru di Bario, Semadoh atau Sukang. Berapa ramai pengundi muda bawah 40 tahun di rumah panjang di Long Sebangang. Aku tau nama mereka, aku tau tarikh lahir mereka. Yang diperlukan hanyalah bagi petugas parti pergi berjumpa mereka. Dan jangan tunggu bila dah pilihanraya baru nak buat kerja ni.

Dan tahniah kepada Paul Bian, pengurus kempen Baru Bian. Aku tau dia buat kerja sebab dia terus menghubungi aku selepas bengkel. Dan itu sebabnya mengapa aku begitu yakin PKR boleh menang di Ba’ Kelalan sebab depa buat kerja.

Sebelah malam, aku dijemput oleh Team Dominique Ng ke rumahnya. Ada kenduri. Dan kami pun pergi walaupun Haji Baha marah. Haji Baha tak bagi kami berbaik-baik dengan Dominique. Esok paginya, gambar kami keluar dalam suratkhabar. Yang tu pun jadi modal politik untuk kepimpinan PKR Sarawak!! Teruk Fuziah kena marah.



Perempuan comel yang berdiri ditengah-tengah itu ialah Zulhaidah, calon PKR Lambir. So, Dominique juga punya kekuatan sendiri. Apabila Dominique disingkir dari Padungan, bukan Padungan saja yang terkesan, tetapi merebak hingga ke Sibu dan Miri. Itu sebabnya mengapa aku tak menaruh harapan bagi kawasan bercampur yang ditandingi PKR, sebab ramai yang kecewa bila Dominique disingkir. Dan Dominique sendiri adalah contoh mengapa aku kata tidak ada orang PKR Sarawak yang sedia wala’ kepada parti.

Penyingkiran Dominique ada kaitan dengan hubungan Haji Baha dengan Azmin. Tambahan pula Dominique tidak menyokong Azmin semasa Pemilihan PKR 2010. Dan politik Azmin ialah dia akan mencantas sesiapa saja yang tidak menyokongnya. Macam politik Umno.

Keesokan harinya, hari kedua bengkel. Hari ini, kem warlord Iban pula dan kem See Chee How. Sebelum bengkel bermula, aku diberitahu, ada SB dalam bengkel. Rupa-rupanya, orang yang dikatakan SB itu juga adalah pemimpin Cabang. Dan dalam PRN yang baru selesai, dia bertanding atas tiket PKR. ha.ha.Orang yang dikatakan SB itu ialah Dr. John Brian Anthony (calon Meluan)

Aku tak heran, sebab aku sendiri pun ada yang kata SB…ejen Umno.

Hari kedua, aku pilih DUN Krian sebagai contoh bagaimana nak menang pilihanraya. Aku pilih DUN Krian sebab Ketua Cabangnya bersungguh-sungguh nak menang. Sampai jumpa aku kat hotel minta aku gunakan DUN Krian sebagai model. ( Ketua Cabang ini tak tau kemana hilangnya, mungkin tewas dalam Pemilihan 2010.)

DUN Krian bukanlah DUN favourite. Kalau ikut senarai DUN tumpuan, Krian jatuh nombor 18. dan kalau Krian boleh menang, DUN lain juga ada harapan untuk menang..tapi yang betul-betul buat kerja hanyalah Ali Biju. Ali Biju buat kerja dilapangan, itu sebab aku tak tau. Dan dia menang besar di Krian sebab dia buat kerja.

Dalam perjalanan balik ke KL, Hj. Ismail tanya aku. “Ada peluang tak menang di Sarawak?”. Aku kata, “Kalau menang lagi susah. Belum menang pun dah bergaduh, macam mana kalau menang nanti?”

Selepas Pemilihan PKR 2010, selepas Azmin menang sebagai Timbalan Presiden, Fuziah Salleh disingkir dari Pengarah Pilihanraya. Dan bila Azmin mengambil alih tugas Fuziah untuk PRN Sarawak, Azmin melakukan lebih banyak blunder.

Aku tau, kalau aku tulis benda ni sebelum PRN Sarawak…orang akan kata aku nak sabotaj PKR. Dah tentu aku kena kutuk macam Raja Petra. Dan bila aku tulis selepas PKR tewas teruk di Sarawak, mesti ada orang kata “aaahhhh…sour grapes”.

esok aku sambung……..

Betul ka SNAP ejen Umno?

Siapa George anak Lagong…Calon Bebas yang menang di Pelagus?

Sumber Malaysia Times (klik tajuk untuk ke artikel sebenar)

Monday, April 18, 2011

Rakyat Perak tak sambut Hari Keputeraan Sultan Perak

Kawan mengucapkan selamat menyambut hari Keputeraan buat DYMM Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.


Kawan selaku rakyat negeri Perak menjunjung kasih dan berdoa agar pemerintahan tuanku dilimpahi kemakmuran dan kestabilan hendaknya.

Malam tadi, kawan seisi rumah mengunjungi pekan Kuala Kangsar. Meriahnya keadaan di sana dengan pertunjukan bunga api, Pertandingan lampu punjut dan pertandingan bot berhias. Seronok rasanya melihat akan hamba rakyat turut sama memriahkan sambutan ulang tahun tuanku.

Namun begitu, hanya Kuala Kangsar yang menyambut Hari Keputeraan Baginda, sedangkan di Taiping, tiada suasana langsung. Boleh dikira mungkin tak sampai sepuluh premis yang mengantung bendera negeri. Seolah-olah, Taiping bukan berada dalam jajahan negeri Perak. Malah premis KERAJAAN pun haram tak nak mengantungnya. Eiii...apa sudah jadi dengan orang Perak ni. Bandar- bandar yang lain, kawan tak tahu.

Suasana ini tidak berlaku di tahun 90'an, semua kedai di bandar paham-paham sendiri mengantung bendera di luar premis. DI tengah bandar, maaf cakap le ye, cuma pejabat UMNO bahagian Taiping jer yang mengantung bendera. Pejabat DAP, hanya nampak bendera DAP jer.

Mujur sekolah-sekolah ada gantung bendera.

Ini bukan fitnah tapi kenyataan..kalau tak percaya, esok kawan upload gambar kat deme-deme.

Majlis Pebandaran Taiping..apa ni, tidur ka???

Saturday, April 16, 2011

Pehin Seri harus tepati janji, segera berundur demi BN

Tahniah kepada BN kerana masih lagi mendapat mandat dari rakyat Sarawak.

Rakan kawan dari Kuching memberitahu dalam chatting facebook, kerusi di kawasan Kuching, BN tewas semua kerusi. BatU Kawah, Pedungan, Batu Lintang ( PKR menang ), Kota Sentosa,...

Kata si rakan tadi..hal ini berlaku kerana masyarakat Cina merasa tertipu dengan spekulasi pengunduran Taib Mahmud. Bermula sejak 1999, kemudiannya spekulasi pengundurannya tahun 2006 tetapi masih belum menjadi kenyataan. Masyarakat Cina sudah bosan menunggu. Bukan mereka minta orang cina jadi KM, tetapi biarlah pemimpin negeri itu bertukar agar angin baru menghembus politik Sarawak.

DAP yang bijak meresap masuk ke minda saki baki masyarakat cina yang masih lagi menyokong BN memukul gendang dan mencanang perubahan pucuk pimpinan Sarawak sebenarnya hanyalah retorik dan lakonan Taib Mahmud sahaja. ' Undi BN = Undi Taib '.

DAP bijak mempergunakan Nik Aziz dan Hadi Awang untuk turun ke BumI Kenyalang padahal mereka sudah tahu PAS memang belum di terima di Sarawak. Kedatangan kedua-dua tokoh PAS ini meningkatkan undi DAP di Kuching. Terima kasih tok guru ....

DAP sengaja membiarkan perebutan kerusi PKR dan SNAP yang menyaksikan snap akhirnya bertanding juga di tempat PKR dan sebaliknya kerana sudah menyangka PR akan tewas di Sarawak. Jelas DAP adalah parti yang sangat bijak dan licik. DAP hanya mahu bertanding di kawasan bandar sahaja berbanding PKR yang mahu menyapu bersih semua kerusi termasuk di pendalaman. Kenapa DAP tak minta bertanding di pendalaman ?
Kerana mereka tahu, mereka kan kalah dan sudah tentu DAP akan dipersalahkan jika PR gagal merampas Sarawak dari BN.

DAP SUDAH TAHU PAKATAN RAKYAT AKAN TEWAS DI SARAWAK.


Cerita member tadi, BN mesti berubah dengan segera bermula dengan PENURUNAN Pehin Seri dari tampuk kerusi Ketua Menteri secepat mungkin. Bahkan katanya, terdapat ramai bumiputera Sarawak yang mengundi DAP bukan kerana mereka tidak suka pada BN tetapi mereka benci pada Pehin Seri.

Friday, April 15, 2011

1M, 5M, 10M...harga untuk pengakuan Raja Petra

Pernahkah anda dengar ungkapan ini ?

"antara ular dan ******, jika aku jumpa, aku akan bunuh ***** dulu"

Raja Petra boleh kawan labelkan sebagai ***** kerana cakap dan kenyataan beliau memang boleh berubah mengikut angin.Memang tak boleh pakai.

Sana sini kedai kopi, kedai gunting rambut, workshop, hatta kantin makan ofis pun dok bercerita pasal Raja Petra ni. Ada beberapa kisah yang kawan ingat dan kawan nak kongsi dengan anda.

Kisah pertama di satu kedai kopi, seorang fanatik PAS menjatuhkan hukuman rejam sekiranya Raja Petra beliau temui. Katanya tentunya BN dah bayar berjuta-juta RM untuk Raja Petra. Rakan beliau yang semeja tanya dia balik, mana dia tahu yang BN bayar duit, si Fanatik PAS ini kata itu sudah tentu berdasarkan track record Raja Petra mudah di beli dengan wang.. Rakan beliau pun menyindir, jadi selama ini, memang benarlah Anwar bank-in duit kat Raja Petra tiap-tiap bulan. Di sebabkan dah 4-5 bulan tak bank-in Raja Petra pun senak perut lalu pecah lubang. Si fanatik ini pun diam tak komen apa-apa.

Kisah kedua di sebuah klinik terkenal di pekan K. Doktornya yang berbangsa india memang kaki berborak. Kalau kita bertemu dengan dia kerana masalah kesihatan, kurang-kurang 20 minit diajak berborak sampai pembantunya terpaksa mengingatkan si doktor ni ramai lagi pesakit yang menunggu di luar. Macam-macam hal dia bercakap termasuk lah hal politik. Doktor ini dengan bangganya mengangkat Raja Petra sebagai hero Malaysia kerana keberaniannya mendedahkan isu yang sangat besar ( kes Altantuya )

" I'm salute him, He is real hero. He like Hang Jebat, great journalist and real nationalist "

memang sah si Doktor ni penyokong Anwar. Baru baru ni, rakan kawan ada mendapatkan rawatan di klinik doktor berkenaan. Bila di sebut nama Raja Petra, masam kelat wajah si doktor ni, " he is liar, cheater " dan sumpah seranah macam-macam lagi. Lantak ko la doktor, Kawan dari dulu memang berbulu dengan Raja Petra ni..

Hari ni cakap lain. esok mungkin cakap lain..

Tuesday, April 5, 2011

Pegawai Kastam mati jatuh bangunan SPRM : tak nak tubuh suruhanjaya siasatan di raja ker ?

Seorang pegawai kastam yang disiasat oleh SPRM berhubung kes rasuah yang tengah 'hot' sekarang ini didapati mati dipercayai terjatuh dari bangunan SPRM hari ini.

Tak Nak tubuh Suruhanjaya Siasatan Di Raja ker? Tak dengar pun pembela-pembela Mendiang Teoh Beng Hok dan mendiang S. Kugan keluarkan apa-apa statement. Kakak yang bertudung dan abang-abang yang berketayap pun diam aje.

Mungkin kerana si mangsa ini melayu kut dan beragama islam, tu sebab tak ada siapa pun yang ambil peduli. Beginilah nasib bangsa ku.

Apa-apa pun semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat oleh Allah SWT.

klik tajuk untuk artikel penuh.

kematian Teoh harus disiasat..Video seks anwar..err tak payah lah kut..




Tak Payah la korang nak paksa-paksa. Sampai bila-bila pun dia tak dia orang tak mau tubuh Badan Siasatan Di Raja punya. Siapa saksi penting yang bakal hot nanti jika kes di siasat oleh suruhanjaya ini. Sudah tentulah penyambut tetamu dan pak guard hotel berkenaan. Bukti apa yang paling dicari? tentulah rakaman CCTV hotel tersebut.

Berani kerana benar boss !! Jangan bila kena kat orang kelam kabut nak tubuh siasatan di raja. kalau kena kat diri sendiri, tak mau pulak

Dato Seri Anwar Ibrahim ' Manusia Anugerah Tuhan ?

Buat rakyat Malaysia : Mari kita tangkap ' Datuk T ' !!

Karpal Singh memberitahu orang ramai boleh menahan trio ' Datuk T ' setelah beliau melihat pihak polis gagal menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Datuk Syazril Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim masih lagi bebas meskipun video seks yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang sudah memasuki fasa baru yang kini berada di laman YouTube.

Biarpun wajah pelakon lelaki berkenaan hampir 99.9% sama dengan pemimpin berkenaan, namun tuan punya diri masih berterusan menafikannya. Pada kawan, hanya beliau, lelaki yang berseluar jeans, China doll dan Allah Taala yang mengetahuinya.

Kawan pinta pada pendokong dan penyokong beliau agar dapat mencari 'pelakon sebenar', lelaki yang berseluar jeans dan si china doll itu dengan secepat mungkin untuk didedahkan perkara yang sebenar. Dengan cara ini, mungkin reputasi beliau akan dapat dipulihkan dan menjadi satu 'poison bullet' untuk BN.

Saturday, April 2, 2011

blog perkauman tahap gila baban..tkasih badut rakyat tolong hebahkan

Satu blog yang tak berapa glamer macam blog kawan bakal meletup-letup kerana menampilkan imej 'copy n paste' yang memang gila tahan baban. Memang kronik otak si'bloger ni, kalau dah racist macam tu. Interlok guna perkataan Pariah, dia marah tapi kalau label UMNO pariah, geng-geng dia tak marah pulak. Korang tengok la sendiri gambar yang kawan upload ni. selebihnya korang klik kat tajuk untuk ke blog berkenaan. Cepat tengok kat blog dia,nampak gaya tak lama lagi,off la blog dia tu. Terima kasih pada Badut Rakyat yang mendedahkan penghinaan ini.

SAH, nama Allah akan diguna pakai oleh agama lain jika Anwar jadi PM !!

Kawan bukan fitnah, tapi ini betul-betul. Tuan Guru Pak Syeikh Anwar Ibrahim akan memberi hak milik nama Allah pada penganut agama kristian jika beliau ditabalkan menjadi PM.

Dalam petikan ucapannya dari malaysiakini.com

"Tak perlu gaduh soal ini, itu hak masing-masing, dalam 'Al Kitab' pakai Allah, (itu) hak orang Kristian, Bidayuh , jangan gaduh, yang gaduh ini sebab dia tak faham, yang tak faham ini Barisan Nasional, kalau tak faham tak boleh perintah, kita kena ubah pemerintah bagi yang faham perintah," kata Anwar ketika bertemu dengan masyarakat Bidayah di Kampung Paon Sungai Rimu, Serian semalam.

"Nabi orang Islam Nabi Muhammad, bapa Muhammad namanya Abdullah, nama Abdullah itu sebelum Islam, sebab Nabi belum ada nama sudah ada Abdullah, maknanya hamba Allah, 60-70 tahun sebelum Islam, jadi macam mana kita boleh kata orang Kristian tidak boleh pakai nama Allah, dia (BN) tak pakai otak sebab dia tak faham sejarah," kata Anwar.

haiyoo..jangan nak samakan indonesia dengan Malaysia. Di Malaysia jika sebut melayu, pastinya Islam. Jika sebut Allah, pastinya merujuk Islam. Biarlah di negara lain nak guna formula apa pun, tapi bukan semua cara dari luar kita boleh guna pakai.

Biarpun andai satu hari nanti jika bro Anwar ni menang jadi PM, kawan sampai mati tak kan redha jika agama lain guna nama Allah. Korang ahli politik memang restu dan tak kisah, sebab korang jaga periuk nasik korang. Tu sebab bila Adun Teja( Perak )Chang Lih Kang bagi salam masa ceramah kat rumah kawan minggu lepas, berderet pak-pak lebai jawab salam dia. Pak Imam yang turut join ceramah tu bukan setakat tak menegur malah macam berbangga pulak bila YB kafir ni bagi salam semasa memulakan ceramahnya. Bila kawan tanya (konon nak berbincang) dengan pak-pak ustaz yang kawan kenal, kawan pulak dikata naif dan tak tau mengaji hukum hakam.

Selepas ni, besar kemungkinan ucapan Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh juga bukan lagi untuk umat islam sahaja. Semua penganut agama lain pun boleh guna.

Friday, April 1, 2011

skandal video seks: apa perlu rakyat jadi hakim?

Suara rakyat, suara keramat..ayuh daulatkan ketuanan rakyat. Jatuh bangun pemimpin adalah dari rakyat, adanya pemimpin kerana rakyat. Rakyat didahulukan, reformasi dikekalkan. KEMBALIKAN KUASA RAKYAT, HAK RAKYAT... Jika anda adalah pengikut setia siri-siri ceramah PKR dan PAS sekitar negeri Perak, pasti slogan yang kawan taip di atas selalu anda dengar. Kata-kata penuh bersemangat, bertenaga dan lantang terpacul dari mulut pemimpin-pemimpin muda PR. Mereka begitu cergas memaksa penubuhan Suruhanjaya Di Raja sewaktu skandal video VK Lingam, dan kerajaan Pak Lah akur. Kesannya BN hampir telungkup pada PRU 12. Malah 'pendedah' video berkenaan turut menerima upah sebagai ahli parlimen. Begitu juga dengan kematian tragis Teoh Beng Hok, dengan pantas satu badan siasatan serupa telah di tubuhkan. Tetapi tidak untuk video seks pemimpin pembangkang ini..Senyap sunyi !!! Hanya ada majlis ceramah dan solat hajat sahaja. Malah mereka menolak sama sekali penubuhan suruhanjaya ini. Pada kawan, mungkin ada perlunya rakaman video berkenaan di upload ke youtube. Biar semua rakyat tengok,biar semua rakyat jadi hakim. Nik Aziz pun boleh tengok juga kalau deme nak. Kuasa Rakyat le katakan. Benda ghope ini, kalau tak betui, jadi fitnah. Tapi kalau betui, fasik lah kita jika masih lagi dipimpin oleh pemimpin yang berzina. Kawan tak kata pemimpin tu yang buat, tapi setiap kali hati ini berdetik, sungguh ke dia yang buat ataupun fitnah. Konpius..konpius..!! Setakat ini, dah bermacam-macam versi cerita dari akhbar2 pro BN dan PR. hai..jadi berdosa kita menfitnah orang setiap hari.