Close

Friday, January 7, 2011

Akhirnya persatuan kontraktor P.Pinang tunduk juga pada Guan Eng...

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," kata Guan Eng.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim.

Kata kawan..

1.duit bukan segalanya di dunia ini TETAPI hampir segalanya dalam dunia ini perlukan duit.

2.Selepas membongkar pelbagai skandal ketidak adilan kerajaan negeri berkenaan penganugerahan kontrak dan tender , akhirnya tembok persatuan berkenaan akhirnya roboh. Yang merobohkannya bukannya pesawat pejuang, bukannya backho,bukannya tracktor tetapi hanya psikologi duit.

3. Peluru meriam sudah bertukar jadi pistol air. Macam mana nak bayar hutang Hilux, Camry, Merc, BMW ?

4. Bukannya kawan menyalahkan persatuan ini, tetapi begitulah kita jika tidak mengikut resmi padi atau setidak tidaknya mengikut rentak joget ronggeng lalang.

No comments:

Post a Comment