Close

Sunday, February 14, 2010

CARI MENANTU

Ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku yang sedang tengah malu mencari kekasih hati ku

Bila Nik Aziz backing Lim

tak tau kenapa Tuan Guru berminat sangat dengan setiap pendekatan YB Lim. Terbaru Nik Aziz mengatakan di Astro Awani yang perarakan Maulidur Rasul tiada dalam fadhilat. betullah tu, memang tak ada pun tapi tak salah jika diadakan sebagai cara memperingati kelahiran tokoh terkemuka kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Malah perarakan ini di Malaysia sudah diadakan berdekad lamanya. Cuma yang peliknya, baru tahun ini Tuan Guru tidak berhasrat mengadakan perarakan di Kelantan. Secara tidak langsung terdapat kesinambungan dari episod pembatalan perarakan di P.Pinang oleh Lim.
pada saya, Tok Guru pun manusia juga, tak terlepas dari buat kesilapan

Saturday, February 13, 2010

lompat si katak lompat

seorang rakan penulis yang menjawat ketua pemuda PAS cawangan di perak tidak habis-habis mencemuh akan DS Najib yang dilabelkan perampas kuasa rakyat Perak. Lantas penulis bertanyakan ( membangkitkan ) kembali peristiwa 16 Sep, dia terus terdiam. Bukan kah sama kisahnya. berada di negeri yang haram pemimpinnya dan hampir tinggal di negara yang haram juga pemimpinnya ?
Seperkara yang penulis sedar ialah bertambahnya pemimpin agung pujaan beliau selain Tuan Guru Nik Aziz dan DS Anwar iaitu YB Lim Guan Eng. Rakan penulis ini bersungguh-sungguh mengagungkan Lim sebagai seorang yang bukan islam yang berhati dan berfikiran seperti penganut Islam malah lebih lagi dari orang islam. Ujarnya, Lim banyak membantu masyarakat Islam / Melayu P. Pinang yang dulunya daif semasa di bawah BN.
Konsep 1 Malaysia adalah cedokan dari idea PR tambah beliau lagi. Penulis hanya diam kerana malas hendak berdebat. Biarkan lah. Sebenarnya bukan rakan penulis sahaja yang berfikiran seperti beliau malah hampir semua kenalan penulis yang 'piau' ( perkataan Perak yang bermakna ektremis ) PAS juga berpandangan sedemikian.
Zulkifli Nordin dan Zahrin adalah ejen UMNO, pasti itu yang mereka katakan.

p/s: tahniah kepada seluruh rakyat P. Pinang kerana tak payah berarak sempena Maulidur Rasul nanti. semoga pendekatan YB Lim di sukai oleh anda