Close

Thursday, June 11, 2009

SIS:PAS tersilap atau penakut ?

Setelah memuktamatkan usul mengharamkan badan bebas Sister In Islam ( SIS ) dalam mukhtamar PAS baru-baru ini, PAS bahagian Shah Alam yang mengusulkan supaya SIS disiasat dan diharamkan, menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal berhubung usul yang dikemukakan mereka.Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".Yang Dipertuanya, Khalid Samad berkata pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya menghantar surat memaklumkan pembetulan itu kepada PAS. Keputusan ini mendapat banyak bantahan daripada member2 PR sendiri. Akak T...sa juga tidak senang dengan keputusan ini walaupun pada hakikatnya bukan ada kena-mengena pun dengan agamanya.

* rindu kat akak eliezibeth wong yang pandai berpidato politik tuu...

PAS dan SIS: mula-mula diharamkan,sekarang dibincangkan..yang mana satu betul ni..?

PAS mahu tarik balik perkataan 'haramkan' SIS
Jimadie Shah Othman Jun 11, 09 1:08pm
PAS kawasan Shah Alam, yang mengusulkan supaya Sisters In Islam (SIS) disiasat dan diharamkan, menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal berhubung usul yang dikemukakan mereka.Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".Yang Dipertuanya, Khalid Samad berkata pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya menghantar surat memaklumkan pembetulan itu kepada PAS.Bagaimanapun beliau yang juga ahli lajnah politik PAS penggal lalu, tidak pasti sama ada pertukaran itu boleh dilakukan memandangkan muktamar telah meluluskan usul itu, Ahad lalu.Ahli parlimen Shah Alam itu berkata, usul yang dihantar kepada jawatankuasa usul parti itu "bukanlah versi terakhir, tetapi yang belum dipinda"."Usul itu datangnya daripada Dewan Muslimat kawasan. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa dan tergesa-gesa, ia tidak dibahaskan dalam mesyuarat kawasan dan terus dihantar (kepada jawatankuasa usul pusat)," kata Khalid kepada Malaysiakini.Menurutnya lagi, PAS kawasannya mengadakan mesyuarat agung tahunannya agak lewat - dua hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 25 April lalu. Aliran liberalMuktamar tahunan PAS ke-55 yang bersidang pada hari terakhir menerima tanpa bahas usul daripada kawasan Shah Alam itu. Usul itu berbunyi, antaranya, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang didakwa membawa aliran Islam liberal, seterusnya mengharamkan sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam.Usul itu bagaimanapun dikritik hebat pelbagai pihak, termasuk daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin penting dalam Pakatan Rakyat sendiri.Khalid, yang dilihat seorang pemimpin moderat beraliran profesional PAS, berkata beliau telah dihubungi Pengurus Kanan SIS Maria Chin berhubung perkara itu."Kami setuju, pandangan mungkin berbeza, tapi perlunya perbincangan supaya wujudnya perasaan saling memahami," katanya.Reaksi HadiPresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengulas mengenai kecaman SIS terhadap parti Islam itu kerana mahu kerajaan mengharamkan NGO itu.Bercakap selepas mesyuarat jawatankuasa pusat PAS di ibunegara hari ini, Beliau berkata, ahli SIS bukan ahli dalam Islam dan mereka tidak pandai bercakap dalam hal-hal agama Islam."Tidak wajar orang bukan nelayan bercakap mengenai nelayan. Sama seperti orang Somalia bercakap mengenai PAS," katanya.Abdul Hadi berkata, Ahli Parlimen PAS Dr Mariah Mahmud pernah menghadiri program SIS untuk memberi pandangan dan menegur mereka tetapi mereka tidak mendengarnya.

* sumber MalaysiaKini

Pilihan raya kecil Jawi ?

akan adakah pilihanraya kecil di DUN Jawi ?
Sekali lagi golongan Pakatan Rakyat mahu memerangkap BN ?

PULAU PINANG 11 Jun — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada setiausaha agung parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.
Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Lim mengarahkan surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri itu mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).
“Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.
Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.
Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan tersebut dan berkata beliau berharap parti itu akan menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya. - Bernama

* sumber Utusan Malaysia

Monday, June 8, 2009

Malaysia tidak kekurangan bakat bola sepak

Saya mempunyai hobi yang mungkin sama dengan kebanyakan orang'lelaki' iaitu menonton bola sepak. Tidak kira siapa yang main, Liga mana, Lelaki atau perempuan, waktu awal ke,tengah malam ke ataupun santak pagi walaupun paginya perlu kerja. Puas isteri, rakan-rakan menasihat dan memerli akibat mengantuk ditempat kerja namun saya buat dek sahaja. Tidak cukup dengan menonton televisyen, saya juga kerap menonton perlawanan bola sepak terutamanya melibatkan sekolah-sekolah bawah 19,18 dan 15 tahun. Dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja sempat juga melencongkan kereta ke padang bola. Tahun ini saya sempat menonton aksi beberapa perlawanan dalam daerah Larut Matang dan Selama ( Taiping ). Agak membanggakan kerana sekolah lama saya iaitu SMK KING EDWARD VII ( KEVII) telah menjAdi johan pertandingan bwh 18 tahun ( 2009 ) berkenaan walaupun bukan lagi dibimbing oleh cikgu lama saya iaitu cikgu Suhaimi ( yang kini guru penolong kanan HEM di SMK DR Burhanuddin ).
Di masa artikel ini di tulis, saya sedang menonton perlawanan bola sepak Bawah 17 Jemputan Perancis yang diadakan di Toulose. Perlawanan di antara Belanda menentang Mesir.
Jika dilihat daripada skil, kawalan bola, kualiti hantaran dan kecergasan pemain, tentulah banyak berbeza dengan tahap pemain kita. Saya kerap mengikuti banyak kejohanan MSSM ( sebagai penonton ) yang melibatkan tahap umur remaja, saya berasa sangat seronok kerana corak permainan yang laju, hantaran yang kemas dan semangat juang yang tinggi. Sempat juga saya mengenal pasti bakat-bakat baru naik dan saya mengharapkan supaya mereka ada dalam kancah bola sepak tempatan. Namun harapan saya meleset kerana daripada mungkin 10 orang yang saya kenal pasti, tidak ada seorang pun yang menyinari bola sepak domestik sekarang.

Antara mungkin punca-puncanya....

1. Pemain menyambung pelajaran di peringkat IPT dan hanya terlibat dalam pertandingan peringkat MASUM dan liga Celcom.
2. Hilang minat dengan bola sepak dan tidak bersedia dengan latihan-latihan agresif dan disiplin dan jadual yang padat.
3. Tidak mendapat restu dari ibu bapa untuk terlibat dalam bola sepak profesional, Ramai ibu bapa berbuat demikian kerana tidak mahu anak mereka terdedah dengan risiko kecederaan. Ditambah pula dengan himpunan kisah-kisah yang tidak elok berkenaan pasukan-pasukan negeri dan kelab yang bermasalah pembayaran gaji, rasuah dan masalah dalaman pengurusan sehingga menyebabkan kebajikan pemain terabai.
4. Sikap kroni pilih bulu .pengurus dan jurulatih baik di peringkat negeri, daerah hatta di peringkat zon sekali pun walaupun melibatkan bawah 12 tahun. Lihatlah bola sepak Malaysia, pemain tidak berkualiti diperingkat liga pun boleh diambil menyarung jersi negara. Bila dah kalah, salah kan padang, pemain banyak yang cedera dan macam-macam lagi.

Ramai guru-guru tidak mempunyai tauliah melatih muridnya. Modul latihan hanya diterapkan berdasarkan pengetahuan sedia ada sahaja. Liga Malaysia terlalu membosankan. Tidak perlu malu untuk meluahkan kerana itu memang hakikatnya. Buat masa sekarang, jika kita menonton sebarang pertandingan liga super hatta melibatkan Selangor menentang Kedah sekalipun,jika perlawanan itu mempunyai kualiti hantaran tepat melebihi 80% maka sewajarnya FAM sudah boleh membuat kenduri doa selamat.

Kebesaran ALLAH S.W.T. Anak Kucing Bermata Satu

Anak kucing bermata satu: SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati pagi semalam ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.

Friday, June 5, 2009

Realiti TV dan Kehidupan

Banyaknya program realiti tv berbentuk nyanyian,ahli sukan,pelawak dan yang terbaru program mencari pelakon pada masa sekarang seakan bertambah-tambah ibarat cendawan selepas hujan ataupun bunyi katak selepas hujan. Program yang kebanyakannya beorentasikan pungutan sms untuk mencari pemenang ini seakan-akan menjadi trend syarikat TV mencari publisiti mahupun keuntungan.
Program realiti tv bercambah di Malaysia bermula dengan program Akademi Fantasia ( AF ) yang bermula pada tahun 2003. Di waktu itu penonton di Malaysia masih kabur dengan perjalanan program,masih tercari-cari bagaimana hendak ber SMS ( AFUNDI ) dan agak keliru dengan dengan keluarnya pelajarnya setiap minggu yang disambut deraian air mata beserta pelukan antara pelajarnya tidak kira lelaki ataupun perempuan. Langkah pertama ASTRO ini adalah pemangkin kepada program realiti di Malaysia walaupun tidak ramai yang mengetahui wujudnya program ini tetapi ASTRO telah berjaya menanam 'benih AF' ini. Buktinya ASTRO berjaya dengan AF 2 ( tiada lagi adengan peluk dan dukung pelajar perempuan ) dan AF 3 yang boleh dianggap program realiti paling berprestij dengan ikon MAWInya. Langganan untuk sistem ini juga bertambah.
Kejayaan AF ini telah membuka mata syarikat TV yang lain untuk turut sama bersaing. MediaPrima misalnya telah membawa masuk Malaysian Idol yang difrancais dari program popular US 'American Idol'. MediaPrima juga telah mempekenalkan rancangan Who Want To Be Millionnaire ( WWTBM) yang menawarkan hadiah wang tunai RM 1 juta. Rancangan Audition,Mentor dan yang terbaru Oo la la yang tersiar di TV9. Rancangan berbentuk keagamaan turut direaliti tv kan umpamanya Akademi Al-Quran dan juga Akademi Nasyid. Untuk anak-anak kecil dibuat program Bintang Kecil.

Persoalannya kini...

1. Adakah semua belia-beliawanis ni negara ini berhasrat untuk menjadi artis? Buktinya setiap ujibakat yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan yang hebat tidak kira penggangur, pelajar sekolah mahupun IPTA, suami ataupun isteri orang. malahan individu bertaraf profesional juga sanggup berhenti kerja setelah mendapat tawaran menyertainya.
2. Tidakkah pengundi-pengundi sayang akan wang mereka yang telah dibazirkan untuk mengundi peserta pilihan mereka ?
3.Apa nasib pelajar-paelajar imi sekiranya tidak berjaya menjadi juara ataupun sekurang-kurangnya layak ke final?
4. Berkualitikah pelajar-pelajar ini setelah habisnya program ini?
5. Apakah sumbangan program ini untuk negara ?

Negara kita sekarang tidak seperti dahulu yang utuh dari segi kekuatan ekonomi mahupun politik. Penulis bukan membangkang program realiti cuma membangkitkan sekumit kesedaran kepada semua. Hiburan yang berlebihan sedikit sebanyak bisa melalaikan kita. Tidak molek jika anak-anak kecil sudah diajar 'tuang kelas' semata-mata mengikuti kelas nyanyian dan membuat persembahan 'hidup mati' setiap minggu.

Monday, June 1, 2009

1 Jun kempen bergelap gelita ( bergelap masa depan kot ) seluruh Perak

1 Jun Hari Gelap Gelita Seluruh Perak, Pakatan Rakyat Puasa Sunat/Mogok LaparMonday, 1 June 2009 • Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Perak
Anna Yusof
IPOH, 1 jun (SK) :Puasa sunat hari Isnin dan mogok lapar selama satu hari sempena Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak dan Himpunan Aman anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat Perak hari ini.
Semua penyokong di seluruh negara diseru melakukan program puasa sunat / mogok lapar ini bagi susulan daripada kempen minggu lalu yang berpuasa sunat dan mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis.
Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak dan Himpunan Aman ini adalah bagi meneruskan bantahan pencabulan demokrasi yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional dan mendesak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.
Program sehari yang membabitkan setiap markaz Dun seluruh Perak akan bermula pukul 6 petang dan diisi dengan ucapan daripada pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat Dun masing-masing.
Ini diikuti dengan berbuka, solat Maghrib dan bacaan Surah Yassin. Selepas Isya’ solat hajat berjamaah akan diadakan dikuti dengan tazkirah.
Bagi penyokong bukan Islam sebagai menghormati program tersebut mereka boleh berlapar selama satu hari dan akan makan beramai-ramai menjelang Maghrib bersama umat Islam yang lain di markaz.
Bagi program hari ini semua penyokong Pakatan Rakyat gigalakkan berpakaian hitam tanda sokongan padu.

yang peliknya, mahkamah K. Terengganu memutuskan untuk menolak bantahan kemenangan PAS oleh BN di salah satu DUN dengan hanya majoriti dengan 2 undi sahaja. BN Terengganu akur dengan keputusan mahkamah.SYABAS...

Buat yang lain kat Perak ni..sudah-sudahlah..kalau BN Terengganu boeh akur dan tak memaksa pula di adakan pilihanraya semula kenapa pula kita. buar orang luar tu..balik-balik lah tempat kome, teman ni puas dah nengok kome bebaloh sesame sendiri..