Close

Thursday, December 31, 2009

2009 berakhir dengan kekecewaan di penghujung

hanya tinggal berapa jam lagi 2009 akan melabuhkan tirai namun air mata akibat kesedihan atas beberapa perkara tentulah akan diingat sampai bila2.

Trauma pada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga yang terbunuh dalam tragedi bas SANI eksperes tentulah besar.

Di penghujung ini perginya Mantan Presiden Indonesia, Gus Dur ke Rahmatullah.

Namun apa yang penulis paling kecewa ialah kebenaran oleh mahkamah atas penggunaan istilah Allah oleh akhbar khatolik, herald. Rasa menitis air mata melihat paderi2 tersenyum girang dipintu mahkamah. pasti mereka adalah manusia paling bahagia didunia masa kini menjelang tahun baru 2010.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

CELAKA pada blogger : senjata tikam tuan

Tuan guru Nik AZIZ melabelkan celaka blog ' penarik beca ' kerana melaporkan pemecatan setiausaha dan pembantu peribadi Nik Aziz.
Jika sebelum PRU 12 yang dahulu, blog2 berbendera pro pembangkang ini lah yang menjadi senjata berupa belati yang menikam dan menghiris pak lah kingdom sehingga menyebabkan BN tersungkur di sebahagian besar tempat. Bloger2 yang celik IT beraliran pembangkang ini mengedarkan agenda DS Anwar dan menifesto Pakatan Rakyat serta mendedahkan kudis bn di mata masyarakat. agen pembangkang tidak bergaji ini dipuja sebagai generasi baru pejuang kebebasan dan antara punca PR menang.
Setelah BN sakit kepala, bakat2 tersembunyi blogger pro-bn muncul berganda banyaknya dari bloger pro PR. Entah dari mana sumbernya bloger2 ini mendapat maklumat, mereka melondeh politician PR sampai ke seluar dalam pun lucut.
Tidak adil Nik Aziz menyumpah celaka pada bloger kerana PR dulupun memuja bloger mereka yang mereka cerita.
Penulis merasakan ada pembelot dalam PR sendiri yang menyampaikan maklumat.

Friday, December 18, 2009

Filem Tamil ajar budaya samseng ?


Penulis tidur lewat malam ini. Dalam pada itu sempat menonton sebuah filem tamil berjudul Vathigaar yang disiarkan di saluran RTM 2 bermula dari jam 12.30 hingga 3 pagi. Meskipun penulis hanya mengharapkan translate BM .Heronya adalah Arjun. Penulis tidak habis menonton filem ini kerana terfikir akan kesannya.

Penulis rasakan lamanya industri filem tamil berdiri teguh atas nama Dollywood ( nama komersil utk filem tamil ) membangun bersama2 industri filem bollywood. mengikut fakta sekurang2nya India mengeluarkan 3000 filem setahun iaitu ke 2 selepas hollywood. Persaingan merebut hero seperti Arjun, kamal Hassan, Rajnikant, Prabhu, SarathKumar dan lain2 lagi menjadi sengit. hero akan menjadi titik tolak kejayaan filem berkenaan di panggung nanti. Sarat dengan babak romantik menari atas rumput dan aksi berlawan.


Filem Vathigaar ini menceritakan berkenaan Durai ( Arjun ) yang menjadi samseng dan membela golongan teraniaya dan miskin ( ala-robin hood ). Samseng merujuk kepada membunuh, membelasah lawan, membelasah pegawai kerajaan yang korup, mempermainkan pegawai polis dan menurut undang-undang sendiri. Durai ini menjadi pujaan di mata masyarakat setempat dan pada masa yang sama menjadi kegilaan seorang gadis ' heroin '. Dalam pada itu Durai berkhidmat sebagai guru tuisyen, penasihat cinta dan org yang hormat pada org tua.


Penulis masih menonton sehingga lah di adegan di mana heroin mengamuk kononnya Durai menyimpan perempuan lain. Tiba2 orang kuat kampung itu mengatakan perempuan yang 'disimpan' oleh Durai adalah wanita yang suaminya di bunuh Durai. Dialognya ialah, " Durai bukan sebarangan samseng, tetapi samseng yang mempunyai budi yang luhur dan terpuji". lastas heroin tadi terpana dan menyesal.


penulis tak kata kaum india samseng tetapi dengan menonton filem ini sesiapa dari kaum apa pun akan terfikir tidak salah menjadi samseng yang luhur hatinya. Boleh kah kita meletakkan undang2 di tangan kita sendiri ? Bolehkah kita menjadi Hakim pada perbicaraan yang kita buat dikhalayak umum selepas membelasah mangsa yang tak berdaya ( merujuk adegan Durai membelasah guru yang didakwa mencabul )? Adakah kita akan bersedih dan mengamuk jika si samseng ini di cekup polis atau ditembak ? Jika apa yang kita lihat pada senario perpaduan dan politik negara kita sekarang memang ada unsur negatif filem seperti ini.


Tujuan karyawan Dollywood membikin filem sedemikian adalah untuk menengahkan isu berkenaan jenayah korup, sosial, dan birokrasi yang melanda pentadbiran negara India. Soalnya ialah adakah keadaan malaysia sama seperti india? Filem ini bukan sahaja mengajak orang membenci pegawai kerajaan malah dihalalkan membelasah mereka sampai pengsan ?


Penulis tak paham bagaimana unit Penapisn Filem RTM buat kerja.


Penulis harap tulisan penulis ini tidak dianggap sebagai rasict ( perkauman ). Bagi penulis, kaum india di Malaysia adalh berbeza dengan kaum india di India. India di Malaysia berakhlak tinggi, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu dengan kaum yang lain. Namun penulis khuatir akan pengaruh filem dari luar yang 'merapu-rapu' ini boleh merosakkan pemikiran anak-anak generasi kita. Adakah kita akan menyokong penjenayah samseng ?

Penantian EmaS sudah berakhir

Masih belum terlambat penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah atas kejayaan skuad u23 malaysia kerana berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara bola sepak setelah 20 tahun menanti.

Tahniah juga kepada semua pengkritik2 yang mengambil berat akan sukan no 1 negara ini. Jika kita tak kritik bermakna kita tak ambil peduli dan tak ambil tahu akan senario bola sepak negara. Kita hanya boleh menyenaraikan ketidak puasan hati kita melalui blog, ruangan sms, surat pembaca dan sebagainya. Itu sahaja yang mampu kita buat kerana kita tidak ada kerusi di FAM.

Tentang perlawanan semalam, penulis menjadi pengulas tak rasmi manakala isteri penulis menjadi pendengar. Penulis gundah akan cara permainan malaysia yang terikut rentak Vietnam yang perlahan dan jarang mempergunakan sayap. Semakin perlahan Vietnam bermain maka semakin perlahan lah juga malaysia. Mujurlah coach rajagopal mengubah corak malaysia kepada lebih speedy separu masa kedua. keuntungan malaysia ialah kecederaan penjaga gol vietnam dan jurulatih tidak mahu menukarkannya. penulis berkata kepada isteri, penjaga gol itu akan menjadi punca kekalahan vietnam dan memang benar. penjaga gol itu tidak melarang pertahanan melindungi pandangannya dan bola masuk ke gawang.

Buat kali pertama isteri penulis menonton bola ( sebelum ini dia amat anti ) malah beliau sangat gembira sampai nak tidur pun di ulas berkenaan perlawanan tadi.

Penulis bukan nya tahu sangat cuma berbekalkan pengalaman pernah melatih skuad bola sepak MSSM sebuah negeri di selatan tanah air. Ada beberapa pemain bwh 19 ( termasuk harimau muda pernah berada dibawah kendalian penulis ) Bagi penulis, kita wajar berbangga dengan pencapaian ini.Begitu juga golongan2 halimunan seperti penulis yang mewakili golongan pengkritik.


SPRM bertaring semula, ahli politik, kroni,konco gelabah kembali

Keputusan mahkamah sebelum ini menghadkan kuasa siasatan sprm terhad hanya waktu pejabat tentunya membuatkan mereka yang disiasat ketawa besar. bagaimana pun 3 hakim mahkamah rayuan menarik balik larangan berkenaan semalam ( 17 hb 12, 09 ).
Yang peliknya, mengapa rakan di pakatan rakyat yang gelabah. rileklah, umno yang kuat politik wang pun maintain senyum ( cover muka ). PR berlagak seperti malaikat bersarungkan manusia, konon tolak kronisme, nepotism dan duit kopi. came on lah, you are human too.. sama mcm umno kuat masuk kocek.

ingat seloka tok guru... beri salah, tak beri kalah, masuk umno serba salah
sekarang PR pun serba salah, dek projek dapat kat org yang sama
caiyoo sprm

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Berjuang untuk skuad bola sepak u23 sea games

Penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad bola sepak u23 menjelang perlawanan akhir esok menentang Vietnam. Nasihat penulis ( kalau nak dengar ) jangan utamakan prospek balas dendam tetapi mainlah dengan tenang.

Semoga kemarau emas bola sepak selama 20 tahun akan berakhir esok.

Ahli Parlimen BN ponteng sidang, Kerajaan Najib nyaris Tumbang

Suka penulis mencadangkan, mana-mana ahli parlimen BN yang tidak hadir semasa sidang undi untuk meluluskan bajet 2010 malam semalam ( 15 hb 12, 09 ) supaya memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia terutamanya pengundi BN secara bertulis ataupun hebahan dalam media elektronik kerana tidak hadir dan hampir melingkupkan kerajaan BN. Menurut Pandikar Amin Mulia ( Yang di Pertua Dewan Rakyat ) jika bajet ini tidak diluluskan, kerajaan sedia ada perlu dibubarkan dan satu pilihanraya baru perlu diadakan.
Penulis tidak menyalahkan DS Anwar and d'geng cuba mengambil peluang kerana ini bukan salah mereka. Penyokong BN hanya menang 66-63. Jumlah ahli parlimen BN kesemuanya ialah 137 orang manakala pembangkang 82 orang. BN harus berterima kasih juga kepada ahli parlimen pembangkang yang jumlahnya 21 orang kerana turut tidak hadir pada malam itu. jika tidak tinggal hampas la jawabnya.

Penulis tidak tahu siapa yang lembab, ahli parlimen ataupun setiausahanya.

memang bongok, lembab, bingai dan ambil mudah

Tuesday, December 15, 2009

kerajaan dah tiada duit?

ini 1 maklumat dari seorang guru yang katanya 75% tepat. Tahun 2010 tiada lagi peruntukan untuk murid-murid seperti Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ), Skim Baucer Tuisyen ( SBT ), dan Bantuan Uniform Persatuan Koko. Bagi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan Rancangan Makanan Tambahan akan diperkecilkan sehingga 50% dari jumlah murid asal.
Khabarnya lagi tahun 2010, hanya sebahagian kecil sukan yang akan dipertandingkan antaranya olahraga dan bolasepak sahaja.

Soalnya sekarang...

1. Mengapa ini berlaku? dah habis ke duit untuk Pelan Ransangan Ekonomi yang tak berapa nampak hasilnya?

2. Mengapa PM yang dulu-dulu ( atau menteri pendidikan yang dahulu ) tidak mengantung sebarang bantuan kepada murid?

3. Tak kesian ke dengan murid2 yang miskin dan yang tinggal di luar bandar yang tiada kemudahan kelas tambahan?

4. Teruk sangat ke Malaysia dalam krisis ekonomi global sampai korbankan anak2 malaysia?

Macam yang penulis cakap mula2 tadi, ini cuma maklumat 75% tepat. Kalau nak tau keputusannya, tunggu lah sekolah buka nanti.

p/s: pelik,pelik,pelik.............

Kampung 'pening lalat'

Penulis telah mengunjungi 1 kematian saudara terdekat di sebuah kampung yang bernama Kg. Banjar, Batu 45, Jalan Bruas, Ayer Tawar, Perak. Bukan penduduk kampung ini yang pening lalat, tetapi pening kepala kerana terlalu banyak lalat. Penulis terfikir, agaknya, bagaimana penduduk kampung ini mengadakan kenduri. Penulis perhatikan, lalat2 ini bukan sahaja menghurung bekas makanan malah tanah dan rumput juga dihurungnya.
Menurut penduduk kampung ini, masalah ini timbul akibat pusat penternakan ayam yang tidak tersusun prosesnya. Sudah berkali mereka adukan malah pernah ada penduduk yang mengirim ketidakpuasan hati di ruangan surat pembaca dan ruangan sms tetapi tiada tindakan. Geleng kepala penulis bercampur kasihan.
Kemudiannya penulis diberitahu sungai yang mengairi kampung ini juga turut tercemar. benar, sungai ini bukan sahaja berwarna hitam malah berbau busuk. seorang budak yang kebetulan melalui jambatan mengatakan dia sudah lama tidak melihat ikan hatta biawak sekalipun berenang di sungai itu.
Mereka penduduk kampung yang terpinggir yang rata2nya melayu. ADUNnya penulis tidak tahu ( mengikut maklumat dari BN yang PRU 12 dulu menang cukup2 makan, ceritanya hanya 9 undi) tetapi Ahli Parlimennya ialah Ngeh Koh Ham ( pendekar DAP Perak/Malaysia ). Di sana sini tersergam kain rentang majlis berkhatan anjuran DAP tetapi kawasan sendiri terbengkalai dan busuk.

Tiada apa yang penulis boleh bantu kerana penulis bukanlah Karam Singh Walia tetapi penulis berjanji pada mereka yang ada ruangan dalam blog penulis untuk isu ini. Kepada pihak berwajib, tolong lah ambil tindakan

Saturday, December 12, 2009

Alfatihah buat mereka yang terbunuh dalam kemalangan ngeri 'pengantin baru'


Penulis merakamkan ucapan setinggi takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Ariff Ab Kadir (pengantin lelaki ), Allahyarham Farhan Musa ( jurugambar ), Allahyarham Ab Kadir Awang ( bapa ) dan Allahyarhamah Apsah Othman ( ibu pengantin ) atas kejadian menyayat hati itu. Walaupun kita tidak pernah kenal ataupun bertemu tetapi sebagai rakyat Malaysia dan juga saudara sebangsa dan seagama penulis turut bersedih dan terharu. Takziah juga keatas pengantin perempuan, Teh Afifah Shahirah sekeluarga atas dugaan besar ini.


Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan bertakwa hendaknya. Amin....

Friday, December 11, 2009

Malaysia ke Separuh akhir sukan sea Laos

Tahniah kepada skuad Malaysia kerana berjaya menunjukkan jalan pulang kepada skuad Thailand setelah tunduk 1-2 kepada malaysia. ini bukan kali pertama malaysia layak ke separuh akhir namun berdasarkan rekod malaysia selalu kecundang. perasaan kecut perut, segan dan cepat mengalah bila berada di pentas separuh akhir.

Tiada apa penulis nak cakap ( penulis bukan pandai main bola pun ) cuma nak ingatkan pemain dan jurulatih K. Rajagopal akan taktik kotor pemain Laos yang suka melengahkan masa permainan. apabila pemain leka membuat serangan ke kubu Laos, mereka akan mencipta counter-attack apabila hanya 2 pertahanan berada di kawasan sendiri. apabila mereka menjaringkan gol, semua pemain mereka akan berkubu dalam kotak penalti sehingga tamat permainan. kalau tak percaya, tengoklah nanti..

isu Kor Ming- tunggu fatwa baru Tuan Guru

Saya percaya, bukan saya sahaja yang menanti maklum balas dari Tuan Guru Nik Aziz berkenaan isu Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mempersoalkan peruntukan agihan rumah ibadat.

Jika dilihat rekod sebelum ini


1. penggunaan nama Allah di gereja- Nik Aziz menyokong dengan alasan Allah itu tuhan untuk semua ( Pencipta ).

2. sumpah Saiful Bukhari vs Anwar. Nik Aziz menyokong Anwar tidak mahu bersumpah dengan alasan sumpah adalah mainan politik UMNO.

3. Gambar 'blue' Elizabeth Wong- Nik Aziz mempertahankan Elez dengan alasan Eliz berhak berbogel dalam rumah.

4. Nga Kor Ming baca ayat Quran- pun Nik Aziz 'defence' dengan sebab tujuan Kor Ming itu baik


Jadi Nik Aziz akan bersetuju ( telahan penulis sahaja ).

Nazri si mulut Laser


Datuk Nazri Aziz tidak perlu diperkenalkan lagi dengan cakap lepas dan lasernya. Dahulu beliau dianggap 'kacang lupakan kulit' setelah menghentam mantan PM, Tun mahathir. baru2 ini beliau sekali lagi mencipta HOT apabila menamakan Tun sebagai Bapa Perkauman di Parlimen. Semalam ( 11 hb 12,09 ) beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menguris hati pemandu-pemandu teksi negara dengan menyamakan teksi Malaysia sebagai tandas.

Pada hemat saya mungkin beliau berniat baik dengan memaklumkan bahawa perkhidmatan teksi tidak bagus dan perlu diperbaiki namun penggunaan TANDAS itu sesuatu yang menjijikkan. Rata-rata pemandu teksi adalah penyokong dan pengundi parti Barisan 'Nasonal' ( dalam dialek orang PAS Perak ). Mengapa perlu beliau melepas cakap begitu. kemenangan beliau di parlimen Padang Rengas pun dibantu sebahagian kecil ( mungkin besar ) pemandu teksi.

Sedarkah beliau, pemandu2 teksi ini sentiasa bersabung nyawa memandu TANDAS ini demi membesarkan anak-anak di rumah, membayar yuran sekolah, menyara anak di Universiti. ramai tokoh-tokoh negara walhal menteri pun adalah anak bekas pemandu teksi. Datuk Nazri apa yang tahu ? memang diakui tahap teksi Malaysia masih berada dalam tahap memuaskan ataupun level ' boleh lah'. Kan lebih manis beliau mengatakan PERKHIDMATAN TEKSI MALAYSIA MASIH KURANG MENYENANGKAN.

UAE - Dubai Bangkrap.Mengapa?




Sukar dipercayai kota padang pasir tersohor dunia-Dubai akan menerima nasib yang sangat teruk di penghujung tahun ini iaitu gagal melangsaikan hutangnya sebanyak USD 150 Billion. Kerajaan UAE mengambil jalan yang memeranjatkan dunia iaitu tidak membayar hutang selama 4 bulan kepada negara peminjam.


Negara yang memiliki pulau buatan popular' pulau palma', bangunan tertinggi di dunia' burj-dubai. pusat salji ski buatan terbesar di dunia dan bermacam-macam lagi bangunan dan binaan pelik di dunia ini jatuh bangkrap.






Sunday, December 6, 2009

Tewas 1-3. Itulah tahap bola sepak Malaysia

kekalahan bola sepak Malaysia kepada Vietnam sebentar tadi dalam sukan SEA Loas bukanlah sesuatu mengejutkan. itulah tahap kita, hanya gah di laman sendiri dan pondan di pentas antarabangsa. Saya agak gelihati setelah melihat Shukor Adan dianugerahkan Pemain Terbaik perlawanan Akhir Piala Malaysia 09. Bukan kerana apa, memang beliau layak mendapat anugerah itu dalam perlawanan berkenaan kerana permainan lebih menjadi berbanding Indra Putra mahyudin tetapi permainan Shukor lebih kepada cara budak sekolah bermain semasa beliau menyarung jersi kebangsaan. Saya bukan pandai bermain bola sangat, cuma memberi komen. Semua wartawan sukan, pengulas dan pemerhati bola sepak bukan semuanya pandai bermain bola sepak akan tetapi suara dan catatan mereka tetap menjadi ketakutan pemain.

Bola Sepak kita dilanda kelembapan seiring dengan senario politik dan ekonomi. Malah makin lembab,lembab dan terus lembab

Friday, December 4, 2009

takbir raya, doa pecah perut dan pijak gambar

Saya mengikuti satu ceramah agama di sebuah masjid di pantai timur oleh seorang penceramah jemputan. penceramah itu menyokong tindakan nik aziz mendoakan kecelakaan keatas golongan umno(pemimpin). katanya berdasarkan kisah nabi Muhammad SAW yang pernah mendoakan kecelakaan keatas serang sahabat yang lupa diri setelah kaya kerana didoakan oleh Nabi dan mempermainkan perkara zakat.begitu juga dengan kisah nabi mendoakan kecelakaan keatas kaum quraisy.

Tidak beberapa lama dahulu, ada penceramah yang menyokong penggunaan nama ALLAH dalam gereja. hujahnya, Allah itu adalah tuhan untuk semua tidak terhad untuk orang islam sahaja.

Hari ini ( 5hb 12,09) seorang ADUN simpang pulai(PKR),perak mengaku bersama-sama bertakbir raya semasa Aidilfitri yang lalu. Dah tentu Ulama' mereka akan mempertahankannya.

Apa perasaan PAS jika pemimpin BN memijak gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang ?tentunya mereka mencemuh parti itu dengan habis-habisan.mungkin akan disamakan UMNO ini sebagai dajal laknatullah.

Mengapa mereka hanya menyokong jika faedah itu berguling dalam kawasan mereka tetapi bertindak mengharamkan pihak yang berlawanan. Dunia ini hampir kiamat dek agama dipergunakan untuk faedah parti bukan islam.

UMNO parti kontaktor

Impian Umno untuk menawan kembali hati rakyat berdepan tugas yang sukar sekiranya pucuk pimpinan bahagian masih lagi diterajui oleh golongan kontraktor, bisnesman yang menjadikan politik sebagai wadah memperolehi kepentingan peribadi. Peruntukan 20,000,di buat 10 ribu, lebih masuk kocek.
adakah malaysia memerlukan peperangan untuk menyatupadukan rakyat akan kepentingan umno ini baru terserlah..malangnya umno dikudis oleh golonganyang busuk

Tuesday, December 1, 2009

mitos dari kacamata Hishamudin Rais

klik http://www.malaysiakini.com/columns/115137

sk belajar dari skjk(c)

Cikgu sk belajar dari cikgu skjk(c).!Adakah cikgu sk tak hebat (tak nak cakap teruk) atau skjk(c) memang hebat dan boleh dijadikan contoh? Kesian cikgu sk,bukan mudah mengajar anak bangsa sendiri dengan rintangan kerja pengkeranian yang bertimbun di samping mengajar. Murid-murid sebangsa malas mengulangkaji pelajaran di rumah asyik bermain,menonton astro dan mengunjungi cibercafe. Akhir sekali cikgu dipersalahkan.

Monday, November 30, 2009

UMNO ( gila duit ) dari pandangan Tun M

Saya amat bersetuju akan luahan hati seorang veteran dalam catatan Tun M yang mengatakan UMNO busuk sehingga ke ususnya. Tk payah memandang jauh, cukup untuk melihat nasib sebuah kampung melayu yang terletak dalam DUN Changkat Jering, Parlimen Bukit Gantang, Perak.
Ketua cawangan dan geng-gengnya ( ataupun disebut konco ) telah berjaya memanipulasi wang peruntukan membina pelbagai kemudahan awam seperti jalan, longkang dan lain. Dengar khabarnya jumlah peruntukan RM 20,000 dari YB Osman Jailu tetapi yang dapat dilihat cuma kerja anggaran kos RM 10, ooo sahaja. Sudahlah ahli Parlimen yang disayangi ramai, YB Dato Nizar Jamaludin tak pernah nampak muka. Kasihan penduduk kampung berkenaan. Budaya 'duit kopi ' dan 'masuk kocek' masih ada dan semakin giat berlaku. Kebanyakan penduduk kampung berkenaan yang rata-rata nya ahli UMNO pernah bertekad melaporkan masalah ini kepada SPRM malangnya mereka takut akan diboikot oleh orang-orang kuat ini terutamanya jika ada kematian ataupun kenduri-kendara.

UMNO bukan lagi sebuah parti perjuangan tetapi parti mereka yang gila duit. Disebabkan golongan inilah, masyarkat menumbangkan YB Mat Isa Ismail dahulu. YA ALLAH, Apa dah jadi dengan UMNO!!!!!!!!!!!!!

Saturday, November 28, 2009

BILA POLITIK MENCAMPURI PAFA

Persatuan Bola Sepak Perak merupakan persatuan sukan negeri yang terpaling pening di Mlaysia berbanding persatuan2 bola sepak negeri lain. Malah KAFA tidak sepening PAFA biarpun Kelantan diterajui pimpinan PAS selama hampir dua dekad.
Teman cadanglan supaya dato Nizar lepaskan lah jawatan persiden merangkap peneraju demi kemajuan bola sepak perak. tolonglah datok, jika perak tidak dapat menyertai bola sepak liga M tahun depan, datok lah puncanya dan seluruh peminat bola sepak perak tidak akan maafkan datok sampai kiamat

Tuesday, September 1, 2009

malaysia pengeluar minyak?


DS anwar ibrahim selalu mempertikaikan malaysia membandingkan harga minyak di indonesia lebih tinggi berbanding malaysia. DS anwar pun membidasnya dalam tour ceramah beliau mengatakan bahawa najib penipu kerana indonesia bukanlah pengeluar minyak. tambah beliau lagi minyak malaysia banyak.betul ke banyak. Jom kita cek negara mana yang paling banyak minyak. betul ke indonesia tak ada minyak? buat orang2 yang bertepuk tangan semasa mendengar ceramah DS anwar baik korang baca betul2.

negara yang menganggotai pertubuhan pengeluar minyak dunia ( OPEC) ialah

Algeria, Angola, Ecuador,Iran, Iraq, Kuwait, Libya, Negeria, Qatar, arab saudi Ameriyah Arab Bersatu ( UAE ), venezuela,Indonesia dan gabon. bagaimanapun indonesia dan gabon menarik diri berikutan semakin kurangnya pengeluaran minyak didalam negara dan kurang penemuan telaga minyak yang baru. OPEC bertujuan menyelaras pengeluaran minyak di negara2 utama pengeluar dan menstabilkan harga komoditi ini.


Malaysia? sori ye, negara ni bukan pengeluar minyak utama. kalau semua stok negara pengeluaran dari telaga minyak negara (tanpa diimport) di gunakan untuk semua sektor kenderaan, perkilangan dan tenaga, seminggu sahaja dah settle semua stok.


orang2 kampung dan orang2 yang tak tau,mai nak habaq,hangpa semua dah kena tipu.

Monday, August 31, 2009

Harga Minyak RON 97 naik lagi!

kerajaan tengah malam 1 Sep 2009 menaikkan harga RON 97 dari RM 1.80 ke RM 2.05 dan menaikkan harga minyak RON 95 yang baru diperkenalkan dari RM. 1.75 ke RM 1. 80.

1. Penulis lamabat tahu akan berita kenaikan ini. penulis sempat mengisi minyak di pekan Grik dan Gua Musang dan didapati hanya ada 1 pam berwarna hijau manakala yang lain berwarna kuning.

2. penulis beranggapan tujuan kerajaan menaikkan harga minyak ialah untuk mencari semula sumber pendapatan negara kerana Malaysia kini berada dalam kemelesetan ekonomi yang membimbangkan. dengan duit minyak inilah nak dibayar bonus untuk kakitangan awam nanti, nak buat program pembangunan,duit biasiswa, program sekolah seperti RMT, KWAMP,Bantuan SBT,dan penyenggaraan sekolah yang memakan hampir sebilion setiap bulan.

3. Tidak lupa juga golongan OKU (elaun),orang-tua,hospital-perubatan rakyat dan sebagainya.

4. kasihan kepada pengguna kereta mewah yang terpaksa mengisi minyak 'hijau' kerana menjaga enjin.

5. gaji menteri banyak sangat,potonglah sikit bukan luak pun. rumah free,tukang masak ada, minyak free, tol free, pergi oversea (urusan kerja) free..banyak la yang free. kalau potong 10-15% gaji pun tak apa. akan naik nama kalian di mata rakyat.

6. DSAI mesti stanby dengan tajuk ceramah 'pendedahan' dengan isu harga minyak.

Wednesday, August 26, 2009

nazir,imam di selangor bertambah kuasa ?

Dr. Hasan Ali boleh menarik nafas lega berikutan tindakan nya melantik dan memberi kuasa nazir,imam dan ajk masjid di seluruh masjid di Selangor menangkap peminum arak muslim yang berada di khariah masing-masing.

1. Tindakan ini pasti akan menenggelamkan konfrantasi marah-marah sayang beliau dengan YB Ronnie Liu.(mungkin pada pandangan beliau)

2. Sejauh manakah berkesannya idea ini? Mana lebih baik,mengenakan hukuman yang berat kepada penjual yang menjual arak kepada muslim atau menangkap muslim yang minum arak sambil membiarkan penjual arak tadi terlepas?

3. Beranikah imam-imam ini membuat serbuan ke pusat2 hiburan yang mungkin terdapat di dalam khairiah mereka? jangan pak imam, bahaya...nanti tak pasal2 lain yang jadi .

4. Usaha ini hanya mungkin berkesan kepada remaja2 sahaja.

5. Tindakan PAS ini berlainan sungguh dengan dasar mereka dulu ( sebelum PRU 12 ) yang mahu menutup premis kilang membuat beer dan arak. Agenda ini mungkin tidak terdapat dalam manifesto negara berkebajikan mereka tetapi penceramah-penceramah ustaz2 selalu mengingatkan pengundi di dalam ceramah tentang siapakah yang membina kilang2 beer dan arak di malaysia, lalu orang ramai terus menyahut "BN". ditanya lagi siapakah yang berdosa kerana terlibat dalam membina kilang ini,maka disahut lagi oleh orang ramai "BN". Tetapi penulis percaya hal kilang beer dan arak ini sudah tidak disebut lagi. Masing-masing mengunci mulut takut terkena batang hidung sendiri. Malah di dalam satu blog politik pembangkang,penulis dikecam kerana mengusulkan semula penutupan kilang beer dan arak ini.

p/s: dunia dah terbalik,atau kita dah terbalik. anda boleh rujuk http://dppnjohor.blogspot.com/2006/05/kilang-carlsberg.html

Monday, August 24, 2009

Artis terkini Pas




KEPALA BUKIT, 24 Ogos - Bekas vokalis kumpulan rock Melisa yang popular pada awal era 90-an dulu, Ustaz Mohd Rodhi Abdul Hamid turun membantu kempen PAS pada pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir.

Gambar kecil di atas kanan menunjukkan Akil Havy bersama isteri yang baru dikahwininya, Waheeda. Akil juga bekas penyanyi kumpulan rock d'Riyadh yang telah berjaya dalam bidang hiburan. Beliau juga pernah terjun ke bidang politik selaku penceramah popular PAS sebelum disunting ASTRO.

*sumber taipingmali.blogspot.











Sunday, August 23, 2009

terpulanglah kepada anda....


terpulanglah kepada anda untuk menilainya...sila klik pada tajuk untuk mengetahui sumber foto ini.

Rohaizat dan keluarga mertua 2

Calon Barisan Nasional untuk kerusi PRK Permatang Pasir, Rohaizat Osman pasti berdepan cabaran yang 'ter'paling sukar dalam hidupnya apabila satu demi satu pendedahan dari masalah kerja sehingga lah masalah peribadinya dilondehkan untuk tatapan umum.JIka sebelum ini pendedahan 'sensasi' dari bekas rakan kongsi beliau, terbaru bapa mertua isteri keduanya Mohamad Ali Abdullah,59 mahu 'menantu'nya itu mengumumkan akan status perkahwinannya dengan anak perempuannya,Rafidah Mohamad, 29 Tahun. Jika tidak beliau menimbang untuk meminta penceramah pakatan rakyat untuk mendedahkannya.
rujukhttp://www.malaysiakini.com/news/111190.

1. Penulis sangat kasihan dan simpati dengan Rohaizat. Mengapakah terlalu banyak dugaan yang beliau tempuhi untuk menjadi wakil rakyat.

2. Mengapa baru nak didedahkan sekarang. Tidak ada masa lain kah nak dibincangkan masalah ini ?

3. Tahniah buat Pakatan Rakyat yang baru mendapat satu lagi 'peluru emas'.

4. BN.....entahlah.

p/s: teringat kata-kata MB Kedah, Tuan Haji Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Pemuda UMNO suka main politik budak-budak.(kes tuduhan adanya exco kedah hina sultan)

Saturday, August 22, 2009

serangan peribadi calon bukti politik tak matang

Hanya tinggal beberapa jam lagi sebelum masa berkempen tamat,kedua dua parti yang bertanding tentulah melipat gandakan usaha untuk menagih minat pengundi di DUN permatang Pasir memilih mereka nanti.

1.Serangan peribadi yang keterlaluan oleh kedua-dua oarti politik tidak menggambarkan bahawa yang sedang bertanding itu parti yang memperjuangkankan islam.

2.Habis segala rahsia calon dilondehkan menjadi bahan kempen (kononnya pendedahan sensasi) dan menjadi modal hilai ketawa penonton.penceramah yang berstatus tuan haji,ustaz,yb, dato' yang baru sahaja keluar surau/masjid dari mengerjakan sembahyang terawih dan terus mendedahkan aib orang.

3.Pas tidak ada hujah pembangunan hanya bermodalkan kisah aib calon BN kena gantung dari Majlis Peguam Malaysia, pecah amanah,kawin dua. tidak ketinggalan lagu lama dari penyanyi lama( bukan evergreen) turut berkemandang 'Bubar Dun Perak' dan 'Altantuya'. BN dengan isu RM 60 000 nya.

4.Persoalannya kini untuk BN....
a) adakah mereka pasti calon mereka si Rohaizat betul-betul 'clear'? Tidak adakah calon yang lebih berkelayakan lagi di sana ?
b)adakah BN memang mencari jalan untuk kalah dalam PRK ini ?
c) adakah ini cuma strategi najib-muhyidin dalam menghadapi PRU 13 nanti. pemimpin pembangkang melabelkan najib sebagai seseorang yang penuh muslihat dan teka-teki.

Politik Malaysia memang memeningkan.

Thursday, August 20, 2009

ada bonus untuk kakitangan kerajaan 2009?

Seorang teman penulis membayangkan tiada bonus untuk kakitangan kerajaan tahun ini. Banyaknya duit kerajaan yang hilang/dibazirkan bagi menampung perbelanjaan yang tidak berfaedah seperti memelihara penagih dadah(pusat serenti), depot tahanan pendatang tanpa izin, dan tidak lupa menampung pilihanraya kecil yang paling kerap dalam sejarah Malaysia.
Untuk sekali pilihanraya kecil,sekurang-kurangnya RM 50 juta terpaksa dibelanjakan untuk menampung kos keselamatan dan logistik petugas. Jika sesuatu pilihanraya dibuat beralasan penyandang meninggal dunia atau hilang kelayakan itu tidak menjadi soal,akan tetapi jika penyandangnya memberi alasan yang 'buruk' seperti hendak menyambung pelajaran,memberi laluan kepada suami ataupun terlibat dengan masalah moral, adakah itu akan memberi faedah kepada rakyat negara ini.

1.Mereka kakitangan kerajaan terutama mempunyai gaji di bawah RM 2000 amat mengharapkan pemberian bonus ini untuk menanpung keperluan hari raya dan sessi baru persekolahan 2010.

2. Negara bakal menghadapi dua lagi pilihanraya kecil selepas DUN Permatang Pasir (berkemungkinan ) iaitu DUN Pelabuhan Kelang, Selangor dan DUN Seputeh, Kedah.

3.Sudah lama tidak mendengar slogan Ke Arah Negara Berkebajikan dilaungkan dalam sessi ceramah pakatan rakyat. Yang ada hanyalah Bubar DUN.

keju vs arak di Selangor

*berikut adalah satu komen dari seorang pelawat dan balasan komen dari blog rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim.(http://anwaribrahimblog.com/2009/08/17/dato-alimudin-keluar-umno-sertai-pkr/#comment-213536. Penulis beranggapan balasan komen ini dibuat oleh pengendali blog berkenaan ataupun pemberi komen lain yang turut melawati blog berkenaan dan BUKANNYA dari Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuan paparan ini hanyalah sebagai bahan pembacaan pelawat sahaja dan tidak lebih dari itu.Harap maklum*


As’kum DSAI,Cadangan saya.
1) Tutup kilang Calsrberg kat Bt.3, Shah Alam
2) Tutup kilang Guiness Anchor kat Sg.Way.
3) Semua kerajaan tempatan dlm negeri PR tamatkan lesen perniagaan nombor ekor dipremis kedai.
Ikut cara PAS Kelantan dan PAS Trengganu masa TGHH jadi MB dulu.

Reply

MERENG mereng Reply:August 19th, 2009 at 7:35 am

alahai…. camana cara yang ang maksudkan tuh?ni cara ISLAM ke gunakan keKERASan dalam menangani HAK orang lain?oit pengundi mereng yang kununnya ISLAM…pernah dengar TANPA PAKSAAN?
faham ke tak TANPA PAKSAAN ni?
tak perlu PAKSA-paksa kilang ni tutup kedai/kilangyang perlu ialah KAWALAN dari pihak kerajaan ….pastikan mereka-mereka yang mengaku MUSLIM tidak dibenarkan mendapat access membeli arak… pastikan remaja-remaja TIDAK MUDAH dan diLARANG mendapatkan arak… kerja kuat pihak berkuasa diperlukan disini, rasuah wajib dibenteras terlebih dahulu, kerana pihak berkuasa yang makan rasuah akan menghalang usaha ini….
bila mana KUALITI umat ISLAM itu meningkat tanpa ARAK, dan JELAS remaja lebih kreatif dan berakhlak tanpa arak, maka ini akan membuka MATA orang bukan islam, bahawa ajaran ISLAM itu sungguh INDAH dan terbaik… seterusnya TANPA di PAKSA-PAKSA, orang bukan islam yang berfikiran bagus akan meninggalkan ARAK, dan akan mendidik anak-anak mereka menjauhi arak seperti halnya orang ISLAM….ya.. dan ini boleh saja mereka lakukan tanpa perlu menganut agama kita, …
kesannya apa? kesannya penggunaan arak berkurangan…. dan dalam jangka masa yang panjang, permintaan arak akan berkurang….ARAK susah nak dijual, TANPA PERLU DIPAKSA-PAKSA, peniaga pun TIDAK mahu lagi mendagangkan arak kerana takut RUGI….

TANPA PERLU DIPAKSA-PAKSA, kilang2 arak di malaysia ini akan menutup kilangnya dengan rela hati kerana merasakan MALAYSIA bukanlah lagi pasaran yang baik untuk menjual arak….
macam ni lah baru nampak IMEJ islam yang baik, bukan dengan kekerasan

…Allahumma Solli ‘ala Muhammad

Wednesday, August 19, 2009

arak dan arab






Gejala meminum arak dan gemar berhibur semakin membelenggungi masyarakat islam dunia termasuklah Malaysia. Nun jauh di asia barat,pak-pak syeikh atau mak-mak syeikh yang berada di atas bumi lahir dan wafatnya para rasul,nabi dan ambia semakin lupa diri berhibur sehingga dini hari dan mabuk sehingga sukar nak dibezakan antara orang arab islam ataupun yahudi.


Negara arab yang paling banyak mempunyai tempat hiburan tersohor ialah Lubnan iaitu negara yang tidak pernah sunyi dari peperangan dengan Israel ataupun perang saudara. Dikatakan juga kelab-kelab malam di negara itu setaraf dengan kelab malam di Belanda,Britain dan Amerika bahkan ada yang mengatakan juga lebih hebat lagi.






Dalam pada kita bertungkus lumus mengutip derma dan mendamba ihsan dunia di atas kekejaman yahudi,tetapi masyarakat arab bergembira menonton tarian gelek dan berparti hingga ke pagi.


p/s: Ya ALLAH, Kau selamatkan lah kami dari dosa arak dan zina dan Kau jauhkanlah kami atas kemurkaanMU keatas mereka..Amin




























































































































Thursday, August 13, 2009

yang mana paling hampir-orang kafir yang menghina islam tetapi tidak faham berkenaan islam atau orang islam yang tidak mengamalkan islam ?

Di sebelah sana pasti menerima bulat-bulat penjelasan Tok Guru sambil menuduh satu lagi temberang yang dicipta oleh media arus perdana. Di sebelah sini pasti mengecam sekeras-kerasnya kenyataan tok guru ini. Ia bukan sahaja bakal mencetuskan ketengangan kaum malah ayat yang keluar dari mulut seseorang yang bertitle ulama' besar ini mampu membuat orang -orang umno bertambah benci akan beliau.

1. Bukankah soalan yang bakal ditanya oleh Mungkar dan Nangkir di alam kubur nanti ialah- 'Siapa saudara-saudara mu' maka jawablah kita' orang-orang islam saudara-saudara ku'. Pasti kita takkan berani menyebut 'mereka orang-orang kafir yang menghina islam akan tetapi kerana mereka tidak memahami islam itu saudara-saudara ku'.

2. Jika mereka orang-orang islam itu tidak mahu mengamalkan ajaran islam( mungkin ditujukan kepada pemimpin-pemimpin umno ) maka lebih moleklah tok guru berusaha menarik mereka kembali ke jalan yang benar. Jika tok guru bersusah payah menerangkan pemahaman yang sebenarnya kepada mereka yang menghina islam,maka lebih mudahlah bagi tok guru menyedarkankan golongan yang sedikit ( atau banyak ) tersasar sekurang-kurang nya mereka mempunyai basic ilmu agama.

p/s: masih tertanya-tanya bilakah akan adanya demo mendesak penggubalan semula undang-undang berkaitan zina. Hari ini 1 lagi pembunuhan ( buang ) bayi di sek.sains kedah. Jangan nak demo desak mansuhkan ISA dan 'Bubar DUN Perak'sahaja, jenayah zina pun tanggungjawab kita juga.

Monday, August 10, 2009

calrsberg _impian dulu dah berkubur...

Penulis selalu terkenangkan salah isu belati menyerang BN pada PRU yang lepas-lepas berkenaan dengan terbinanya kilang beer tersohor dunia, Calrsberg di Shah Alam. Penulis yang amat sedih dengan peristiwa ini mendoakan semoga kilang ini ditutup kerana penulis adalah seorang islam. Tambah lagi kilang beer ini berkongsi pagar dengan minuman ringan halal.Pemuda Pas yang paling lantang menetengah kan isu ini bertindak menuduh pemimpin Selangor yang dulu ( BN ) sebagai memakan sumber duit arak dan menyebabkan ramai pemuda pemudi islam meminum arak. Sejuk hati penulis mendengar laungan berkenaan,ada kalangan rakan-rakan penulis berkata nak bom,nak bakar dan macam-macam lagi.

1. Allah itu maha berkuasa, PAS ( dalam gabungan Pakatan Rakyat ) berjaya memerintah Selangor. Tetapi kilang arak ini makin seronok pula operasinya.

2. Tiada lagi isipati ceramah PAS menyentuh berkenaan kilang tersebut. Lebih seronok dengan gerakan mansuhkan ISA dan 'Bubar DUN Perak' dari memperjuangkan isu kerosakan remaja akibat arak dan zina.

3. MB Selangor YAB Dato' Khalid Ibrahim menegaskan penjualan arak kepada golongan muslim atas kesedaran peniaga dan penguna. Makin syok la kaki-kaki togok kat Selangor ye..

4. Exco Kelantan YB Husam Musa mempelawa Exco Selangor YB Ronnie Liu datang ke Kelantan belajar berkenaan berjayanya Kelantan mentadbir pengurusan arak. Penulis pasti topik berkenaan isu Calrsberg tidak akan dibincangkan.

Impian itu dah berkubur..berkubur barsama semangat Pemuda Pas. Sekarang ini Pemuda Pas mempunyai Motto baru iaitu minum arak itu kan hak orang bukan islam.

Sunday, August 9, 2009

Senyum selangor -cheeerrsssss

dulu Takbir! Takbir! Takbir !
sekarang Take beer ! Take beer ! Take beer !

Cheerrssss...kling...kling...kling

Hahahahaha ulp

Thursday, August 6, 2009

buang bayi-apa tugas kita?

Seakan-akan sudah menjadi fenomena kebiasaan bagi kita apabila terbaca mengenai
pembuangan bayi di dada -dada akhbar saban hari. Jika di awal tahun 80 an masyarakat akan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini. Sebenarnya fenomena 'kawin dulu nikah kemudian' ini sudah lama berlaku dalam masyarakat islam kita sejak dari dahulu. Namun begitu dapat di'cover' oleh penjaga atau ibu bapa melalui majlis 'nikah cowboy'. Sekurang sekurangnya bayi yang tidak berdosa ini tidak dibuang.
Namun begitu di masa sekarang majlis 'nikah cowboy' ini sudah diganti dengan istilah 'dah jadi pakwe lari'.Tinggallah si ibu muda tadi yang kebanyakannya penuntut sekolah,penuntut IPT,pekerja kilang ( bukan semua ) ataupun remaja wanita ini terkontang kanting mengusung perut. Nak balik kampung pasti kena belasah dengan saudara mara,kelurga kena pulau. Nak digugurkan dah lebih 3 bulan,klinik pun dah tak berani nak buat. Maka jalan terakhir yang pasti dipilih ialah buang apabila dilahirkan bayi malang ini.

1.Penulis mengusulkan 1 cadangan iaitu LAKSANAKAN HUKUM HUDUD ke atas pesalah zina 100 rotan yang di laksanakan di khlayak ramai. Mungkin ramai yang membantah tetapi percayalah kes zina akan berkurangan. Mengapa kita nak takut kecuali kita turut melakukannya.

2.Dahulu PAS sering melaungkan pelaksanakan hukum hudud (sekadar memancing undi melayu) tetapi akhir-akhir ini isu hudud ini sudah tidak kedengaran lagi walaupun dari mulut Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang. Jangan nak sibuk berdemontrasi mansuhkan ISA sahaja, penulis cabar mereka yang berani buat demo menuntut pindaan undang syariah yang melibatkan jenayah zina. Kita tengok berapa ramai yang akan menyertainya.

Wednesday, August 5, 2009

H1N1

sudah 11 kematian tercatat pada hari ini( 4 Ogos 2009 ).Namun apakah tindakan kita dalam menangani isu ini?

Pergilah ke pasaraya ditempat anda hari ini,dalam masa 30 minit,catatkan pengunjung yang memakai topeng muka. Saya dah lakukan hari ini dan hasil tinjauan saya ialah 0%.

Murid-murid yang demam masih lagi dibenarkan pergi ke sekolah,ibu bapa hanya membawa anak mereka mendapatkan rawatan di klinik swasta. Adakah arahan kuarintin di rumah benar-benar di patuhi?

Saya sendiri pun jika mengalami demam biasa hanya mendapatkan rawatan di klinik swasta. Alasan kenapa tidak ke klinik kerajaan,sudah tentulah seperti jawapan masyarakat yang lain,malas tunggu lama,banyak lagi kerja yang boleh di buat.

Jika ditakdirkan ALLAH penyakit ini terkena kepada tubuh badan saya,tentunya saya lebih risaukan putera puteri saya yang sudah tentu lebih kurang daya tahan imunisasinya..

Tuesday, August 4, 2009

Sebatang Tongkat Untuk Berdiri

Pernah dengarkah kalian lagu ini'sebatang tongkat untuk berdiri' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan rock tersohor SEARCH sekitar era 90'an dulu? Biarpun lagu ini tidak sepopular lagu SEARCH yang lain seperti Isabella,Fantasia Bulan Madu,Teguh,Kejora dan lain-lain lagi. Pengisian lagu ini menceritakan berkenaan seorang yang putus harapan berkenaan kekasihnya dan mencuba mencari bagaimanakah caranya memujuk kekasihnya kembali.

Hari ini,saya sempat berbual dengan rakan sekerja yang cuba untuk mengusahakan kebun keladi. Benih keladi ini dibeli sekitar harga 30 sen sepokok dari seorang bukan melayu di Matang. Rakan saya ini yang menanam keladi ini di tanah pusaka keluarganya cukup memuji akan penjual benih keladi ini yang disifatkannya sebagai seorang pemuda yang rajin. Mana tidaknya,penjual benih ini sanggup berhenti dari menjawat jawatan pegawai bank dan sanggup pula mengusahakan tanaman keladi seluas 6 ekar. Penjual keladi ini amat meminati ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ).

Katanya DSAI adalah seorang yang bijaksana kerana cuba membantu membuang sikap malas orang melayu,sikap membudayakan diri dengan subsidi,menjadikan orang melayu lebih produktif dan lain-lain lagi. Katanya DSAI apabila menjadi PM nanti,beliau akan membuang 'tongkat' orang melayu dengan tujuan orang melayu mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain.Entah dari kenyataan DSAI mana si penanam keladi ini dengar penulis tak tahulah.
Jelaslah si penanam keladi yang dulunya dalam golongan profesional ini sering mengikuti ceramah-ceramah politik. Penulis sedikit menyokong juga pandangan DSAI berkenaan 'tongkat' ini tetapi beberapa perkara perlu diperhalusi juga.

Persoalannya ialah

1. Adakah orang melayu yang turut sama mengagumi ketokohan dan menyokong perjuangan DSAI bersetuju dengan hal 'tongkat' ini?
2.Orang PAS apa komen,setuju juga ke?
3.Bolehkah orang melayu 'survive'jika tongkat ini ditarik balik?
4.Bagaimana nasib bangsa kita akan datang jika tongkat ini dikekalkan? Kalau dibuang?

Memang tongkat ini menjadikan sedikit sebanyak menjadikan orang melayu malas tetapi dengan menghapuskan ataupun cubaan 'memendekkan tongkat' ini pun kelihatan tidak bersesuaian pada masa sekarang. Ini pada pandangan peribadi penulis sahaja. Pada pandangan penulis, sebaiknya diletakkan dalam takwim sekolah program keusahawanan di mana terdapat hari murid terlibat secara serius dalam aktiviti perniagaan. Ini secara tidak langsung mendedahkan murid tentang dunia untung rugi perniagaan. Tujuannya kerana seringkali kita mendengar mengatakan orang melayu takut berniaga maka baiklah didedahkan awal-awal lagi tentang konsep perniagaan( bukan meminta derma di depan bank ataupun stesen minyak ).

p/s: dah lama kan tak dengar slogan popular dalam ceramah PAS sekitar PRU ke 10 ( 1999 sebelum terbentuknya Barisan Alternatif),apa yang kekal harta orang melayu hanyalah Keretapi Tanah Melayu ( KTM ) sahaja. Mungkin slogan ini akan diguna pakai oleh umno pula selepas ini. Siapa tahu kan....

Tuesday, July 28, 2009

pemuda umno yang gagal

mengapa saya mengatakan gagal....?

1. Ramai belia yang rata-ratanya ahli umno masih lagi terjebak dengan salahlaku sosial seperti merempit,berzina dan terlibat dengan salah guna dadah.
2.tidak berjaya membangkitkan perasaan ingin menjadi usahawan kepada ahli-ahli.
3.gagal mentarbiahkan belia-belia supaya mengerjakan suruhan agama.
4.tidak mempunyai perancangan ekonomi yang begitu jelas kepada belia.susahkan kita nak dengar pemuda umno menganjurkan kursus/seminar/bengkel keusahawanan kecuali masa dekat pilihan raya.

belia-belia perlukan pembelaan.Tak perlu sentiasa keluarkan komen politik.pedulikan mereka di pihak pembangkang.bukan nak tolong orang lain,anak bangsa kita juga..
pemuda umno bukannya sempurna,tapi tolonglah jenguk-jenguk belia di ceruk kampung dan desa..

Saturday, July 25, 2009

Intergriti Pakatan Rakyat vs Barisan nasional

Rasuah,salah guna kuasa,nepotism,kronism tidak dapat dipisahkan dengan semua pentadbir termasuklah juga ahli-ahli politik. walaupun hampir semua ahli politik menegaskan tidak terjebak dengan kesalahan ini namun antara mereka sedar ataupun tidak mereka tetap melakukan ataupun'terpaksa melakukan'.



1.Umno sebagai parti pemerintah didapati gagal mengelakkan diri dari terjebak dari salah laku ini.namun begitu mereka tidak berlagak baik dan mengakui sebagai manusia biasa tidak mampu mengelak diri dari bisikan iblis ini. peruntukan-peruntukan rakyat didapati banyak yang tidak sampai ke sasarannya. tempoh sepenggal memerintah (lebih kurang 4 tahun setiap kali sessi) penduduk kampung hanya merasa jalan kampung diturap sahaja. ada yang lebih malang jalan kg hanya ditampal yang mana berlubang. ada yang lebih malang YB tak nampak batang hidung kesudah.

rakyat membalas 'budi baik' umno dengan memangkah pembangkang pada pru-12 yang lalu.

selain itu kasalahan YB-YB umno ini ialah tidak turun padang melihat dan memantau adakah peruntukan yang mereka salurkan itu sampai ke sasarannya ataupun tidak. peruntukan disalurkan hanya di serah kepada orang kuat ataupun orang kepercayaan sahaja sebagai pelaksana.golongan-golongan ini akan mengenakan sedikit caj perkhidmatan sekitar 50 peratus yang dipotong terus dari peruntukan yang disalurkan. YB tak salah,Kerajaan BN/UMNO tak salah,namun perasaan meluat dan benci rakyat terhadap golongan hantu ini yang menyebabkan BN kalah.



2. Pakatan rakyat hadir sebagai model negara berkebajikan dan melaungkan slogan intergriti sasaran utama selepas menawan 4 buah negeri ( Kelantan sedia ditadbir oleh pembangkang).namun adakah mereka mampu melaksanakannya.kesilapan utama PR ialah sentiasa tidak mengaku kesalahan dan dengan segera menyalahkan UMNO sebagai agen pemusnah. Contohnya kes tanah Seri Iskandar yang melibatkan EXCO Negeri,YB Osman Jailu dan YB Jamaluddin.MB Perak ketika itu YAB Nizar Jamaludin on the spot menuduh UMNO sebagai dalang.begitu juga dengan kes akak elizebeth wong dan tragedi SPRM-Teoh beng Hock baru-baru ini. adakah PR bersifat maksum?apakah kerajaan PR boleh memberi jaminan apabila pemerintahan mereka nanti mereka mampu mengamalkan nilai intergriti terpuji?

Benitez senyum dalam duka

Benitez wajar menghela nafas lega berikutan pembebasan pertuduhan oleh juri keatas kapten merangkap denyut nadi Liverpool, Steven Gerrad yang didapati tidak bersalah dalam pergaduhan bar. Namun begitu,Benitez masih menggaru kepala berikutan komen bintang tengahnya javier Masherano yang tekad meninggalkan The Red berikutan lambaian lumayan dari Barcelona. Seorang lagi superstar The Red,Xabi Alonso tidak dapat menyembunyikan lagi keterujaannya apabila ditawarkan beraksi bersama Real Madrid. Beliau memberi reaksi hampir pasti meninggalkan skuad Benitez berikutan kerap diletakkan sebagai taruhan penjualan ataupun pertukaran Benitez untuk mendapatkan Greg Barry,David Villa ataupun Carlos Teves.Sekiranya kedua-dua pemain ini melangkah pergi maka bolehlah dianggap peluang Liverpool untuk mencabar kejuaraan EPL sessi 2009/10 telah pun berakhir.Tidak mungkin jentera tengah liverpool mampu digalas oleh Lucas.
Berdasarkan pencapaian terkini dalam jelajah asia baru-baru ini,pasti penyokong-penyokong liverpool kecut perut melihatkan prestasi lembik The Red..

Thursday, June 11, 2009

SIS:PAS tersilap atau penakut ?

Setelah memuktamatkan usul mengharamkan badan bebas Sister In Islam ( SIS ) dalam mukhtamar PAS baru-baru ini, PAS bahagian Shah Alam yang mengusulkan supaya SIS disiasat dan diharamkan, menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal berhubung usul yang dikemukakan mereka.Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".Yang Dipertuanya, Khalid Samad berkata pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya menghantar surat memaklumkan pembetulan itu kepada PAS. Keputusan ini mendapat banyak bantahan daripada member2 PR sendiri. Akak T...sa juga tidak senang dengan keputusan ini walaupun pada hakikatnya bukan ada kena-mengena pun dengan agamanya.

* rindu kat akak eliezibeth wong yang pandai berpidato politik tuu...

PAS dan SIS: mula-mula diharamkan,sekarang dibincangkan..yang mana satu betul ni..?

PAS mahu tarik balik perkataan 'haramkan' SIS
Jimadie Shah Othman Jun 11, 09 1:08pm
PAS kawasan Shah Alam, yang mengusulkan supaya Sisters In Islam (SIS) disiasat dan diharamkan, menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal berhubung usul yang dikemukakan mereka.Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".Yang Dipertuanya, Khalid Samad berkata pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya menghantar surat memaklumkan pembetulan itu kepada PAS.Bagaimanapun beliau yang juga ahli lajnah politik PAS penggal lalu, tidak pasti sama ada pertukaran itu boleh dilakukan memandangkan muktamar telah meluluskan usul itu, Ahad lalu.Ahli parlimen Shah Alam itu berkata, usul yang dihantar kepada jawatankuasa usul parti itu "bukanlah versi terakhir, tetapi yang belum dipinda"."Usul itu datangnya daripada Dewan Muslimat kawasan. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa dan tergesa-gesa, ia tidak dibahaskan dalam mesyuarat kawasan dan terus dihantar (kepada jawatankuasa usul pusat)," kata Khalid kepada Malaysiakini.Menurutnya lagi, PAS kawasannya mengadakan mesyuarat agung tahunannya agak lewat - dua hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 25 April lalu. Aliran liberalMuktamar tahunan PAS ke-55 yang bersidang pada hari terakhir menerima tanpa bahas usul daripada kawasan Shah Alam itu. Usul itu berbunyi, antaranya, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang didakwa membawa aliran Islam liberal, seterusnya mengharamkan sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam.Usul itu bagaimanapun dikritik hebat pelbagai pihak, termasuk daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin penting dalam Pakatan Rakyat sendiri.Khalid, yang dilihat seorang pemimpin moderat beraliran profesional PAS, berkata beliau telah dihubungi Pengurus Kanan SIS Maria Chin berhubung perkara itu."Kami setuju, pandangan mungkin berbeza, tapi perlunya perbincangan supaya wujudnya perasaan saling memahami," katanya.Reaksi HadiPresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengulas mengenai kecaman SIS terhadap parti Islam itu kerana mahu kerajaan mengharamkan NGO itu.Bercakap selepas mesyuarat jawatankuasa pusat PAS di ibunegara hari ini, Beliau berkata, ahli SIS bukan ahli dalam Islam dan mereka tidak pandai bercakap dalam hal-hal agama Islam."Tidak wajar orang bukan nelayan bercakap mengenai nelayan. Sama seperti orang Somalia bercakap mengenai PAS," katanya.Abdul Hadi berkata, Ahli Parlimen PAS Dr Mariah Mahmud pernah menghadiri program SIS untuk memberi pandangan dan menegur mereka tetapi mereka tidak mendengarnya.

* sumber MalaysiaKini

Pilihan raya kecil Jawi ?

akan adakah pilihanraya kecil di DUN Jawi ?
Sekali lagi golongan Pakatan Rakyat mahu memerangkap BN ?

PULAU PINANG 11 Jun — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada setiausaha agung parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.
Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Lim mengarahkan surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri itu mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).
“Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.
Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.
Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan tersebut dan berkata beliau berharap parti itu akan menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya. - Bernama

* sumber Utusan Malaysia

Monday, June 8, 2009

Malaysia tidak kekurangan bakat bola sepak

Saya mempunyai hobi yang mungkin sama dengan kebanyakan orang'lelaki' iaitu menonton bola sepak. Tidak kira siapa yang main, Liga mana, Lelaki atau perempuan, waktu awal ke,tengah malam ke ataupun santak pagi walaupun paginya perlu kerja. Puas isteri, rakan-rakan menasihat dan memerli akibat mengantuk ditempat kerja namun saya buat dek sahaja. Tidak cukup dengan menonton televisyen, saya juga kerap menonton perlawanan bola sepak terutamanya melibatkan sekolah-sekolah bawah 19,18 dan 15 tahun. Dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja sempat juga melencongkan kereta ke padang bola. Tahun ini saya sempat menonton aksi beberapa perlawanan dalam daerah Larut Matang dan Selama ( Taiping ). Agak membanggakan kerana sekolah lama saya iaitu SMK KING EDWARD VII ( KEVII) telah menjAdi johan pertandingan bwh 18 tahun ( 2009 ) berkenaan walaupun bukan lagi dibimbing oleh cikgu lama saya iaitu cikgu Suhaimi ( yang kini guru penolong kanan HEM di SMK DR Burhanuddin ).
Di masa artikel ini di tulis, saya sedang menonton perlawanan bola sepak Bawah 17 Jemputan Perancis yang diadakan di Toulose. Perlawanan di antara Belanda menentang Mesir.
Jika dilihat daripada skil, kawalan bola, kualiti hantaran dan kecergasan pemain, tentulah banyak berbeza dengan tahap pemain kita. Saya kerap mengikuti banyak kejohanan MSSM ( sebagai penonton ) yang melibatkan tahap umur remaja, saya berasa sangat seronok kerana corak permainan yang laju, hantaran yang kemas dan semangat juang yang tinggi. Sempat juga saya mengenal pasti bakat-bakat baru naik dan saya mengharapkan supaya mereka ada dalam kancah bola sepak tempatan. Namun harapan saya meleset kerana daripada mungkin 10 orang yang saya kenal pasti, tidak ada seorang pun yang menyinari bola sepak domestik sekarang.

Antara mungkin punca-puncanya....

1. Pemain menyambung pelajaran di peringkat IPT dan hanya terlibat dalam pertandingan peringkat MASUM dan liga Celcom.
2. Hilang minat dengan bola sepak dan tidak bersedia dengan latihan-latihan agresif dan disiplin dan jadual yang padat.
3. Tidak mendapat restu dari ibu bapa untuk terlibat dalam bola sepak profesional, Ramai ibu bapa berbuat demikian kerana tidak mahu anak mereka terdedah dengan risiko kecederaan. Ditambah pula dengan himpunan kisah-kisah yang tidak elok berkenaan pasukan-pasukan negeri dan kelab yang bermasalah pembayaran gaji, rasuah dan masalah dalaman pengurusan sehingga menyebabkan kebajikan pemain terabai.
4. Sikap kroni pilih bulu .pengurus dan jurulatih baik di peringkat negeri, daerah hatta di peringkat zon sekali pun walaupun melibatkan bawah 12 tahun. Lihatlah bola sepak Malaysia, pemain tidak berkualiti diperingkat liga pun boleh diambil menyarung jersi negara. Bila dah kalah, salah kan padang, pemain banyak yang cedera dan macam-macam lagi.

Ramai guru-guru tidak mempunyai tauliah melatih muridnya. Modul latihan hanya diterapkan berdasarkan pengetahuan sedia ada sahaja. Liga Malaysia terlalu membosankan. Tidak perlu malu untuk meluahkan kerana itu memang hakikatnya. Buat masa sekarang, jika kita menonton sebarang pertandingan liga super hatta melibatkan Selangor menentang Kedah sekalipun,jika perlawanan itu mempunyai kualiti hantaran tepat melebihi 80% maka sewajarnya FAM sudah boleh membuat kenduri doa selamat.

Kebesaran ALLAH S.W.T. Anak Kucing Bermata Satu

Anak kucing bermata satu: SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati pagi semalam ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.

Friday, June 5, 2009

Realiti TV dan Kehidupan

Banyaknya program realiti tv berbentuk nyanyian,ahli sukan,pelawak dan yang terbaru program mencari pelakon pada masa sekarang seakan bertambah-tambah ibarat cendawan selepas hujan ataupun bunyi katak selepas hujan. Program yang kebanyakannya beorentasikan pungutan sms untuk mencari pemenang ini seakan-akan menjadi trend syarikat TV mencari publisiti mahupun keuntungan.
Program realiti tv bercambah di Malaysia bermula dengan program Akademi Fantasia ( AF ) yang bermula pada tahun 2003. Di waktu itu penonton di Malaysia masih kabur dengan perjalanan program,masih tercari-cari bagaimana hendak ber SMS ( AFUNDI ) dan agak keliru dengan dengan keluarnya pelajarnya setiap minggu yang disambut deraian air mata beserta pelukan antara pelajarnya tidak kira lelaki ataupun perempuan. Langkah pertama ASTRO ini adalah pemangkin kepada program realiti di Malaysia walaupun tidak ramai yang mengetahui wujudnya program ini tetapi ASTRO telah berjaya menanam 'benih AF' ini. Buktinya ASTRO berjaya dengan AF 2 ( tiada lagi adengan peluk dan dukung pelajar perempuan ) dan AF 3 yang boleh dianggap program realiti paling berprestij dengan ikon MAWInya. Langganan untuk sistem ini juga bertambah.
Kejayaan AF ini telah membuka mata syarikat TV yang lain untuk turut sama bersaing. MediaPrima misalnya telah membawa masuk Malaysian Idol yang difrancais dari program popular US 'American Idol'. MediaPrima juga telah mempekenalkan rancangan Who Want To Be Millionnaire ( WWTBM) yang menawarkan hadiah wang tunai RM 1 juta. Rancangan Audition,Mentor dan yang terbaru Oo la la yang tersiar di TV9. Rancangan berbentuk keagamaan turut direaliti tv kan umpamanya Akademi Al-Quran dan juga Akademi Nasyid. Untuk anak-anak kecil dibuat program Bintang Kecil.

Persoalannya kini...

1. Adakah semua belia-beliawanis ni negara ini berhasrat untuk menjadi artis? Buktinya setiap ujibakat yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan yang hebat tidak kira penggangur, pelajar sekolah mahupun IPTA, suami ataupun isteri orang. malahan individu bertaraf profesional juga sanggup berhenti kerja setelah mendapat tawaran menyertainya.
2. Tidakkah pengundi-pengundi sayang akan wang mereka yang telah dibazirkan untuk mengundi peserta pilihan mereka ?
3.Apa nasib pelajar-paelajar imi sekiranya tidak berjaya menjadi juara ataupun sekurang-kurangnya layak ke final?
4. Berkualitikah pelajar-pelajar ini setelah habisnya program ini?
5. Apakah sumbangan program ini untuk negara ?

Negara kita sekarang tidak seperti dahulu yang utuh dari segi kekuatan ekonomi mahupun politik. Penulis bukan membangkang program realiti cuma membangkitkan sekumit kesedaran kepada semua. Hiburan yang berlebihan sedikit sebanyak bisa melalaikan kita. Tidak molek jika anak-anak kecil sudah diajar 'tuang kelas' semata-mata mengikuti kelas nyanyian dan membuat persembahan 'hidup mati' setiap minggu.

Monday, June 1, 2009

1 Jun kempen bergelap gelita ( bergelap masa depan kot ) seluruh Perak

1 Jun Hari Gelap Gelita Seluruh Perak, Pakatan Rakyat Puasa Sunat/Mogok LaparMonday, 1 June 2009 • Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Perak
Anna Yusof
IPOH, 1 jun (SK) :Puasa sunat hari Isnin dan mogok lapar selama satu hari sempena Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak dan Himpunan Aman anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat Perak hari ini.
Semua penyokong di seluruh negara diseru melakukan program puasa sunat / mogok lapar ini bagi susulan daripada kempen minggu lalu yang berpuasa sunat dan mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis.
Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak dan Himpunan Aman ini adalah bagi meneruskan bantahan pencabulan demokrasi yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional dan mendesak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.
Program sehari yang membabitkan setiap markaz Dun seluruh Perak akan bermula pukul 6 petang dan diisi dengan ucapan daripada pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat Dun masing-masing.
Ini diikuti dengan berbuka, solat Maghrib dan bacaan Surah Yassin. Selepas Isya’ solat hajat berjamaah akan diadakan dikuti dengan tazkirah.
Bagi penyokong bukan Islam sebagai menghormati program tersebut mereka boleh berlapar selama satu hari dan akan makan beramai-ramai menjelang Maghrib bersama umat Islam yang lain di markaz.
Bagi program hari ini semua penyokong Pakatan Rakyat gigalakkan berpakaian hitam tanda sokongan padu.

yang peliknya, mahkamah K. Terengganu memutuskan untuk menolak bantahan kemenangan PAS oleh BN di salah satu DUN dengan hanya majoriti dengan 2 undi sahaja. BN Terengganu akur dengan keputusan mahkamah.SYABAS...

Buat yang lain kat Perak ni..sudah-sudahlah..kalau BN Terengganu boeh akur dan tak memaksa pula di adakan pilihanraya semula kenapa pula kita. buar orang luar tu..balik-balik lah tempat kome, teman ni puas dah nengok kome bebaloh sesame sendiri..

Sunday, May 31, 2009

Pengundi melayu Penanti tolak calon PKR

Episod pilihanraya Bukit Gantang nampaknya berulang lagi di Penanti. Buat yang kalah jangan terlalu bersedih. pada yang menang jangan terlalu gembira dengan kejayaan anda. Dan pada yang tak masuk bertanding, keputusan hari ini pasti memberi petunjuk kepada kalian.
Pada prk parlimen Bkt Gantang baru-baru ini, YB Dato Nizar Jamaluddin (PAS ) menang dengan jumlah undi 21 ribu lebih undi menewaskan Ismail Soffian ( BN )yang hanya memperolehi undi sebanyak 19 ribu lebih. Nizar menang dengan majoriti 2 ribu undi lebih.
yang ingin diceritakan di sini ialah bukannya jumlah majoriti tetapi trend pengundi dikawasan itu. Parlimen bukit gantang mengandungi 3 DUN iaitu DUN Changkat Jering, DUN Kuala Sepetang dan DUN Trong. Keputusan setiap pusat pembuangan undi kebanyakan nya memihak kepada calon BN walaupun di kawasan kubu kuat PAS seperti Bukit gantang, Jelutung, Batu 9 dan Batu 8 ( kawasan melayu ). manakala di kawasan pusat pembuangan undi Kuala Sepetang, Simpang dan Pengkalan Aur memihak kepada PAS. ketiga-tiga kawasan ini mempunyai majoriti pengundi berbangsa cina. Kawasan ini mempunyai bilangan pengundi yang paling ramai dan faktor ini yang membawa kemenangan kepada Nizar.
Kesimpulannya pengundi berbangsa melayu amnya menolak Pakatan Rakyat. Mungkin jika anda seorang penyokong PR akan marah jika membaca petikan ini tetapi ini adalah faktanya. Kalau anda kurang berpuas hati, bolehlah bertanya kepada YB Nasaruddin Isa kerana beliau yang telah mengeluarkan fakta ini.

PKR menang di Penanti

Dr. Mansor Osman menepati ramalan mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh calon PKR yang terdahulu. Berikut keputusan penuh

N12: PENANTI : 15,3841. Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
2. Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi

Jumlah pengundi 7,100

Peratus 46.15 peratus

Dengan ini Mansor Osman juga akan mengangkat sumpah sebagai TKM Pulau Pinang dalam sedikit masa lagi.

Saturday, May 30, 2009

Chin Peng dan hujah-hujah pro-kontra

boring kat rumah,isteri pula tengok cerekarama Kerana Kaseh ( tv3).lantas capai kunci motor,hidupkan enjin menuju ke warung simpang 3. terdengar rancak perbualan sekumpulan manusia di meja sebelah berkenaan isu

Setelah 20 tahun selepas termentri perjanjian gencatan senjata antara Parti Komunis Malaya dan kerajaan malaysia ( PKM ) yang berlangsung di kota Bangkok pada 1989, asap nipis sisa-sisa perjuangan pengganas ini nampaknya boleh dilihat semula. Bukan maksudnya terdapat semula gerakan parti ini di hutan tetapi mengenai permohonan pulang oleh Setiausaha Kehormat PKM Chin Peng ke tanah airnya.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Chin Peng sendiri sebagai mewakili PKM manakala pihak Malaysia diwakili oleh Tun Haniff Omar selaku ketua Polis Negara ketika itu. perjanjian ini turut disaksikan oleh oleh rakan-rakan PKM yang lain seperti Abdullah CD dan Rashid Maiden.
di saat negara sedang bergelora dengan ombak politiknya,tentulah isu Chin Peng ini turut menjadi isu. disebabkan kerajaan pusat menolak kepulangan Chin Peng maka seperti sudah diduga di pihak pembangkang menyokong kepulangan beliau. Antara hujah-hujah popular pemimpin pembangkang ialah

1. Chin Peng sudah tua dan uzur dan tidak lagi mampu memberi ancaman kepada negara. Berilah peluang untuk beliau menghabiskan sisa hidupnya di sini.

2. Doktrin komunisme sudah lemah dan mungkin sudah berkubur di Malaysia. Masyarakat negara ini sudah bijak menilai yang mana baik dan buruk.

3. Maafkan lah kesalahan beliau kerana memaafkan kesalahan orang lain adalah perbuatan terpuji dan disukai tuhan.

4. Mengapa kita boleh menerima bangsa-bangsa lain yang turut sama menjajah dan pernah melakukan kekejaman yang sama terhadap penduduk negara ini dahulu seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun ?

5. Syaratkan beliau supaya tidak lagi menyebarkan fahaman komunisme sekiranya diberi keampunan.

6. Mengapa kerajaan boleh menerima kepulangan Ketua Sayap Wanita PKM, Shamsiah Fakeh pulang ke Malaysia sedangkan dia turut sama berjuang bersama Chin Peng.?

itu antara hujah-hujah mereka dan ini antara jawapan yang saya dengar dan mungkin ada benarnya...

1. Chin Peng adalah penjenayah paling kejam yang pernah hidup di tanah melayu. kekejamannya bukan sahaja dialami oleh penduduk berbangsa melayu malahan bangsa-bangsa lain pun turut merasai kesannya. dia jugalah yang merancang semua serang hendap ke atas balai-balai polis, kubu-kubu pasukan keselamatan, kampung-kampung dan pekan serta bandar.

2. Tindakan kerajaan tidak menangkap Chin Peng walaupun hakikatnya kerajaan tahu dimana dia berada dan tinggal di Thailand adalah lebih memadai untuknya.

3. Chin Peng tidak menyerah diri kepada kerajaan selepas gerakan mereka mulai lemah dan beliau memilih bersembunyi di sempadan negara. ini bertujuan memudahkan beliau menyusup masuk untuk melakukan serang hendap keatas penduduk kampung dan pasukan keselamatan.

4. banyak anggota pasukan keselamatan,keluarga mereka, home guard dan penduduk tanah melayu ketika itu yang telah terbunuh, cedera kekal dan anak-anak mereka menjadi yatim piatu akibat kekejaman komunis. mengapa pihak pembangkang tidak mengutamakan nasib dan kisah mereka dahulu.

5. shamsiah fakeh tidak melarikan diri sebaliknya dihantar ke China untuk berkursus di sana.
Malah beliau sendiri mengakui tidak pernah membunuh walau serang pun anggota pasukan keselamatan.

6. beliau masih mampu menyebarkan fahamannya kepada sesiapa jua terutamanya masyarakat yang naif dan tidak peka kepada sejarah tanah air. lihat lah mereka yang terlibat dalam gerakan hin...f, ajaran sesat ayah Pin dan lain-lain lagi.

saya hanya mendengar sahaja perbincangan mereka yang rata-ratanya berkain pelikat, berbaju melayu dan berketayap. sambil menghabiskan teh tarik dan rokok, membayarkan harga minuman dan terus berlalu.

Friday, May 29, 2009

belia yang menganggur dicadang jadi ahli pasukan sukarelawan

Saya mencadangkan supaya mana-mana belia yang tidak berkerja selepas tamat pengajian sekolah ataupun IPT diwajibkan menyertai mana pertubuhan sukarela seperti askar wataniah,RELA,pasukan bomba sukarela ataupun pertahanan awam. Ini bagi menjadikan belia yang menggangur ini tidak membuang masa sekali gus menjadikan belia-belia ini berpengatahuan dalam pelbagai bidang. cara ini juga bagi mengelakkan belia ini terjebak dalam pelbagai masalah sosial.

Wednesday, May 27, 2009

Barcelona 2-0 Man Utd

huhuhu..sedih aku bro man utd kalah. aku seorang penyokong man u yang jujur dan aku akan komen memang patut man u kalah malam tadi. 80% game barca yang kontrol. cuma harapkan rooney jer, ronalDO langsung tak menjadi.defend barca bijak dengan cara tidak melakukan sebarang kekasaran keatas penyerang man u terutamannya ronaldo untuk mengelakkan sepakan percuma.
bahagian tengah barca mantap dengan messi,xavi dan inessta.pemain tengah mereka ni berupaya membawa masuk bola dari kawasan bawah kedalam kawasan penalti man u. mereka juga boleh menggelecek 1-2 pemain man u dengan mudah.midfeild man u giggs dan carick hanya mampu membuat hantaran jauh berupa true-pass mencari ranaldo dan rooney mudah dibaca oleh defend barca.
gol eto dan messi tu gol biasa-biasa jer.memang spain sedang menakluki dunia bola sepak sekarang.kualiti hantaran tepat dan laju,true pass tepat dan pemain2 yang berstamina tinggi merupakan kelebihan mereka. caiyoo man u, cuba lagi 2010 nanti.

budak melayu malas berkerja

tolong la carikan ubat,penawar ataupun vaksin agar kebanyakan (bukan semua tetapi jumlahnya semakin membimbangkan)pemuda-pemuda melayu(bumiputera) mempunyai sikap tidak membuang masa dan berusaha untuk berkerja. sudahlah dari kecil mak ayah tanggung,yuran sekolah mak ayah support, nak moto ayah beli,kalau lapar mak masak. tak malu ke tengok pemudi2 yang berkerja kat kedai kain,kat kilang2 ? suruh sekolah korang malas, result SPM cukup2 makan.
budak2 ni nak kerja senang, gaji nak banyak, pergi keja ikut suka hati, boleh balik awal,pangkat nak besor.
duit mintak kat mak, kesian kat mak. kalau mohon kerja dalam spa 8 sementara tu korang duduk kat rumah temenung saja. korang anggap pemohonan korang akan diterima jadi buat apa susah nak kerja,nanti kalau dapat kerja dengan kerajaan susah pulak korang nak berenti..alasan konon..kita yang berkerja ni terpaksa lah berkongsi rokok dengan diorang.ada pulak member aku tu dah 2 tahun menganggur.alasannya tak ada kerja yang kena dengan jiwanya. bukan aku nak menyibuk tapi aku kesian dengan ayahnya yang selalu dok merungut kat surau perihal kemalasan dan pandainya cakap anaknya yang malas bekerja itu.
aku ni kalau tegur lebih2 kang jadi bergaduh..bemasam muka,silap2 bertumbuk..jadi aku luahkan perasaan aku kat sini.kalau ada yang terasa mintak sorry dulu..buat adik2 aku yang tergolong dalam kumpulan ini juga mudah-mudahan berubah lah.....

Islam atau Melayu dulu?

Islam dulu baru melayu,baru melayu hidup terpandu,
islam bukan hak melayu,barulah dunia melayu berkembang maju,
landaskan Al-Quran dalam kehidupan,sunnah nabi jadi amalan,pesanan
ulama jadi ikutan,pemimpin soleh ditaati,yang kejam dijauhi,yang pembohong ditolak,
yang hanya bertopeng agama disepak, daulatkan peraturan islam,
bersatulah melayuku,musuh kita tersenyum girang,melihat kita saling berperang