Sunday, January 31, 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ( SBT ) : murid sekolah kampung gigit jari

Satu lagi projek 'pelik' kementerian kerajaan selepas PERMATA PINTAR yang menelan belanja ratusan juta ringgit. Pelikkan apabila disuruh semua sekolah menjadikan sekolah SBT sebagai mentor? Yang kelakarnya kebanyakan sekolah SBT ini adalah sekolah berasrama penuh yang rata-rata muridnya terdiri murid yang cemerlang akedemik, kokurikulum dan sahsiahnya. Manakala sekolah harian muridnya adalah murid sekitar sekolah yang muridnya terdiri dari pelbagai latar belakang sosial.
Mengapa diberi peruntukan RM 70 ribu kepada sekolah ini sedangkan banyak sekolah kampung yang masih kurang kemudahan asas seperti pagar dan padang.
lagi satu, mengapa tiada sekolah dari Terengganu yang dipilih?

Inilah padahnya bila pendidikan di campur adukkan dengan politik. Mangsanya ialah murid sekolah kampung

Thursday, January 21, 2010

elaun staf kerajaan ditarik balik ? matilah aku ( lagi besar dari kes bakar gereja )

Pernah penulis menulis artikel berkenaan pengurangan bajet kerajaan dalam sektor pendidikan.Ada khabar angin bertiup kencang mencanang akan penarikan semula elaun sara hidup COLA yang dinikmati oleh kakitangan awam. Penulis menyarankan kepada kerajaan akan menimbang semulA idea berkenaan.
rakan penulis seorang guru mengeluh akan kehilangan beberapa elaun nya seperti BISP ( elaun mengajar mat/sains dlm BI ) berjumlah RM 190 sebulan,kelas Skim Baucer Tuisyen berjumlah RM 200 sebulan dan juga COLA RM 300 sebulan. Jika dihitungkan jumlahnya ialah RM 690 sebulan. Isteri nya juga seorang guru turut menikmati elaun berkenaan. Maka jumlah keseluruhannya ialah RM 1380 sebulan. Mengeluh panjang beliau ! Mana nak bayar ansuran rumah, kereta, pengasuh anak, sekolah anak, lampin, susu anak, minyak kereta, nak makan boleh jadi gila jadinya.
Khabarnya elaun overtime staf pihak berkuasa tempatan pun tidak dibayar. Elaun tuntutan perjalanan pun tidak lagi dibayar kerajaan.
Semua rakyat menyalahkan pembelian kapal selam.
Mengikut tafsiran penulis yang kurang cerdik ekonomi ini, jika gaji / pendapatan dikurangkan maka rakyat lebih berminat menjimatkan perbelanjaan. Maka berlaku kekurangan pengaliran wang dalam pasaran, pengeluar produk dan peniaga akan menghadapi masalah memasarkan produk mereka. Perniagaan akan bergerak perlahan, pekerja terpaksa di berhentikan untuk pengurangan kos gaji. Berlaku pertambahan bilangan penganguran dan secara tidak langsung akan meningkatkan semula kadar jenayah.
Tolong lah DS Najib..
Semua menteri kanan dan menteri besar mesti mencari seberapa banyak pelabur untuk mengalakkan semula pertumbuhan ekonomi negara.
Penulis tabik dengan MB Perak Dr Zambri kerana berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM 6.12 Billion berbanding hanya 2RM 2 bilion semasa pemeritahan PR