Close

Sunday, February 12, 2012

PANAS !!! possing terbaekk dari ladang dari Anwar di hari Thaipusam

Hensemnya Brother Anwar Bin Ibrahim nii..Sekali Pandang macam MGR, dua kali pandang macam Kamal Hassan pun ada, kalau 3 kali pandang cam seta% pun ada jugak. Terbaek dari ladang laa Tok Seri. Jangan takut, Nik Aziz akan tolong backing baik punya..

Ni gambar mantan MB Perak zaman Pakatan Rakyat dulu tengah main gendang semasa menghadiri sambutan Thaipusam di sebuah kuil di Ipoh baru-baru ini. Dapat pahala agaknya si Nizar dok main gendang kut..tak ada pulak nak di katakan sesat oleh ulama' PAS...



Aikk..tok guru Nik Aziz pun sama jugak ker ? Tapi ni masa beliau melawat kuil Budhha di Kelantan. Nampak tu betapa eratnya genggaman tangan Nik Aziz dengan tok sami buddha tu. Ini pun boleh dikira berpahala jugak kerana yang buat tu ahli PAS. Baguihh duk ada !!!




Ini baru gambar yang sesat, merosakkan akidah. Lepas Najib di kutuk, Mufti Perak, Tan Sri Harunsani pulak kena hentam..Nasib-nasib. Masuk jer PAS ( DAP dan PKR pun boleh ), semua dosa kira settle, yang haram jadi halal. Banyak geng-geng PAS boleh tolong cari alasan nak sokong anda...












Friday, February 10, 2012

wak lu !!! keganasan di Syria, Najib pulak yang disalahkan ??

Idris Ahmad menyalahkan Najib kerana mengambil sikap berdiam diri berhubung keganasan di Syria. Idris yang melobi sakan untuk diletakkan semula sebagai calon PAS selepas dipinggir pada PRU 12 lalu kini mencari ruang sebanyak mungkin mengEXPOSE diri beliau bertanding pada PRU ke 13 nanti.

Untuk rekod Idris bertanding di DUN Changkat Jering selama beberapa pengkal tapi kalah memanjang. Pada PRU 12, kerusi DUN berkenaan di serahkan kepada PKR dan calonnya OSman Jailu menang dan kemudiannya beliau melompat ke BN sebagai calon bebas.

Untuk pengetahuan semua, PAS dah mintak balik DUN ni tapi PKR berkeras tak nak lepaskan.

Dengan selambanya, Idris mempertikaikan Najib yang tidak mahu mengambil port akan nasib rakyat Syria dengan berkata ""Hari ini kita melihat satu desakan awal rakyat Malaysia berhubung dengan keganasan yang berlaku di Syria.

"Desakan ini merupakan kebencian kita sebagai rakyat Malaysia yang mana keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan Syria di bawah rejim Presiden Bashar Al-Assad telah melanggar hak asasi manusia," jelasnya pada himpunan aman di hadapan Kedutaan Syria, di sini, petang ini sebagai membantah kekejaman rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad membunuh rakyatnya.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempersoalkan kenapa Najib begitu takut untuk mengeluar kenyataan mengutuk keganasan tersebut.

"Kenapa Malaysia masih berdiam diri walaupun telah beribu rakyat Syiria dibunuh tanpa sebab, adakah Najib takut akan mendapat kecaman dari pihak lain dan itu sepatutnya diperjelaskan.

"Ini adalah satu permulaan dan kita akan pastikan himpunan seperti ini akan terus berlaku pada masa akan datang, kenapa kita perlu takut untuk berhimpun kalau apa yang dilakukan di Syria jelas bersifat kejam.

"Saya hari ini mendesak agar Najib mengeluarkan kenyataan beliau samada menyokong tindakan Bashar Al-Assad itu ataupun tidak, rakyat juga ingin tahu pendirian Malaysia dalam soal tersebut," jelasnya lagi.

Biasalah, cover line lah, anak buah sokong Syria, Bos sokong Israel huhahuhahuha..

Asal ada isu, semua korang bedal..

kasi gegar !!!! Akhirnya PAS mengaku menyanjung AMBIGA !!??



P/S : Dah ada penganut extreme PAS yang melarang anak-anak ikut serta dalam perarakan Maulidur Rasul tahun ini. Haram kata mereka kerana ikut budaya kristian. Kalau berarak sokong Ambiga tak apa pulak..!!!

Tuesday, February 7, 2012

Panas !!!!!! gambar ekslusif YB Nizar semasa perayaan Thaipusam 2012




Dung..dung..dung..dung..dung...dung...dung