Close

Wednesday, October 26, 2011

Mahasiswa desak jauhkan politik dari UIA .!! UniSEL macamana plk ??



Sayang sangat warga mahasiswa UIA dengan Aziz Bari ni sampai sanggup menggugut kerajaan. Meraka mendesak agar AZiz Bari di bebaskan dari penggantungan tugas nya kerana mengkritik Sultan Selangor. Jika Kerajaan masih lagi menggantung tugas Aziz Bari maka ..

"Sekiranya kerajaan gagal untuk menjawab memorandum bantahan ini, insya-allah kita akan buat himpunan bersama rakyat, badan-badan NGO yang terdiri daripada BERSIH.20 yang dijangkakan akan diadakan di Stadium Merdeka dan Putrajaya," kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM ).

Sementara itu, jurucakap SMM Mohd Zaky Sukery memberitahu pemberita terdapat dua tuntutan utama dalam memorandum tersebut, iaitu mendesak kebebasan akademik diberikan kepada ahli akademik dan mendesak agar siasatan terhadap Abdul dihentikan tanpa syarat.

Beliau berkata, walaupun pergantungan tugas terhadap Prof. Aziz Bari telah ditarik balik tetapi semua mahasiwa masih tidak berpuas hati kerana kerana masih ada siasatan di kenakan kepada beliau.

"Prof. Aziz Bari disiasat seolah seperti seorang jenayah sedangkan beliau bersuara atas kajian, bukti dan fakta yang kukuh melalui buku yang ditulis. Tindakan UIA adalah tidak wajar dan sangat terdesak," katanya.

Mengapa tiada siapa pun yang bangkit menentang ketika campur tangan Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap UniSel dulu ? Kerana ia melibatkan kerajaan PR maka kebanyakan Mahasiswa melayu yang menyokong pembangkang hanya membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja.

Isunya bukan Aziz Bari tetapi kerana yang digantung itu adalah penyokong kuat Anwar maka wajib mahasiswa-mahasiswa menggadaikan risiko disingkir dari pengajian semata-mata mempertahankan bakal Peguam Negara PR itu..

Thursday, October 20, 2011

Mari selamatKan Aziz Bari

UIA selaku IPTA yang bertanggungjawab mengeluarkan produk-produk pemimpin PAS akan menganjurkan satu perhimpunan mendesak supaya pensyarah kesayangan mereka dan PR tidak digantung dari UIA. Pensyarah berkenaan yang mungkin menjawat jawatan Peguam Negara sekiranya PR berkuasa nanti di gantung berikutan beberapa komen beliau yang berbau hasutan.

Kawan pun tak tau nak kata apa, nampaknya para pelajar 'U' kat Malaysia lebih gemar berpolitik dari mengejar pencapaian terbaik. Tentunya tak kesampaian hajat ibubapa di kampung jika melihat anak-anak mereka berpiket kerana isu yang tidak berasas.

Sayang sekali kerana Malaysia mengeluarkan belasan ribu graduan setiap tahun tetapi seolah-olah tiada apa-apa impak yang besar dari setiap graduasi yang lahir. lebih sebilion RM yang di belanjakan ke arah itu namun hasilnya tidaklah senampak mana.

Mobilisasi besar untuk demo sokong Aziz Bari esok

Kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".

"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri (kiri).

Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus di Gombak selepas solat Jumaat.-Mkini

p/s..kawan bukan keluaran UIA

Tuesday, October 18, 2011

Guan Eng - Blogerz Umno Bersifat Binatang



dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6045-jangan-heret-anak-saya-yang-tidak-berdosa

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Hanya kerana ketagihkan kuasa yang melampau, beberapa pemimpin dan blogger pro-Umno sanggup menggunakan fitnah jijik dan tidak bertamadun untuk memusnahkan kehidupan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam kes terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi mangsa oleh para pemimpin dan blogger Umno yang bersifat kebinatangan apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun difitnah kononnya telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan, lapor Roketkini.

“Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu.

“Ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak dan DAP tidak pernah menyerang anak-anak mereka dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

“Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu difitnah, dikecam dan diserang tanpa sebarang bukti oleh para pemimpin Umno dan blogger upahan mereka serta lidah rasmi Umno, iaitu Utusan Malaysia dan media umum yang dikawal oleh Umno-BN, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan mengingatkan agar ahli-ahli politik Umno memahami perasaan sebagai seorang ayah.

“Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini,” ujarnya.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh berkata demikian sebagai respon terhadap kenyatan beberapa pemimpin Umno dan blogger yang menyebarkan fitnah tentang anaknya yang berpindah sekolah kerana kononnya meramas buah dada seorang pelajar.

Beliau menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku:

“Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.

“Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya.

Guan Eng juga kesal apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut terlibat dalam fitnah yang memalukan itu.

Dalam pautan twitter Khairy ada mesej yang berbunyi: “@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.” (http://twitter.com/#!/Khairykj/status/125841671102529536)

Menurut Guan Eng, Naib Pengerusi Umno Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri Hasan Basri juga terlibat dalam penyebaran fitnah yang keji itu.

Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin partinya yang menyebarkan fitnah tidak bermaruah itu yang bertujuan menjatuhkan beliau.

“Oleh itu, Umno perlu bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup anak saya dengan melakukan pembohongan yang keji dan tidak bertamadun itu, hanya kerana mahu menjatuhkan kerjaya politik saya,” katanya.

Beliau mencabar mereka yang menyebarkan fitnah itu agar mencerminkan diri sebagai seorang ayah.

“Tanyalah (diri sendiri) sama ada mereka mahu anak mereka menerima trauma dari penipuan kejam itu,” katanya.

Dalam masa sama, Guan Eng menjelaskan beliau dan isterinya akan tetap sabar dan berdoa serta cuba sedaya upaya memulihkan trauma anaknya itu, akibat kekejaman yang dilemparkan oleh pemimpin dan blogger pro-Umno itu.

Beliau berkata adalah haknya untuk mengambil apa-apa tindakan lanjut sebagai ketua keluarga yang akan sentiasa mempertahan dan melindungi keluarganya dari sebarang ancaman. – Roketkini.com

Sunday, October 16, 2011

Felda nak di jual ???? iye ke nih...

Di petik dari entry salah seorang pengunjung facebook

Tanah FELDA berisiko tinggi akan tergadai;

Mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA pada 25 Ogos 2011 yg dihadiri oleh Isa Samad,Ahmad Maslan dan Najib tanpa kehadiran Pengarah Besar FELDA Zulkifli Abd, Wahab telah mencagarkan tanah FELDA Plantation seluas 357 710 ribu hektar kpd syarikat pelaburan FELDA Global Venture Holding (FGVH) selama 60 tahun.FGVC adalah syarikat yg sedang bermasalah dan kerugiannya hingga RM500 juta dlm pelaburan di Amerika'
Isa Samad telah meminda peraturan di mana beliau telah menjadi pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) tanpa melalui mesyuarat Agong.Penstrukturan semula FELDA membolehkan 51% ekuiti dlm KPF dimasukkan dlm pelaburan FGVH.

Pelaburan oleh sykt yg bermasalah ini boleh menyebabkan mala petaka kpd 357 ribu hektar TANAH felda dan boleh hilang begitu saja .
Pegawai ,kakitangan FELDA dan Pertubuhan2 peneroka telah merayu supaya FELDA diselamatkan dan diadakan solat hajat,

Ikutilah sidang media oleh sdr Mazlan Aliman pd 28 Oktober ini di Kuala Lumpur dgn disertakan dolumen keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah yg telah mengenepikan kehadiran Pengarah Besar FELDA

Thursday, October 13, 2011

Tindakan yang mulia lagi berPAHALA dari blogerz pembangkang

Tidak mengapa jika kita membuat cerita bohong ( fitnah )SEKIRANYA ia melibatkan pimpinan Be eNd malah kita akan beroleh keberkatan dan berpahala ( mungkin fatwa baru yang akan di umumkan esok )








Malu kawan sebagai blogez nyamuk bila blogerz yang kawan percaya beragama islam sama macam kawan tergamak memfitnah Najib. Kawan pun bukan suka sangat sesetengah pemimpin Be eNd mahupun Pakatan Rakyat tetapi idak le sampai membuat fitnah lagi pula melibatkan agama anutan..YA Allah, apa nak jadi dengan mike sekalian ni, udah tak kenal halal haram..

Tuesday, October 11, 2011

Nizar masih releven jadi MB Perak..Guan Eng

Mantan MB Pakatan rakyat Perak, DS Nizar Jamaludin pastinya panas punggung kerana cakap-cakap beliau tidak akan menaiki takhta MB sekiranya PR menang di Perak pada PRU 13 akan datang. Muka baru yang bakal menggugat cita-citanya mungkin
bekas Pegawai Tinggi TLDM Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid. Malah DUn yang diwakili oleh beliau ( pasir panjang ) mungkin di serah kepada orang lain.

Pesuruh jaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang juga pastinya mengintai peluang bertanding di peringkat DUN setelah menyedari peluang PAS di Perak cerah. Calon MB yang lain yang di sebut ialah mantan Pengarah Pelajaran Perak, Dato' Adnan Ibrahim di sebut-sebut sebagai satu lagi pilihan MB.

Namun itu adalah sembang-sembang dalam PAS. Tetapi harus dingat bukan PAS yang menentukan dasar di Perak. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng datang ke Ipoh meleraikan kekusutan apabila menyokong Nizar kekal menjadi MB. Kenyataan beliau itu turut disokong oleh Ahli Parlimen Taiping, Ngar Kor Ming, Bendahari DAP Perak dan Ahli Parlimen Beruas/ Adun Stiawan Ngeh Koh Ham turut menyatakan pendirian yang sama. Spekulasi ini mengenepikan cakap-cakap DAP akan meletakkan calon melayu untuk bertanding di kubu kuat DAP yang bakal bertindak sebagai bakal MB perak sekiranya di takdirkan Perak sekali lagi jatuh ke tangan PR.

Nizar yang lebih mesra kepada orang cina masih mendapat kepercayaan menerajui pimpinan negeri oleh DAP. Masih segar dalam ingatan rakyat negeri ini apabila Nizar menganugerahkan milikan tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru cina di Gerik. Sedangkan kampung-kampung melayu tidak di lawat langsung. Nizar juga cepat melatah apabila 2 wakil rakyat di DUN Changkat jering dan Behrang di tuduh rasuah dan dengan pantas menuduh UMNO sebagai dalang tanpa usul periksa. Sikap kelam kabut dan gopoh ini menjadikan Nizar kesayangan DAP kerana begitu mudah di manipulasi. Siapa yang mengumumkan Pelaksanaan Negara Islam tiada dalam manifesto Pakatan Rakyat di DUN Perak dulu?

Thursday, October 6, 2011

Aura Tuan Guru Nik Aziz penyelamat Pakatan Rakyat ...
















Penyokong2 PR nampaknya tidak ada jalan lain selain menayangkan gambar-gambar lama Tuan Guru Nik Aziz untuk meraih simpati pengundi menjelang PRU 13. Gambar-gambar ini semakin banyak di mainkan di Facebook sebagai senjata meraih perbezaan antara pemimpin BN yang ber'mewah' dengan 'kesederhanaan' tok guru.


Dengan begitu banyak judul yang berbeza, " pemimpin berjiwa rakyat", " Masih adakah pemimpin begini ", " Pemimpin Tulen", "Pemimpin Pewaris Nabi " dan macam- macam lagi. Biasa lah dah dekat nak PRU 13, apa pun ok.


Nik Aziz ialah idol penyelamat kepada Pakatan Rakyat. Kredibiliti tuk guru begitu besar sehingga menenggelamkan imej Anwar dan Lim Guan Eng. Namun sayangnya kadang-kadang tuk guru gemar gostan balik apa yang dia cakap. Contohnya beliau dulu tidak merestui pemilihan mantan MB Perak DS Nizar bertanding di PRK Bukit Gantang namun berubah pula cakapnya selepas 12 jam kemudian. Yang terbaru beria-beria benar Tuk Guru nak melaksanakan Hudud tetapi dengan selamba nya beliau menarik gear reverse setelah di warning dari jauh oleh Karpal Singh.


Tingkah laku ini menyeronokkan Anwar dan Guan Eng untuk memanipulasi ketokohan Tuk Guru. Tok Guru ialah ikon Pakatan Rakyat. Tanpa tok guru PR tiada apa-apa selain Anwar yang dah tak berapa steady. Adanya PR sebab tok guru. Sebab itu lebih banyak wajah tok guru mendampingi rakyat berbanding Anwar.