Sunday, January 23, 2011

Isu negara islam, BN tersepit atau PAS terkepit ?

PRK Dun tenang masuk hari ke 3 kempen. Pelbagai isu sedang bermain di mulut penceramah sama ada di mulut BN mahupun Pakatan Rakyat. Sama ada isu itu sebenarnya isu yang benar dan besar ataupun isu yang terbukti bongok dan bengong tahap gaban.

Isu negara Islam hebat dicanang oleh kedua-dua belah pihak. BN hanya menjelaskan itu hanya retorik PAS manakala PAS menuduh BN takut akan persepsi rakyat yang sudah boleh menerima agenda negara islam.

Pada kawan itu hanya lagu lama dari piring hitam lama PAS. Maaf cakap la, PAS tak mampu untuk melaksanakan undang-undang islam. Kawan menyokong pelaksanaan undang islam ini tetapi kawan percaya sampai kambing beranak lembu pun PAS tak mampu untuk melaksanakannya. Buktinya pendedahan Nik Aziz yang menuduh Tun Mahathir menghalang pelaksanaan undang-undang Hudud di Kelantan.

Mengapa hampir 15 tahun baru perkara ini didedahkan? Kalau Pas takut sangat pada Tun mengapa tidak semasa Tun pencen PM perkara ini tidak didedahkan 7 tahun yang dulu? Sekarang Tun sudah pencen serta tua gayot tak larat, kawan cabar tok jangoat PAS kelantan buat undang-undang hudud. Jawapannya Nik Aziz sendiri pun tak tau bagaimana nak memulakannya lantas Tok Mahathir di jadikan kambing hitam kerana kegagalannya sendiri.

Hanya kerana Karpal Singh mengatakan untuk tidak merubah agama islam sebagai agama rasmi sekiranya Pakatan Rakyat mendapat mandat pada PRU 13 nanti, menitis air mata dan hingus tok-tok guru sambil tabik pada Karpal. Dia tak kata pun nak guna undang-undang islam.

DAP tak pernah cakap nak tukar undang-undang sekarang kepada undang islam..Kalau ada tunjuk buktinya dari mulut pemimpin DAP sendiri ataupun artikel yang menyokong hujah mereka.

PAS terkepit dek kerana keinginan undang islam yang kawan sanjungi tapi parti itu tak mampu buat apa-apa. DAP dan PKR beruntung kerana menjadikan PAS sebagai rakan sekutu PR. Setiap kali PRK, PAS yang supply Unit Amal, Mak cik-mak cik tudung labuh, penonton ceramah tapi tugas PAS hanya setakat itu sahaja.

Jangan jadi Mat Jenin yang melihat pokok kelapa dari bawah sambil terbayang puteri raja. Kepada Pas, kawan tak suruh anda masuk BN,kawan tak suruh anda keluar PR, cuma yang kawan minta tunjuk bukti yang pemimpin DAP menyokong pelaksanaan negara dan undang-undang Islam..itu saja

No comments:

Post a Comment