Close

Thursday, December 29, 2011

Dakwah Secara Moden ( k-pop version )




Dalam kita berdebat siapa lebih Islam, Lebih baik kita layan video ni cara baru berdakwah mengikut cara K-POP ( ataupun J-POP / JAwa Pop )

Tuesday, December 27, 2011

Shamsul Iskandar sokong Saifudin isu AUKU ???




Tiba-tiba saja muncul wajah ketua AMK di sebalik kocakan mahasiswa yang menentang AUKU. Kalau anda masih ingat, mantan Timbalan Perdana Menteri era Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disukai pun Nik Aziz, Hadi Awang, Arwah Fadhil Nor, Mat Sabu, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan ramai lagi ahli politik pembangkang. Selepas beliau di pecat, mereka-mereka ini adalah oarang yang pertama memeluk, meratap, cium molot dan menangis hiba seolah-olah mereka dengan Datuk Seri Anwar adik beradik seperut ibu. Apakah Saifudin juga mengulangi kisah abang nuar kita dulu ??? sama-sama kita tunggu...

Saturday, December 17, 2011

Bakal Guru peneraju Gagasan Mahasiswa lawan Najib

sumber dari http://aku-tak-peduli.blogspot.com

Betul ke bakal pendidik dari UPSI menjadi Panglima Besi dalam gerakan Mahasiswa menurunkan bendera gambar Najib ???

































Kalau betul lah dia ni bakal cikgu..apa komen anda ?? Kalau cikgu merungut sebab kerja banyak, gaji sikit ramai yang minta cikgu-cikgu ni berhenti saja. Beranikah anda minta 'budak UPsi' ni berhenti menjadi bakal guru kalau nak terlibat dengan politik jalanan???

Nasarudin, Hasan Ali dan Mahasiswa..

1. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali nenempelak bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Dr Hassan Ali kerana di lihat semakin masuk ke 'perangkap BN'.
Mustafa memberi tahu yang Nasharudin tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat PAS pusat setelah kalah pemilihan yang lalu walaupun beliau di lantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS. Pada kawan mungkin Nasharudin semakin benci akan keakraban PAS dengan DAP kut. Walau apa pun keputusan dalam mesyuarat, selalunya pasti akan menguntungkan DAP..itu pandangan peribadi kawan. Mungkin juga Nasharudin dan Hasan semakin meluat dengan tiadanya apa-apa keputusan rasmi berkenaan kempen selamatkan Ummah dari aktiviti murtad oleh pucuk pimpinan PAS.

2. Mahasiswa hari ini berdemo ke PWTC dan menurunkan bendera berwajah PM Najib. Beraninya mereka !! Tahniah kawan ucapkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Saifudin Abdullah kerana berjaya mendidik mereka menjadi begitu berani dan meninggalkan buku di bilik, meninggalkan pensil dan persediaan ke arah peperiksaan dan menghampakan hati ibu bapa di kampung semata-mata berdemo. Mereka yang 100% beraliran pembangkang ini kawan harap tidak mengambil baucer pembelian buku sebagai tanda boikot terhadap kerajaan. Maklumlah, baucer tu kan datangnya dari kerajaan yang zalim dan kejam.

p/s: Alhamdulilah kawan dapat baucer ni sebagai pelajar IPT yang tua..

Thursday, December 15, 2011

Tergempar !!! TNB sudah bergabung dengan Astro !!

TNB bergabung dengan ASTRO ????



Bergabung tiang jer..

Monday, December 12, 2011

Rakyat Perak Masih Taruh harapan pada Nizar ....Hakk tuihhh !!!!!!

Kahak hijau kawan ludah ke tanah bila membaca 'statement' harakah yang melaporkan rakyat Perak masih lagi mahukan MB ihsan DAP, Nizar Jamaludin kekal sebagai MB sekiranya PR kembali berkuasa.

Dewan Pemuda PAS Perak melaga-lagakan MB Perak sekarang, Zambry Abdul Kadir dengan pimpinan Umno bahagian-bahagian di lihat begitu terdesak untuk mendapat sokongan rakyat Perak.

Buat anda yang tidak berada di bawah pentadbiran Nizar Jamaludin, pandai lah cakap. Kawan berada di bawah 'kuasa' beliau ni ( Parlimen Bukit Gantang ), tak tau sama ada Ahli Parlimen yang di pilih semasa Pilihan Raya Kecil 2009 yang lalu hidup ataupun dah mati. Sebab apa kawan kata begitu, kerana dah berzaman kami tak nampak muka hidung Nizar sejak PRK yang lalu. Hanya penyokong PAS saja yang selalu kata nampak beliau di mesyuarat Pas ataupun perjumpaan Pakatan Rakyat. Tempat lain..??? Harammmm....

Nizar..ko boleh berambus dari Parlimen Bukit Gantang..!!!!

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7022-rakyat-perak-masih-taruh-harapan-pada-nizar
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Perak mendakwa terdapat usaha dari pihak tertentu yang akan cuba mencemarkan imej dan nama baik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menjelang PRU-13 nanti.

Tindakan itu, kata mereka ekoran Mohamad Nizar masih mendapat sokongan dan menjadi harapan seluruh rakyat negeri itu untuk kembali memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri.Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, faktor sokongan padu rakyat terhadap Nizar itu juga turut menjadi kebimbangan besar BN negeri itu terutama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sunday, December 11, 2011

Panas..Panas..Bekas Ketua Puteri Umno Kuala terengganu ikrar 'gantikan Umno dengan PAS'

Negara Kebajikan : Rakyat jadi tuan..Negara Islam ????

Konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah memperjuangkan hak rakyat di mana rakyat adalah tuan, manakala kerajaan pula hanya bertindak sebagai pemegang amanah kepada wang rakyat.

Bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di perkarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

"Kita ingin mengubah konsep sekarang yang mana kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan untuk diniagakan, segala sumber pendapatan negara diambil melalui rakyat mengikut cukai-cukai yang ditetapkan.

"Kerajaan adalah khadam kepada rakyat, pemimpin adalah pemegang amanah jadi kita mahu hak rakyat dikembalikan mengikut saluran yang betul," katanya.

kata kawan..Negara Islam ??? Tak boleh nak buat laa sebab nak tarik pengundi cina dengan India..

"Gugur Hassan Ali hanya lah fitnah UMNO..." Hadi Awang.

Written by Muhammad Faizal
SHAH ALAM, 11 Dis: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media milik Umno Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa digugurkan dari menjadi calon pada pilihanraya nanti.

Sambil membidas laporan Utusan itu, beliau berkata ianya hanya satu tuduhan tidak benar memandangkan PAS sendiri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung senarai nama calon yang akan bertanding.

"Apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu tidak benar, bagaimana ia tahu nama-nama calon sedangkan peringkat PAS Pusat pun belum memberi keputusan rasmi.

"Perkara itu tidak perlu timbul sekarang sebab semuanya belum ada keputusan rasmi dan kita tidak akan umum nama-nama yang akan bertanding selagi belum tibanya hari penamaan calon," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perlancaran Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Kompleks PKNS di sini.

Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia hari ini mendakwa Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berseloroh menyifatkan Utusan sebagai 'lebih PAS' dari pimpinan PAS apabila mengetahui perkara yang belum dibincangkan oleh parti itu.

"Saya sendiri belum tahu lagi dicalonkan atau tidak sebab tiada keputusan lagi dan pelik juga bila nama Dr Hassan disebutkan sebagai digugurkan sebagai calon.

"Kalau saya sendiri belum pasti kedudukannya maka kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar milik Umno itu tidak tepat dan fitnah semata-mata," katanya

Senarai negara paling selamat di DUNIA 2011..

sumber dari bharian.com.my. Kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei.

1. Iceland
2. New Zealand
3. Jepun
4. Denmark
5. Rep. Chech
6. Austria
7. Finland
8. Kanada
9. Norway
10. Slovenia
.
19. MALAYSIA
.
24. Singapura
.
26. United Kingdom

30.Vietnam
.
32.Laos

50. Korea Selatan

68. Indonesia

80. China

82. Amerika Syarikat

107. Thailand

133. Myanmar

136. Filipina

Sepuluh negara yang menduduki tangga paling bawah ialah Libya (ke-143), diikuti Republik Afrika Tengah, Israel, Pakistan, Russia, Republik Demokratik Congo, Korea Utara, Afghanistan, Sudan, Iraq dan Somalia..

Saturday, December 10, 2011

Friday, December 9, 2011

Lembu boleh ke Shahrizat..Tahi boleh ke Rakyat..


Sepanduk yang tertera ayat "Lembu boleh ke Shahrizat..Tahi boleh ke Rakyat.." kawan jumpa di sebuah bandar di pantai timur semenanjung semalam. Kawan tak tadapat turun mengambil gambar kerana kawan hanya sebagai penumpang rombongan namun di sebabkan kenderaan berkenaan bergerak agak perlahan dapat lah kawan melihat dan membawa sepanduk berkenaan. Dan kawan hanya tersenyum.

Kawan percaya ini kerja pembangkang. Satu usaha yang kawan rasa agak berkesan juga untuk menarik minat rakyat memahami perkara yang dibincangkan di peringkat nasional iaitu Pakatan Rakyat vs Lembu NFC aka Shahrizat Jalil. Rakyat bawahan macam kawan sulit untuk memahami akan aturcara dunia korporat yang melbatkan urusan ratus-ratus juta dan bilion. Hanya yang rakyat tahu ialah Shahrizat ( anak-beranak ) dapat projek bela lembu dari kerajaan dan duit itu diguna buat benda lain. Lembu tak jadi, duit habis beli kondo, beli Mercedes setengah juta..

Pada kawan, Shahrizat sekarang adalah liabiliti dalam UMNO. Ini pandangan kawan secara peribadi dan jujur..

p/s: bila cerita lembu nak tercabut tekak penceramah PAS berceramah tapi sampai sekarang telur kecut membisu kalau ditanya bab JAIS vs DUMC ( gereja )..alasannya tetap sama.."ini kerja UMNO.". PAS sama dengan lembu..hanya tau makan rumput, makan dan makan...

Thursday, December 1, 2011

Najib bakal pecat Zambry dari jawatan MB Perak selepas PRU 13- Pemuda PAS Perak

Kawan tak tau la ini cerita benar ataupun fitnah PAS Perak untuk mengganggu gugat kepimpinan Dr Zambry sebagai MB Perak. Berbekalkan ( kononnya ) maklumat yang di ambil dari beberapa blog ' UMNO', lidah rasmi PAS Harakah memaparkan cerita yang Zambry akan diturunkan dari jawatannya sekarang.

Pemuda PAS Perak pula memberitahu kononnya rakyat Perak mahu PM menamakan bakal MB Perak secepat mungkin sebelum PRU 13 berlangsung.

Apa dah gila ke Harakah ni, memetik sumber yang ntah ke betul sumber berita ni ? Tak heran lah bilangan pembaca akhbar ni merosot dek cerita karut marut.
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/12/harakah-hilang-pembaca-beb-layak-buat.html

Kononnya, beberapa nama bakal ditimbang tara untuk menjawat semula jawatan MB selepas PRU 13 nanti. Di antara nya mantan MB, Datuk Seri Tajul Rusli, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi, Timb Menteri kewangan Datuk Ahmad Husni Hanafiah, dan Ketua UMNO Beruas, Manaf Hashim.


http://mymassa.blogspot.com/2011/12/panas-siapa-wanita-bukan-ajnabi-yang.htm

Kawan fikir, ini adalah strategi busuk PAS Perak untuk melaga-lagakan pimpinan UMNO negeri. Di samping itu untuk menutup cerita mantan MB Perak ( PR ), Datuk Seri NIzar Jamaludin yang disebut bakal tidak dilantik semula ke jawatan yang disandangnya sebelum PR tumbang di Perak oleh pucuk pimpinan PR negeri.




http://en.harakahdaily.net/index.php/headline/3939-bn-urged-to-name-new-perak-mb-amid-talk-of-zambrys-way-out.html

Dec 2: Speculation is rife that Zambry Abdul Kadir, the present Perak Menteri Besar who replaced Mohammad Nizar Jamaluddin when the PR government collapsed following a spate of defections, may not be re-appointed to the post in the event BN is able to hold on to power after the coming general election.

WHO'S THE MB MATERIAL FOR BN? ... Clock wise from top-left, Zambry, Zahid, Manaf and Ahmad Husni

According to a source, several replacements have been proposed, including former MB Tajol Rosli, deputy chairman of Perak UMNO Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, UMNO vice president Ahmad Zahid Hamidi and Bruas UMNO division chief Manaf Hashim, all of whom were said to be close to prime minister Najib Razak.

The well-placed source also pointed out that rumours of Zambry's way out were being intensely circulated among state civil servants as well as Perak-based UMNO political blogs.

Commenting on the matter, deputy head of Perak PAS Youth Raja Ahmad Al-Hiss urged the state UMNO leadership to name its candidate for MB.

"Will Tajol Rosli return to head Perak UMNO? Or will the deputy chair Ahmad Husni be named to replace Zambry?" he asked.

49 year old Zambry, the Pangkor assemblyman, was appointed as the Perak MB in May 2009 following the months-long political crisis in the state sparked by a spate of defections among PR state representatives.

According to Raja Ahmad, Najib had yet to finalise the candidate for Perak's next MB.

Saying Pakatan Rakyat had long decided to reinstall ousted MB Nizar, Raja Ahmad said the people of Perak were awaiting BN's candidate for the number one post.