Close

Monday, January 31, 2011

harga minyak Ron 97 naik..jadi apa kaitan dengan kita?

Blog-blog pembangkang sedang sibuk menjaja kisah harga minyak Ron 97 yang bakal dinaikkan menjelang tengah malam ini.

Ada blogerz tahap bodoh macam kayu meramal herga teh tarik, roti canai, gula, minyak masak juga bakal naik esok berikutan kenaikan harga minyak Ron 97 ini. Apa lori pakai minyak ni juga ker?

Apa kena-mengena dengan kita..adakah tuan-tuan menggunakan minyak ini? Jika ya,maknanya anda tergolong dalam kategori mewah kerana hanya kereta import mewah sahaja yang wajib menggunakan jenis bahan api ini. Kalau setakat waja macam kawan, minyak kuning pun ok.

Kalau dah mampu pakai kereta mewah, alah setakat sekali isi rm200 bukan lah menjadi soal kan. Duit belambak, takat nak bayar minyak pun kena berkira juga..Lagipun sebelum anda membeli kereta berkenaan, bukankah anda sedia maklum yang harga minyak Hijau ini tidak tetap.

JIka anda tergolong dalam pengguna minyak Ron 97, anda sangat bernasib baik kerana ada sebilangan manusia yang bebal sanggup mempersoalkan kenaikan harga minyak yang anda guna sedangkan anda rilek jer..

Mereka yang berteriak pasal minyak naik ni guna minyak hijau ker?

Sunday, January 30, 2011

keMENANGan buat bn,keMALUan buat Soi Lek

BN menepati ramalan apabila calon yang letakkan BN menang bergaya walaupun paras banjir menjelang petang ada yang melepasi paras dada.

Sewajarnya BN harus menang setelah hampir semua agensi kerajaan diturunkan membantu jentera BN. Namun begitu statistik pengundi Cina masih tidak berubah walaupun dun berkenaan berada dalam bekas jajahan takluk Pengerusi MCA, Aktor Chua Soi Lek.

Soi Lek nyata gagal meyakinkan pengundi untuk memangkah calon BN. Mujurlah peti undi kawasan bandar dinaiki air, jika tidak majoriti BN pasti akan berkurang. Rata-rata pengundi cina sudah jemu dengan Soi Lek yang gagal memanfaatkan kedudukan beliau di post pengerusi MCA menerangkan agenda terkini BN.

Hanya kawasan pengundi melayu dan india yang masih setia dengan BN. SEbaliknya, MCA semakin terkubur dan hilang bisa biarpun dibumi 'simpanan tetap' BN.

Ada orang cina kisah SOi Lek menang presiden MCA? Tanya orang cina mana pun, mereka tidak kisah langsung. Ini menunjukkan bahawa tiada lagi lambang bintang biru 14 dalam hati mereka. Mereka sudah tidak peduli dengan MCA. Gerakan juga mengalami nasib sama. Mereka kini liabiliti pada BN. Ada dengan tak ada sama saja. Pada masyarakat cina, MCA parti yang penuh rasuah dan skandal.

PAS masih gagal menawan hati pengundi felda dan orang melayu. Biarpun bakal Timb. Menteri Hal Ehwal Felda Pakatan Rakyat, Mazlan Aliman membawa pelbagai isu ANAK, tetapi peneroka masih setia dengan BN. Sayangnya mereka pada UMNO tidak berbelah bahagi. Biarpun Anwar Berahim dan Khalid Berahim 'try' juga masuk jarum tetapi masih gagal dengan isu APCO.

Pengundi India juga masih sayang pada BN. MIC telah berjaya mendekati hati pengundi india yang rata-ratanya berkerja d estet-estet. MIC jua berjaya menyembunyikan dengan baik perang antara mereka dan Muhyidin berkenaan isu Interlok.

Mesej ini jelas pada Najib supaya tidak lagi meminggirkan pengundi melayu dengan mengejar sokongan undi cina. Melayu benci PAS walaupun berslogankan Membangun Bersama Islam. Pas hanya mampu meraih undi cina berikutan kerja keras DAP.

Friday, January 28, 2011

PAS parti samseng..tak mahu tunjuk dan lihat kebenaran

BALING 28 Jan. – Seorang penulis buku membuat laporan polis hari ini atas dakwaan diugut dan dikasari oleh pihak Lujnah Keselamatan Pas Kedah berikutan bukunya itu dikatakan telah mendedahkan penyelewengan mengenai pungutan derma kepada Tabung Memali.

Zainon Ismail, 54, yang menulis buku “Mat Sabu Air Mata di Bumi Memali” membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling kira-kira 3.30 petang tadi.

Beliau turut diiringi lebih 50 orang yang dikatakan bekas mangsa dan anggota keluarga mangsa Peristiwa Memali yang berlaku pada 1985 di Mukim Siong di sini.

Zainon membuat laporan bahawa Lujnah Keselamatan Pas Kedah telah mengizinkan anggotanya mengambil tindakan kekerasan terhadap dirinya berikutan terbitnya buku tersebut.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mat Daud Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan daripada penulis berkenaan. – Bernama

ibubapa murid-murid cikgu maarof mesti tolak Pas

Kawan tak tau la apa alasan Cikgu Maarof boleh meninggalkan bidang utamanya sebagai guru dan pendidik menemani isterinya berkempen. Kawan tak tau peraturan mana yang beliau pakai membolehkan beliau mendapat MC bagi penyakit kemurungan melampau.

Kalau kawan sebagai ibu bapa murid sekolah yang diajar oleh cikgu Maarof, kawan akan meminta kerajaan memecat beliau dari profesion keguruan. INi bukan isu politik tetapi isu pendidikan murid. Kalau anak Salahudin Ayub, Mahfuz Omar hatta Nik Aziz sekalipun balik mengadu yang cikgu tak masuk kelas mesti melenting. Kalau ada pun cikgu ganti pastinya tidak sama dengan cikgu asal.

Apa korang akan rasa bila dapat tahu yang cikgu yang mengajar anak tuan puan sakit kemurungan melampau. Pastinya korang akan terbayangkan cikgu berkenaan akan banyak termenung,kerap menangis tanpa sebab, kurang selera makan, kerap tertekan dan bergantung pada ubat. Tapi satu hari, tetiba korang mendapati cikgu tu sihat walfiat dah tu siap boleh berceramah politik lagi, meredah banjir siap pegang tangan malah ceria dan happy .

Cigu maarof ni khabarnya guru Bahasa Melayu, satu subjek yang paling penting dalam mana-mana peperiksaan KPM dan kerajaan. Sampainya hati cikgu Maarof meninggalkan murid terkontang kanting dahagakan ilmu.

Kawan tabik pada isterinya Cikgu Normala Sudirman yang mengambil keputusan meletak jawatan. Tak menyusah kan orang lain,tak menyusahkan rakan-rakan guru,tak menyusahkan ibu bapa dan murid, dan tak menyusahkan sekolah.

PAS memberi maklum balas UMNO tiada isu hingga terpaksa menggunakan isu MC tapi terlupa status halal haram gaji yang diterima cikgu maarof semasa berpura-pura sakit dan tanggungjawabnya pada pelajar. Barangkali anak-anak pengundi PAS seronok sebab cikgu tak ada sebab sakit cakap sorang-sorang, boleh kita main..yeeaaa

Thursday, January 27, 2011

PAS memperjuangkan kebebasan Media? Nak tergelak rasanya

PAS menuduh BN takut akan kemunculan media yang baru akan membuka banyak pekung BN? PAS memperjuangkan agar media lebih bebas tanpa sekatan melapor.

Pas ni pada kawan ni adalah spesis lidah bercabang,pandai nasihat orang tapi diri sendiri penuh sopak dan kurap. Jika Pas benar-benar memperjuangkan kebebasan media mengapa mereka menyokong pemulauan Utusan Malaysia di pejabat kerajaan Pulau Pinang? Kerajaan Pas kedah mengamuk isu bantuan banjir dan mengapa dihalang sebahagian besar media harus perdana melapor pembukaan sidang DUN kedah?

Mengapa mereka memboikot Utusan dan berita Harian? Ada yang lebih sadis lagi, menghalang anak-anak dari menonton Buletin Utama sebab takut terpengaruh dengan dakyah kerajaan.

Akhbar tabloid politik pro pembangkang begitu berterabur di pasaran. Walaupun berslogan 'bebas, adil, tranparent, berani dan macam-macam slogan lain untuk menarik perhatian pembaca tetapi hakikatnya isipati ahkbar berkenaan adalah 95% pro pembangkang.

Akhbar kerajaan menyebar fitnah? akhbar pembangkang tak sebarkan fitnah ke..cit..Korang memang busuk la. Nanti kalau ditakdirkan korang jadi pemerintah, kawan nak tengok, adakah korang nak ubah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA.
Kawan takut macam Singapore jer, sampai tak boleh nak kritik kerajaan langsung..

Ada member berseloroh dengan kawan, " itu ustaz pun orang apa "

BN tumbang di PRU 12 di sebabkan isu yang disebarkan dari blogerz Pakatan Rakyat, kini Pakatan Rakyat pula akan tumbang dek blogerz BN yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan PRU 12.

Wednesday, January 26, 2011

dah Habis modal,calon BN didesak tarik diri

Pas mengesa calon BN PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujar Salahudin Ayob yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pada kawan..sekarang bukan tuan majistret jadi hakim tapi rakyat pengundi Tenang yang akan buat keputusan sama ada dia bersalah atau tidak.
Senang banyak le deme nak menang free, agak-agak dah habih peluru, korang pakai taktik kotor pulak. Kata memperjuangkan ketuanan rakyat, jadi bior la rakyat yang buat keputusan.

Salahudin macam tak suka jer bila wanita yang langsung tak popular jadi calon. Jangan la ghope itu, biorkan deme bertarung, mike jangan masuk campur, sokong kut jauh aje udah le.

Kalau nak sangat berlawan, nanti nanti di dun Merlimau esok, kome minta kat Nik Aziz supaya nama kome duduk ranking atas sekali jadi calon. Tapi kome kene bersaing dengan Sam Ketot kencing dalam seluor dulu la.

klik tajuk untuk teks penuh kenyataan ahkbar Salahudin Ayub.


Gambar bakal calun DUN Merlimau. Buat penyokong beliau, tolong sediakan pampers banyak-banyak ok !!

Tuesday, January 25, 2011

Pengundi Cina masih tidak suka pada BN


Nampaknya, BN masih gagal memikat hati pengundi berbangsa cina. Ini dapat di buktikan jika kita melihat sambutan hangat setiap kali sesi ceramah Pakatan Rakyat walaupun melibatkan penceramah bukan popular sekali pun.

Di Bukit Gantang dulu, hanya undi melayu menahan BN dari malu kalah besar.

Kawan bersetuju dengan AKU PEDULI APA a.k.a APA. MCA, gerakan dan MIC seolah seolah menjadi liabiliti pada UMNO.

MCA dan Gerakan gagal memikat hati pengundi dan menjelaskan isu besar yang melanda perak semasa PRK Bukit Gantang sehingga pengundi cina tiada informasi. INi menyebabkan BN tumbang.

Bukan isu salam dan jenazah menyebabkan BN tidak mendapat undi kaum cina,sebaliknya kelembapan hero filem chua soi lek adalah faktornya.

Menunggu Parti Pakatan Rakyat ibarat menunggu buah tak gugur

Lambang konon-kononnya Parti Pakatan Rakyat yang entah bila nak daftar dengan ROS pun tak tau la..Tunggu kucing jadi kambing kut ???

Tak puas hati kerana bendera PKR di turunkan di PRK Tenang..apa susah, daftar aje lah PR jadi parti komponen

Buat pemimpin PAS, PKR dan DAP...Bila tuan tuan nak daftar parti korang jadi parti yang sah? Masa Konvesyen Disember 2009, bukan main korang berucap nak daftar parti?

Tak tau nak letak siapa jadi presiden? Tak tau nak gubal perlembagaan parti? Tak tau nak guna lambang apa? Hala tuju perjuangan?

Selagi korang tak daftar parti korang maka korang sebenarnya berada dalam pertubuhan haram, jadi jangan mengamuklah kalau SPR turunkan bendera parti yang tak bertanding di DUN Tenang.

Monday, January 24, 2011

gagal dapat 2/3 undi Dun Selangor. Azmin salahkan pulak Tun Mahathir


Azmin Ali yang tidak boleh menerima kekalahan Khalid Berahim & the konco untuk mendapat undian 2/3 dewan DUN Selangor petang tadi menjadikan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai target man melepas geram. Tun di tuduh sebagai dalang memansuhkan kuasa sultan dan UMNO sebagai pengkhianat.

Kesedihan hatinya melihat usaha PKuRap, Dapig dan Pas Pis Pus gagal memaksa wakil BN mengangkat tangan menyebabkan beliau terpaksa berurusan dengan Khusrin dengan hati yang penuh bengkek dan hangin. Ye lah, makin payah la Anwar Ibrahim selaku Tuan Penasihat Ekonomi Seringgit Selangor nak cong rakyat ye tak ?

“Pastinya, Umno telah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Sekali gus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi,” kata beliau.

Adun Bukit Antarabangsa ini berkata, jika direnung semula Penyata Rasmi Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja oleh Dr Mahathir, ramai pemimpin Umno yang mengeluarkan kata-kata kesat dan celupar terhadap institusi Raja-raja Melayu.

“Saya dapat menyelami perasaan Raja-raja Melayu yang luka. Luka yang dalam mungkin telah sembuh, tetapi parutnya tetap ada,” katanya sambil menambah, keprihatinan Raja-raja Melayu disambut dengan rasa tanggungjawab oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu.

kata kawan..

huhu..Woi Azmin, sewaktu tragedi 1993 berlaku, dimanakah kamu berada? bukankah kamu berada di balik punggung kekanda kesayangan mu, Anwar Ibrahim ? Bukankah kekanda kamu juga yang turut sama mengeluarkan kenyataan mendesak sultan mengurangkan kuasa? Budak-budak baru naik memang tak tau, tu sebab korang boleh tipu di pentas ceramah..tp kawan ingat lagi mengapa Tun Mahathir buat macam tu. Awak pun tau tapi buat-buat lupa..kan..kan..kannnnn!!!!!

PAS kata BN bodoh main isu salam, tapi gembira bila Harakah main isu jenazah lagi

Buat pertama kali kawan bersetuju dengan NIk Aziz yang menempelak hero Filem Chua Soi Lek berkaitan isu salam. Nampak sangat dangkalnya pemikiran beliau mengenai soal halal haram seorang muslim. Yang betul kita sokong,yang slah kita tentang..

Namun kawan begitu sedih dengan akhbar rasmi PAs, harakah yang tidak henti-henti mainkan isu jenazah SU UMNO. Kali ni, Najib yang tak tau apa-apa pun diheret sama.

Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini.

Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

Rombongan beliau juga lalu di hadapan masjid yang menempatkan jenazah Allahyarham sejak jam 10 pagi ketika beliau menuju ke Felda Chempelak pada sebelah paginya.

Di samping tidak diziarahi, imam masjid juga terpaksa ke majlis PM menyebabkan tidak ada siapa yang mengurus dan mengimamkan solat jenazahnya.

Hasilnya, Ustaz Che' Zuha, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang mengimamkan jenazah pada jam 2 petang iaitu selepas solat Zohor kerana kedua-dua imam tidak kedapatan di masjid ketika itu.

Namun hari ini, Utusan berkata, mereka sengaja meminta keluarga simati untuk mengimamkannya.

Padahal, kedua-dua imam tiada di masjid hatta untuk mengimamkan solat fardhu Zuhur kerana imam diarahkan oleh Umno cawangan supaya menghadiri majlis sambutan kedatangan Najib.

Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (ketika belum sah sebagai calon lagi) bersama para petugas PAS dan anggota Unit Amal yang berada di situ segera menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Mereka juga bersama ahli qaryah menguruskan jenazah dari awal sehingga ke proses gali kubur dan pengkebumian.

"Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan.

"Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun.

"Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib.

"Namun, apa yang berlaku ialah, kematian beliau tidak dihiraukan langsung oleh UMNO hatta Ketua UMNO sendiri. Yang meninggal itu S/U nya sendiri, bukan orang lain!"

"Tidak patut bagi seorang pemimpin tidak menghiraukan org bawahannya apatah lagi ini melibatkan kematian," katanya lagi.

Bagi beliau, kerja ziarah orang mati, bertahlil untuk ahli qariah, gotong royong, memang sudah menjadi kerja rutin orang PAS.

"Jika bukan pilihanraya kecil pun, memang itulah kerja kita. Mengapa sebelum ini Umno tidak timbulkan sebarang isu? Bahkan jika ada majlis-majlis seperti itu, orang Umno juga yang jemput kita sebelum daripada ini untuk tolong uruskan dan menggerakkan. Jadi dalam hal ini, siapa mempolitikkan siapa sebenarnya?" tanya beliau kesal.


BN memang bodoh kerana mainkan isu salam, tetapi PAS sejuta kali bodoh kerana mainkan isu jenazah. Apa waris si mati itu tiada perasaan kah ?

Sunday, January 23, 2011

Isu negara islam, BN tersepit atau PAS terkepit ?

PRK Dun tenang masuk hari ke 3 kempen. Pelbagai isu sedang bermain di mulut penceramah sama ada di mulut BN mahupun Pakatan Rakyat. Sama ada isu itu sebenarnya isu yang benar dan besar ataupun isu yang terbukti bongok dan bengong tahap gaban.

Isu negara Islam hebat dicanang oleh kedua-dua belah pihak. BN hanya menjelaskan itu hanya retorik PAS manakala PAS menuduh BN takut akan persepsi rakyat yang sudah boleh menerima agenda negara islam.

Pada kawan itu hanya lagu lama dari piring hitam lama PAS. Maaf cakap la, PAS tak mampu untuk melaksanakan undang-undang islam. Kawan menyokong pelaksanaan undang islam ini tetapi kawan percaya sampai kambing beranak lembu pun PAS tak mampu untuk melaksanakannya. Buktinya pendedahan Nik Aziz yang menuduh Tun Mahathir menghalang pelaksanaan undang-undang Hudud di Kelantan.

Mengapa hampir 15 tahun baru perkara ini didedahkan? Kalau Pas takut sangat pada Tun mengapa tidak semasa Tun pencen PM perkara ini tidak didedahkan 7 tahun yang dulu? Sekarang Tun sudah pencen serta tua gayot tak larat, kawan cabar tok jangoat PAS kelantan buat undang-undang hudud. Jawapannya Nik Aziz sendiri pun tak tau bagaimana nak memulakannya lantas Tok Mahathir di jadikan kambing hitam kerana kegagalannya sendiri.

Hanya kerana Karpal Singh mengatakan untuk tidak merubah agama islam sebagai agama rasmi sekiranya Pakatan Rakyat mendapat mandat pada PRU 13 nanti, menitis air mata dan hingus tok-tok guru sambil tabik pada Karpal. Dia tak kata pun nak guna undang-undang islam.

DAP tak pernah cakap nak tukar undang-undang sekarang kepada undang islam..Kalau ada tunjuk buktinya dari mulut pemimpin DAP sendiri ataupun artikel yang menyokong hujah mereka.

PAS terkepit dek kerana keinginan undang islam yang kawan sanjungi tapi parti itu tak mampu buat apa-apa. DAP dan PKR beruntung kerana menjadikan PAS sebagai rakan sekutu PR. Setiap kali PRK, PAS yang supply Unit Amal, Mak cik-mak cik tudung labuh, penonton ceramah tapi tugas PAS hanya setakat itu sahaja.

Jangan jadi Mat Jenin yang melihat pokok kelapa dari bawah sambil terbayang puteri raja. Kepada Pas, kawan tak suruh anda masuk BN,kawan tak suruh anda keluar PR, cuma yang kawan minta tunjuk bukti yang pemimpin DAP menyokong pelaksanaan negara dan undang-undang Islam..itu saja

Esok 24 Jan di DUN Slgr : apa yang bakal terjadi ?



Semua mata blogerz dan ahli politik tertumpu kepada suasana DUN Tenang. Namun jangan kita lupa akan perkara yang lebih besar esok di Shah Alam berkenaan usul MB meminda perlembagaan negeri Selangor.

Esok bakal menjadi penentu nasib SUK Khusrin dan wakil rakyat BN selangor. Serang hendap sudah diatur, perangkap babi sudah dikorek tunggu habuan jatuh saja,kemudian media pro pembangkang akan melemparkan buluh runcing ke badan wakil BN ini.

Kalau tak sokong, dituduh penderhaka kepada Sultan, kalau sokong makin menggila lah Khalid Berahim, Teresa Kok, Father Khalid dan yang lain.


Kawan dah bagi idea dulu pada artikel yang lepas,tak tau la deme nak ikut ke tidak..selamat bersidang dan selamat berjuang

Saturday, January 22, 2011

buat Nik Aziz, lupakan Dun Tenang, selesaikan isu jalan di kawasan tok guru dulu !!


Penduduk di lima buah kampung di Kota Bharu, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak ADUN Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap... apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak.

Pada kawan..tak boleh nak salah siapa-siapa, kalian dulu yang memangkah beliau,jadi rehda aje lah..

Ada seorang adun kelantan yang kawan dah lupa apa namanya berbangga dengan kemajuan dan kelebihan kelantan yang di sifatkannya negeri yang maju di bawah pimpinan ulama Pas.

Kenapa di ganggu Nik Aziz di Tenang yang tengah sibuk berkempen ni..Ni kerja puak-puak Umngok le ni..

Prima anggota gabungan baru PR selepas HINDRAF

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA)melabel kan Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb. Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran sebagai pengkhianat, pendusta dan juga penipu. Ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, memberitahu, tidak ada seorang pun wakil India yang bersetuju untuk mengekalkan buku Interlok termasuk lah wakil MIC. ini adalah berlawanan dengan kenyataan Muhyidin yang mengatakan isu Interlok sudah selesai.

Sehubungan itu,Prisma turut mengugut untuk meletakkan calun mereka sendiri pada PRK Tenang. Malah AP Raja Retiram tanpa berselindung meminta masyarakat India di DUN berkenaan mengundi calun PAS.

pada kawan..semua pemimpin politik baik BN ataupun PR masih lagi mencari jalan keluar dalam isu ini. Anwar Ibrahim juga kelu tak terkata bila di tanya perihal novel Interlok ini. Maklumlah bapa-bapa Sasterawan ini lah dulu yang diheret semasa isu pemansuhan PPSMI dulu.

Politik mengugut semakin popular di negara ini terutama jika melibatkan kaum india. Lihat saja semasa Hindraf semasa PRU 12 yang lalu, mereka tanpa segan silu mendesak Pak Lah memberi itu ini sampai orang melayu pun tak terfikir nak menuntut seperti apa yang mereka nak.

Apakah mereka lupa perutukan puluhan juta ringgit bagi menaik taraf SKJT yang jauh dipelosok ladang-ladang. Walaupun hanya 5-6 orang murid India seperti sekolah SKJT di teluk Intan, tetapi peruntukan kerajaan tetap sampai.

Begitu juga dengan rumah ibadat mereka,tidak pernah kerajaan dan masyarakat lain menghalang, tetapi jika disentuh dengan isu yang sebegini, mereka mengamuk seolah-oalah kerajaan cuba memusnahkan bangsa mereka.

Friday, January 21, 2011

Harakahdaily Kekal Juara Spin !!!!

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily, mengekalkan kejuaraan bagi kategori paling kuat spin. Ceritanya selepas solat Jumaat siang tadi, satu perarakan menghantar memorandum sokongan kepada Tuanku Sultan SElangor dan Menteri Besar telah diadakan di Istana Selangor. Perarakan ini di sertai ketua pemuda AMK, Ahli Parlimen Shah Alam dan ketua-ketua kampung PR di Selangor.

Berikut jumlah peserta demontrasi mengikut sumber media pro pembangkang.

Malaysiakini- seramai 100 orang
Malaysia Insider-seramai 200 orang
HarakahDaily-seramai 600 orang

Woowoo, kalau campur Malaysiakini dengan Malaysia Insider baru 300 orang. Memang best la media parti yang konon-konon islam ni.

Agaknya dia campurkan sekali kut dengan jemaah masjid,apek jual air, tukang kebun dan tukang sapu tepi jalan

Thursday, January 20, 2011

Apa beza Peserta wanita dalam musabaqah dengan calon di Tenang ?

Nyatalah PAS hanya parti retorik dan mengamalkan prinsip hukum hakam agama demi kepentingan diri. PAS yang bermegah dengan prinsipnya tidak menghantar calon wanita ke pertandingan Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan mewakili negeri Kelantan kerana menganggap suara perempuan itu adalah aurat dan tidak sepatutnya diperdengarkan oleh bukan muhrim walaupun dalam pertandingan musabaqah..kawan sokong 100%.

TAPI, barangkali PAS terlupa untuk berfikir sebelum mendaftar calunnya di PRK DUN Tenang apabila menamakan Normala Sudirman, seorang perempuan dan pastinya suaranya akan didengari ketika berceramah dan berkempen. Pastinya semasa kempen ceramahnya nanti akan disertai oleh ulama' pak jangoat yang sebelum ini berkeras mempertahankan cara emilihan peserta musabaqah. Dan pak-pak jangoat ini pun secara automatiknya mendapat dosa 'free of charge' kerana mendengar ucapan lemak merdu oleh Normala Sudirman.

Apa ni woi..cakap tak serupa bikin !!! Mungkin kerana sudah mendapat tiket ke syurga, penganut Pas merasakan mereka ni dah maksum kut. DR Lo'lo dapat seat no berapa yer?

'Melayu Malaysia harus Belajar dari Melayu Singapura'

“Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus,”

Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi', dan mereka ada kebebasan dalam hal agama dan pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.

“Tun Dr Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju,” tulis Eusope.

Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di Singapura terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi.

“Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan,”

kata kawan..emmm, dialog yang sama diucapkan penganut fanatik PAS bila Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Ming mentadbir negeri Perak suatu masa yang dulu.lebih baik cina daripada melayu..Takbirrrrr


klik tajuk untuk artikel sumber

Wednesday, January 19, 2011

Strategi Singapura ke arah manjadi negara Rojak

Singapura yang telah sedekad mengapai taraf negara maju yang pertama di rantau Asia Tenggara kini berdepan masalah paling serius. Masalah ini langsung tidak pernah terfikir oleh sesiapa pun hatta Lee Kuan Yew sekalipun.
Mungkin 30 tahun yang mendatang, Singapura bakal menjadi negara pulau kecil pertama yang mempunyai semua bangsa bertaraf warga negara. Ini berikutan pelawaan Kuan Yew yang menyokong kemasukan pendatang asing dari Indonesia, India, Vietnam, Filipina, Nepal dan Bangladesh di samping tenaga-tenaga pakar pelbagai bidang dari Amerika, Jepun dan Eropah.

Malah tanpa berselindung, Menteri Mentor republik itu mengharapkan anak-anak generasi pendatang untuk membengunkan Singapura pada masa mendatang. Semuanya adalah untuk memenuhkan tenaga kerja yang menimbun di Singapura termasuklah ' civil defence ' negara tersebut.

Walaupun dibantah keras sebahagian besar rakyatnya, tetapi Kuan Yew memandang tiada cara mampu dilakukan Singapura setakat ini dalam masa singkat bagi membendung masalah kekurangan tenaga kerja tempatan dalam pelbagai bidang.

Kuan Yew menempelak penduduk Singapura yang tidak gemar mempunyai ramai anak dan ada pasangan yang langsung tidak berminat untuk bercahayamata. Terdapat juga segelintir penduduknya yang yang memilih hidup secara 'social life' tanpa mahu diikat dengan ikatan perkahwinan serta segelintir kecil yang mahu hidup membujang sahaja.





Kos sara hidup
Ini berikutan kos sara hidup Singapura yang tinggi seperti makanan, tempat tinggal dan kos persekolahan yang tak tertampung oleh masyarakatnya. Ramai juga masyarakat Melayu Singapura pula memilih untuk meninggalkan republik berkenaan berhijrah ke Johor dan Kuala Lumpur.

Kepulauan bermajoriti kaum Cina itu kini tersepit dek strategi 1oo tahun yang lalu membawa masuk kaum pendatang dari Tanah Besar untuk memonopoli bidang perkapalan,perniagaan dan pentadbiran negeri. Ini adalah strategi mudah untuk meramaikan penduduk Singapura khususnya dalam bidang perusahaan dan perdagangan dan menampung tenaga kerja di pelabuhan.

Perkembangan pesat yang melanda pulau itu terutama selepas Perang Dunia ke 2 menjadikan kaum melayu tak terkejar dek arus permodenan. Era 70an pula semakin ramai melayu pulang ke Johor dan Melaka. Permulaan abad ke 21, hampir pupus melayu di Singapura berikutan masyarakat berkenaan itu juga menghadkan bilangan anak.

Jati diri bangsa
Cara mudah memenuhkan tenaga kerja sebegini pastinya kan meninggalkan impak buruk yang besar. Yang pertamanya ialah soal jatidiri warganegara. Jika Singapura diserang, adakah penduduk pendatang ini akan tinggal mempertahankan Singapura atau berpusu-pusu pulang ke tanah asal mereka? Meletakkan pendatang asing sebagai anggota keselamatan negara ibarat menggajikan pengawal keselamatan Nepal mengawal bank.

Yang keduanya dari aspek sosial. Bukan mudah sesebuah negara membentuk ikatan kesepaduan setiap warga negaranya. Jati diri warga negara yang longgar menyebabkan negara berkenaan mudah kacau bilau dan mudah terjadi persengketaan kaum dan agama. Sedangkan negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti Australia, New Zealand, Perancis termasuk juga Malaysia berhempas pulas memakmurkan kesepakatan kaum di negara masing-masing.

Yang ketiganya ialah dari aspek ekonomi. Pendatang yang bertaraf warganegara ini akan membawa keluar berbilion dollar Singapura negara berkenaan pulang ke negara asal mereka. Ini akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.

Malaysia dan rakyat negara ini wajar mengambil iktibar akan peristiwa yang berlaku di negara jiran seberang tambak ini. Tidak sesuai jika kita terlalu mengharapkan pendatang yang memenuhkan ruang ekonomi dan pekerjaan dalam negara yang tercinta ini.

Kawan bukan penganalisis politik dunia, kawan tiada ijazah atau apa-apa pun sijil dalam bidang berkenaan. Kawan hanya blogerz nyamuk yang memandang sedih akan Singapura yang pernah menjadi sebahagian dari wilayah dan negeri Tanah Tumpahnya Darah ku.

Tanah yang hilang itu akan selamanya hilang dari pegangan bangsa ku,apa yang kita ada hari ini, bermati-matian lah kita mempertahankannya..

Khalid Samad ceramah di Taiping malam ni..

Ceramah Umum Hal Ehwal Semasa
Penceramah : Yang Berhormat ( Father ) Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
Tarikh : 20 Januari 2010 ( Khamis malam Jumaat )
Tempat : Balai Islam Kamunting, Taiping
Masa : 8.30 Malam
Semua hadirin hadirat dan rakan2 blogerz di jemput hadir.

Baca Woi !! Anwar kata, mana ada saya ajak Najib berDEBAT !! memang kaki busuk & kaki spin la hang anwar!!

DEngar woii kawan-kawan, Anwar tak mengaku pulak dah dia ada ajak Najib berdebat pasal Pelan 100 Hari. Walaupun cabaran beliau tertera di akhbar-akhbar rasmi Harakah, keadilan dan tabloid politik 99% pro pembangkang hatta di medium ceramah dihadapan penyokongnya,tetapi pada hari ini, dengan selamber bongoknya beliau tak mengaku pulak.

Bimbang dengan amaran Najib yang akan mendedahkan rahsia sampai terlondeh kain, Anwar yang sudah merasa demam kura-kura terus mengambil U Turn kat Highway Penang Bridge yang sesak menterbalik kan kenyataannya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

" Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

Kata kawan..buat penyokong dan fanatik beliau yang tahap gaban..

1. Kenapa dia takut sangat dengan rahsia terlondeh kain yang Najib cakap tu? Besar sangat ke rahsia tu?

2. Korang yang jadi saksi masa Anwar kutuk Najib pengecut, tak der telor sebab tak nak berdebat dengan nya, apa perasaan korang bila 'anugerah tuhan' korang buat spin pulak. Korang tak pelik ker?

Klik tajuk untuk sumber artikel

Tuesday, January 18, 2011

isu Azan: dah minta maaf pun jadi salah ke?

Pemimpin Pakatan Rakyat, Tony Pua menyifatkan Barisan Nasional (BN) mengamalkan 'double standard' berhubung isu azan sebuah masjid di Lembah Pantai ekoran aduan yang dibuat oleh seorang ahli MCA akhir tahun lalu. Isu ini tentu akan dipanjangkan jika pelaku itu adalah pemimpin Pakatan Rakyat. Kerana isu ini melibatkan ahli MCA, maka akhbar utama tidak mensensasikan isu ini sebaliknya jika Pemimpian PR yang terlibat.

Menteri Besar II Selangor, Teresa Kok pernah ditahan di bawah akta ISA kerana pernah meminta sebuah masjid di Puchong tidak melaungkan azan dengan menggunakan pembesar suara. Teresa yang dibebaskan seminggu kemudian menafikan kenyataannya itu. Beliau juga disokong oleh AJK masjid tersebut.

kata kawan..dia sudah minta maaf sudahlah,lain kali jangan ada orang lain yang buat.
Teresa Kok tak pernah minta maaf walaupun ada bukti dia yang keluarkan kenyataan.

Isu ini pada kawan dihebahkan mungkin kerana pengadu ialah ahli MCA. Sebab tu banyak blogerz proPR kasi taruk dulu. Kalau pemimpin kafir DAP atau PKR yang mengadu mesti ada tok serban dan tok jangoat yang join piket mempertahankan pengadu ni. Nik Aziz pun akan mengeluarkan fatwa yang ter'latest' nak sokong pengadu ni.

Semua tu politik bro..kawan tengok ini macam taburan peluru pump-gun yang dilepaskan pada Najib tapi malangnya peluru tu kejar balik orang yang menembaknya.

Macam mana surat yang sulit itu boleh terdedah? Macam mana blogerz pro PR boleh dapat surat tu ? Tapi mujur juga terdedah, boleh kita tau ada juga yang tak suka suara azan.

Ini mungkin satu strategi 'underground' pihak di sebelah sana tapi pelan tak cukup cantik..cuba lagi bro..nice try..

klik tajuk untuk artikel pautan..

Monday, January 17, 2011

Azwan Ali tempelak Umi Hafilda sebab nak saman Anwar, karpal, Mohd Sabu



Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

kata kawan...

Wu yoo Ummi, dulu Ummi kata semua adik beradik termasuk Azwan banyak beri dorongan pada Ummi, tapi kenapa hari ni dah lain pulak si Azwan ni.

Siapa yang sebenarnya bersendirian, Ummi Hafillda Ali atau Azmin Ali?

Sunday, January 16, 2011

mana lebih bagus, marah bila laungan azan di perlahankan atau berduyun-duyun ke masjid bila dengar azan ?

Kawan pun tercabar bila ada kafir yang mempertikaikan bunyi azan di perlahankan. Mendidih darah rasanya mengenangkan seruan agama yang di cintai di pandang ringan oleh penganut agama lain. Lagi la pulak yang Malaysia ni agama Islam sebagai agama rasminya.

Kawan memang bangga jemaah masjid Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan demontrasi membantah permohonan seorang ahli MCA meminta supaya azan subuh diperlahankan. Ada dekat seratus orang, wui bagusnya..kawan pun teringin nak ikut serta malangnya jarak tempat kawan ni jauh, jadi sokong dengan hati aje lah.

Kita orang melayu memang pantang dicabar, nak-nak lagi jika melibatkan soal agama dan bangsa. Kalau dengar ada demo aja, berduyun join. Sampai ada yang tak ada kena mengena pun join jugak. Kalau hal masjid ni, yang tak pernah nampak batang hidung, yang mat rempit, yang sembahyang setahun pun ada sekali.

Bukan kawan kata demo kat masjid Al-ikhlasiah tu salah, tapi ada baik nya kita sebagai umat Islam periksa dulu diri kita,sembahyang dah cukup ker, sah ke sembahyang aku ni, rajin ke aku datang masjid ni berjemaah sambil dengar ceramah tok guru...

Dulu semasa kawan berkerja di kilang, kawan ramai kenalan berbangsa cina. Apabila tiba tahun baru cina, kawan selalu juga berkunjung ke rumah mereka. Sambil makan limau dan kacang, kawan dihidangkan dengan beer, kawan tolak..kata member cina kawan tu, saya tau olang melayu talak boleh minum beer, tapi aa, selalu masa raya cina, olang melayu datang rumah saya semua mau beer,u sorang saja tak mau...Itu tadi pak mat, sama kita punya member kilang melayu pun datang rumah saya, semua mintak beer. "

Kawan tanya kenapa mereka minta, member cina kawan cakap beer kat kedai mahal, jadi masa tahun baru cina ni, boleh dapat free, boleh minum bertin-tin sampai tertonggeng . Astarfirullahal azim.. Nampak tak persepsi bukan islam pada kita yang beragama islam dan berbangsa melayu ni.

Mengapa peguam cina tu berani mempertikaikan suara azan, kerana dia melihat kurangnya kekuatan jemaah di masjid dan kurangnya golongan muda yang cergas di masjid. Bukan di masjid Al-Ikhlasiah sahaja, tetapi semua masjid seluruh negara. Orang muda menjauhkan diri dari masjid,bahkan ada kawasan kampung yang kawan pernah singgah, sembahyang Jumaat cukup-cukup ahli. Habis solat kawan tanya orang tua di situ, dah susut ke penduduk kampung ni? Dia cakap ramai, tapi semua taknak datang masjid termasuk la yang tua-tua.

Saturday, January 15, 2011

Sessi Penerangan PERKASA Daerah Larut Matang & Selama


laju lah hai keldai ku..lajulah, ayuh lari, gerakkan kereta ku, kawan ku dah menunggu..ayuh lari.....
Pertubuhan Pribumi Perkasa ( PERKASA ) akan mengadakan satu sesi penerangan berkenaan tujuan dan hala tuju pertubuhannya bersama masyarakat. Tarikh, tempat dan masa seperti ketentuan di bawah.

Tarikh : 16 Januari 2011 ( Ahad )

Tempat : Dewan Nelayan Kampung Dew, Taiping, Perak Darul Ridzuan

Masa : 2.30 Petang

Orang ramai di jemput hadir ke majlis berkenaan.

isu azan: Apahal penganut PAS salahkan Najib pulak ?

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kesal dengan sikap Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya mempertahankan syiar Islam dalam isu bantahan Azan di Masjid Al Ikhlasiah, Lembah Pantai.

Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sangat malang bagi rakyat Malaysia yang majoriti Islam, namun perdana menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam.

"Kita merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu bantahan azan yang didakwa 'terlalu lantang' di Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi oleh seorang peguam yang didakwa ahli MCA aeumur hidup.

Kata kawan...

1. Berhala di Tumpat setinggi 12 tingkat apa kes ?
2. Najib belum keluar apa-apa komen rasmi lagi berkenaan isu ini. Dah sejak bila pula Pemuda PAS WP jadi Setiausaha Akhbar Najib.
3. Semua benda jadi bahan politik, kalau boleh, cara Najib masuk tandas pun jadi modal politik jugak.

TAHNIAH KERANA KERAJAAN PAS KELANTAN MENYUMBANGKAN RM60K UNTUK PATUNG BUDDHA DI TUMPAT tetapi TIADA SATU MASJID PUN DIBUAT OLEH KERAJAAN NEGERI..TAHNIAHxBERJUTA KALI..

Friday, January 14, 2011

Umat Islam di larang berkerja di premis arak di Selangor, kilang beer boleh terus ON ok !

Kawan respek pada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana melarang pekerja islam berkhidmat di premis-premis menjual arak. Memang benar, tempat-tempat inilah sarang maksiat dan zina.

Namun begitu, bila kerajaan negeri nak TUTUP kilang beer kat Shah Alam tu ? Berbulu kawan tengok. Dulu ada member yang fanatik PAS nak 'bazooka' kilang tu masa zaman Khir Toyo. Alih-alih sekarang dia pulak jadi tukang 'backing' baek punya.

" kita jangan rampas hak orang bukan islam, biarkan la, itu kan hak dia "


Deyy..pigirah kawan cakap, masa belum menang macam-macam la, bila dah dapat, "kita mesti kekalkan kerana itu adalah sumber kewangan negeri "

Itulah jadinya bila ulama' politik meretorikkan kepentingan agama demi politik.

Anwar pembohong pasal Minyak !!!!!!


Kenapa harga minyak di Malaysia mahal pada hal Malaysia pengeluar minyak dunia? Indonesia takde minyak ke kat dalam buminya ? Minyak Malaysia banyak berbilion-bilion dolar USD ? Brunei rangking ke berapa negara pengeluar minyak dunia ?Yang terbaru... Betul ke Minyak kat Kelantan sampai 7 keturunan pun tak abis..


Semua soalan yang tu ada dalam debat perdana di antara Anwar dan Sabbery Chik tahun 2008.

Semua jawapannya ada kat atas..Cuba tengok berapa ranking Brunei..Tiada, Malaysia lagi lah tak de. Indonesia manarik diri dari OPEC ni kerana dah kurang minyak tapi masih berganda-ganda jumlah simpanan minyaknya dari Malaysia. Thailand dan Vietnam pun banyak minyak juga.
Kenapa minyak kat negara jiran mahal? Sebab pemerintah mereka tidak mengenakan subsidi walaupun negara mereka juga pengeluar minyak. Mengapa harga minyak kat Malaysia naik juga walaupun ada subsidi ? Ini adalah kerana untuk menapung keperluan asas lain yang juga memerlukan subsidi seperti pendidikan ( RMT, Biasiswa, bantuan Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama ) dan komoditi lain seperti tepung dan gula.
Anwar pandai hanya sebut bab minyak, tapi tak sebut pula budak-budak sekolah yang dapat RMT, KWAMP. buku teks free, biasiswa...Dia cakap pakai hentam saja bukannya berasaskan fakta. Ala, orang kampung bukannya nak semak pun.
Sebenarnya, ada penganut Pakatan Rakyat pun tak berapa percaya dengan cereka buku jingga 100 hari pakatan Rakyat tu. Ada yang bertanya, cukup ker rm19 Billion nak cover 1 Malaysia. Sedangkan EXCO kat selangor pun dapat geran tahunan sejuta seorang di samping gaji+elaun, rm 32 ribu.
Anwar yang sinonim dengan ayat saya ada bukti pastinya akan kelentong habis-habis dengan orang kampung. Tapi yang peliknya, lawyer, doktor dengan pensyarah U pun kena kencing jugak.

Thursday, January 13, 2011

Angin Singapura mula membadai Malaysia

1.Di Singapura Melayu dan Islam adalah minoriti. Mereka tak kisah pun jika aktiviti agama terpaksa diusahakan mereka sendiri kerana mereka adalah minoriti. Mereka tiada hal jika hanya seorang sahaja menteri islam..itupun menteri berkenaan bukanlah berketurunan melayu yang menjaga kebudayaan Islam dan Melayu (takkan nak letak kafir pulak).

2. Lim Kuan Yew dulu bersongkok, berketayap masuk ke surau dan masjid berceramah kononnya mesra melayu akhirnya meraih keuntungan dari sikap orang melayu yang tidak tahan mengharungi cabaran kos ekonomi yang tinggi dan berhijrah ke Johor dan Melaka. Memang tidak salah kerna melayu Singapura memang ada rantaian saudara-mara dengan orang Johor. Kampung-kampung nelayan melayu tradisional sudah tidak ada lagi, cuma tinggal beberapa masjid dan makam alim ulama yang menjadi penanda bahawa Islam pernah menjadi agama Rasmi bagi tanah Singapura.

3. Yang tinggal di Singapura hanyalah melayu yang keras berjuang. Mereka juga barangkali sudah lupa bahawa Raja Melayu, Agama Islam pernah menjadi tunjang Singapura. Jika diingat pun, apalah daya mereka. Kerna kesalahan datuk nenek yang dahulu, akhirnya singapura tergadai mungkin untuk selamanya.

4. Angin perubahan bergerak ke Malaysia, sudah ada yang membantah laungan azan berkumandang, khutbah jumaat dan ceramah agama mula menjadi isu ketidak puasan hati. Mereka ini sudah lupa bahawa tanah ini adalah tanah melayu dan islam. mengapa datuk nenek mereka dulu tidak pernah merungut? Kerana mereka sedar mereka adalah pedagang yang mencari rezeki dan tidak mahu mencari masalah dengan penduduk asal. Cucu cicit mereka ini yang membesar di bumi melayu ini sudah lupa akan jasa baik kami orang melayu Islam yang mengaku kita satu bangsa Malaysia.

5. Kawan menunggu reaksi balas dari parti-parti politik Islam berkenaan isu azan ni Masjid Al Khadijah, Pantai dalam KL.

6. Namun begitu,sungairapat.online melaporkan bahawa berita itu adalah mainan politik PAS. Kita tunggu siapa yang betul.

Wednesday, January 12, 2011

sekali air bah..sekali otak tok guru pun berubah!!!

Negeri Serambi Makkah, tetapi ada konsert rock. Kalau macam ini, unta padang pasir pun mahu pindah masuk Kelate jugok lah...

24 Januari: Adun BN tertekan ?

Perangkap sudah menanti..Dapatkah Noh Omar and d'geng menyelamatkan diri ?




Rata-rata ahli politik pro pakatan riuh terutamanya di Selangor sibuk sampai tak sempat nak ke tandas dek sibuk keluarkan kenyataan media di Harakah, Malaysiakini, Malaysia Insider, Selangor Tv dan tabloid-tabloid politik yang kononnya bebas, telus dan tidak berpihak tetapi hakikatnya 95% pro-pembangkang.



1. Kenyataan mereka telah menjurus memaksa semua adun BN keluar dari lubang-lubang tanah, lubang kayu, celah pokok, disebalik gunung hatta dalam air sekalipun hadir ke sidang tergempar berkenaan. Adun BN sekarang pastinya sedang berbincang untuk memoloskan diri dari belenggu tali gantung yang semakin menjerut leher mereka



2. Slogan "jangan bersandiwara mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu" sedang sibuk di canang di segenap negeri. Perangkap tikus berserta air kumbahan najis sudah siap diimport dari Pulau Pinang hanya tunggu masa nak si simbahkan saja lagi.




3. "Sekiranya wakil Umno tidak hadir ternyatalah mentaliti mereka seperti tahun 1992 dan 1993 (bersetuju kuasa Raja-raja dikurangkan), dengan ini rakyat akan kenal wajah sebenar pemimpin Umno yang hanya bersendiwara," kata pesuruhjaya PAS itu dalam sidang media di Pusat Khidmat DUN Gombak Setia pagi tadi.Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

4.Sebelum itu, MB Selangor dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa yang juga BAKAL Peguam Negara, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.


kata kawan..
i. kawan tabik sring sejuta kali pada penasihat 25 percen Tan Sri Khalid Ibrahim di atas nasihat dan homework yang begitu details dan halus. Ternyata PR Selangor sudah belajar sesuatu dari peristiwa Perak.
ii.kawan pernah melontarkan cadangan pada artikel kawan terdahulu.klik tajuk atas jika tuan-tuan nak baca.
iii. Kawan rasa Hassan Ali ni tersepit di antara kemahuan Khalid Berahim dengan prinsip beliau. Jika MB berkuasa, pastinya surau dan masjid akan bertukar menjadi markas dan bilik gerakan pilihanraya. Masalahnya, setakat PAS saja yang guna saja tak apa, pemimpin kencing tak basuh pun boleh join juga.

Tuesday, January 11, 2011

Dah gantung tapi tak ngaku pulak???

Kereta Rasmi Raja Muda Perak Yang di halang oleh ektremis dan penganut PAS pada tahun 2008


Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri.

"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad (dua dari kiri).

Kata kawan..

1. mungkin ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dengan cara cuba mengeruhkan lagi hubungan istana dengan kerajaan negeri di Selangor.

2. Mungkin juga banner ini digantung oleh ahli-ahli PR yang hardcore atau taksub. Jangan kata kita boleh lupa dengan tragedi tahan kereta Raja Muda Perak sewaktu perlantikan Dr. Zambry sebagai MB yang baru mengantikan Nizar. Waktu itu, Sultan Perak dan mufti, Tan Sri Harunsani di maki hamun di lawan buku pelawat rasmi mufti.


3

1 Malaysia dari anak bangsa kita..tengok lepas tu isgtifar banyak-banyak..


Ini lah anak-anak gadis kita..mungkin anak gadis tuan-tuan

Sunday, January 9, 2011

Bila negara Islam taknak tolong negara islam yang lain...


Kerajaan Arab saudi bersedia untuk membina bangunan yang hampir serupa dengan Burj Khalifa, UAE di China. Bangunan hotel berkenaan yang bakal menempatkan hotel bertaraf tujuh bintang dianggarkan bernilai RM 4.03 Billion.
Arab Saudi akan menanggung keseluruhan kos pembinaannya

kata kawan...

1.Dari pada peristiwa ini dapatlah kita leraikan persoalan mengapa Palestin masih lagi terjajah dan Masjidil Aqsa di perkosa setiap hari oleh yahudi.

2. Kita juga dapat meleraikan persoalan mengapa negara-negara islam tersenarai sebagai negara termiskin di dunia. Negara seperti Sudan, Somalia, Nigeria sangat daif walaupun mereka kaya dengan minyak.

3. Mengapa Negara China yang dipilih? Masyarakat arab moden lebih suka melancung ke negara-negara kafir seperti USA, England, Italy, Thailand termasuk juga dengan China. Masyarakat arab moden lebih suka pada hiburan dan kehidupan malam. Lihat saja di Lebanon dan UAE.

4. Mengapa tidak negara Islam ? Masyarakat arab sentiasa memandang rendah kepada bangsa lain dan tidak yakin dengan kebolehan dan keupayaan masyarakat islam yang lain. Mereka lebih gemar berkerja sama dengan negara bukan islam..Lihat saja syarikat penggalian minyak di negara mereka..hampir semuanya kepunyaan bangsa asing eropah yang pastinya kafir.

Arab Saudi negara yang kaya dengan minyak berserta perolehan hasil dari jemaah Haji..Kawan pernah mendengar seorang penceramah agama yang kawan dah lupa namanya, katanya " hanya tinggal tanah Haram yang tidak dipijak oleh orang kafir, yang lainnya mungkin akan jadi milik mereka (maksud beliau ialah penguasaan ekonomi dan mungkin hartanah)

Saya ada bukti yang khir baharom sabotaj saya-Anwar

Sekali lagi kita kembali mendengar ayat 'saya ada bukti' dari Perdana Menteri Pakatan Riuh, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang dipetik dari akhbar pro PR, Buletin Rakyat,kali ini sasarannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Jamil di tuduh menahan pendakwaan liwatnya di mahkamah syariah dengan menggunakan kuasanya sebagai menteri UMNO.

Sehubungan itu, anwar telah meminta DYMM, Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agung melihat kedudukan mahkamah syariah agar tidak dikhianati menteri seperti Jamil.

kata kawan..woi anwar,dulu kata nak bongkar ahli umno Bukit Gantang yang dapat tender MINDEF RM1.2 billion..dah kenapa tak report.saya ada bukti..saya ada bukti..cakap saja tak guna

Saturday, January 8, 2011

PAS sudah edar risalah Manifesto Pilihanraya di DUN Changkat Jering

Pagi tadi sewaktu kawan hendak keluar membeli barang dapur berserta akhbar, kawan terpandang sampul surat di peti surat rumah. Bila kawan ambil,tidak ada alamat mahupun setem. Kawan pun buka ada 3 helai kertas di dalam.

Kertas pertama adalah kertas bergambar mengenai YAB Menteri Besar Perak, DR Zambry sewaktu melakukan upacara tepung tawar yang disifat kan PAS sebagai amalan khurafat lagi syirik.

Kertas kedua ialah berkenaan 'kejayaan' kerajaan Pakatan Riuh semasa mentadbir Perak selama 11 Bulan.

Kertas yang ketiga ialah menggesa umat islam menolak barangan yang ada kaitan dengan Israel.

Kawan rasa isu 'ancak' ini sudah dijelaskan oleh Yg Berbahagia Tan Sri Harunsani tetapi penjelasan mufti yang digelar mufi UMNO oleh penganut Pas Perak ini tidak pernah di persetujui mereka.

Tentang Kejayaan pentadbiran PR di perak dulu yang disenaraikan dalam risalah ini

Kebajikan Rakyat
- 20m3 percuma kepada rakyat yang berpendapatan RM 750 ke bawah.
- 1 juta untuk 5000 rakyat miskin tegar
- hak milik kekal ( 999 tahun ) untuk 102 ribu lot melayu dan 47 ribu untuk kg baru cina.
- sumbangan dermasiswa
-tabung khas oku,warga tua,isteri tahanan ISA, ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik.
- menjana hasil pendapatan negeri 40 juta melalui hasil balak
- takaful kifalah untuk warga emas yang meninggal lebih usia 65 tahun.

Kawan nak minta Dewan Pemuda Pas Perak yang bertanggung jawab mengeluarkan risalah ini supaya mendedahkan tentang manifesto mereka secara jujur yang kawan rasa terlalu menipu. Ibu kawan seorang ibu tunggal tidak pernah terbela malah tidak diberi pun apa-apa bantuan. Adik-adik kawan adalah anak yatim pun tiada apa-apa bantuan kecuali sumbangan kasut dan beg sekolah adah sekali. Bil air tetap kena bayar walaupun ibu kawan adalah ibu tunggal si samping memelihara sederet anak yatim tidak ber ayah. Mana ada free !!

Kawan minta pada beliau tunjuk kampung melayu mana yang dapat hak milik kekal sepanjang 11 bulan. Setahu kawan hanya 1 kampung yang dapat pemberian macam tu iaitu Kampung Baru CINA Gerik. mengikut cerita yang kawan dengar, kampung baru cina dekat rumah kawan pun dah di offer hak milik geran 999 tahun. Di sebabkan berlaku krisis politik di perak pada dan BN mengambil alih pentadbiran tahun 2009 sebelum urusan 'upgrade' geran dibuat, maka kebanyakan pengundi cina telah merajuk dan tidak memangkah BN pada PRK Bukit Gantang yang lalu.
Mana ada kampung Melayu yang di offer..pembohong kalian!!

Tak usah berbohong pada rakyat, Perak dulu bukan Pas yang perintah pun tetapi DAP. Nizar Jamaludin macam juga dengan Khalid Ibrahim hanya tahu baca teks yang di tulis orang lain.

Mengapa gambar Nizar pegang lilin semasa sesi memperingati kematian Teoh Beng Hock di diamkam mereka?? apakah perbuatan itu mendapat pahala?? mengapa Nik Aziz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ?? Ajaran Islam mana yang mengajar berkabung sambil pegang lilin ? Dewan Pemuda Pas Perak sila jawab !!!

YB Ahli parlimen Bukit Gantang tidak pernah masuk kampung. Kalau kita bising dan bertanya, tali barut nizar akan memberitahu yang Nizar hanya singgah di masjid dan surau (bukan semua surau hanya surau orang pas sahaja selain markas PAS Bukit Gantang di Jalan Ayer Kuning ) "maka jika anda tak bertemu dengan beliau maknanya anda memang bukan kaki masjid"..amboi sedapnya cakap mamat ni..dulu masa nizar ni berkempen, segala kedai kopi melayu, cina dan india dengan kedai todi habis di masuk. segala pasar ikan, pasar malam habis di redah..Buat tali barut tadi, Bukan macam tu nak menegur orang bang, awak tu ahli parti islam, mestilah ada budi bahasa..

PAS BUKANNYA AGAMA...

Friday, January 7, 2011

Akhirnya persatuan kontraktor P.Pinang tunduk juga pada Guan Eng...

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," kata Guan Eng.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim.

Kata kawan..

1.duit bukan segalanya di dunia ini TETAPI hampir segalanya dalam dunia ini perlukan duit.

2.Selepas membongkar pelbagai skandal ketidak adilan kerajaan negeri berkenaan penganugerahan kontrak dan tender , akhirnya tembok persatuan berkenaan akhirnya roboh. Yang merobohkannya bukannya pesawat pejuang, bukannya backho,bukannya tracktor tetapi hanya psikologi duit.

3. Peluru meriam sudah bertukar jadi pistol air. Macam mana nak bayar hutang Hilux, Camry, Merc, BMW ?

4. Bukannya kawan menyalahkan persatuan ini, tetapi begitulah kita jika tidak mengikut resmi padi atau setidak tidaknya mengikut rentak joget ronggeng lalang.

Mahfuz semalam buat U-Turn,hari ini jadi tukang kipas pulak !!


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim memfailkan saman terhadap penulis blog yang telah membuat tuduhan terhadap beliau berhubung isu skandal dengan pembantu rumah Indonesia.

"Kalau dia yakin dia bersih, dia perlu saman Rocky's Bru dan dakwa beliau kerana fitnah"

Biarpun Rais menggesa pihak polis menyiasat, namun menteri penerangan itu sendiri kata Mahfuz, perlu menunjukkan kesunggahan membersihkan namanya yang telah dicemar oleh 'penulis blog liar' yang didakwanya dalam penafiannya kelmarin.

1. Kawan menyarankan mana-mana parti politik di negara ni janganlah bagi ruang pada mahfuz ni. Kelmarin cakap nak mohon campur tangan najib siasat kes ni, semalam pulak buat U Turn,sokong Rais buat pengakuan tak bersalah,hari ni UP lagi kipas,suruh Rais saman pulak 'blogerz-blogerz liar' yang mendedahkan perkara ni.

2. memang jenis hang ni jenis cakap tak boleh pakai la Mahfuz !

3. memang jenis Batu Api,mancis api,kayu api,kereta api,dan segala macam api.

Thursday, January 6, 2011

Salib: TERESA KOKok mesti mohon maaf pada najib!

Pengerusi DAP Selangor yang juga Menteri Besar II Selangor, TEresa Kok harus memohon maaf kepada DS Najib disebabkan kebengongan beliau yang memaksa PM memohon maaf kepada semua penganut kristian. Teresa yang cuba menjerat penganut agama berkenaan untuk menanam perasaan benci pada najib telah mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan ketegangan agama. Kawan rasa itu yang teresa kokok ni mahu,masa berperang pegi nyorok kat oversea,bila dah settle,balik semula Malaysia.

Pegawai khas kepada perdana menteri, Datuk Hardev Kaur menafikan beliau adalah pegawai yang memberikan arahan supaya elemen keagamaan Kristian, termasuk salib atau lambangnya dibuang daripada satu majlis sambutan Krismas yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak pada 25 Disember lalu.

“Tidak ada arahan juga supaya lagu-lagu (carol) tidak dinyanyikan pada majlis itu.

“Oleh kerana atur cara perdana menteri adalah ketat pada hari itu, saya hanya mencadangkan lagu-lagu (carol) dinyanyikan untuk menghiburkan pengunjung sementara menanti kehadiran perdana menteri. Saya tidak pernah mengarahkan carol tidak boleh dinyanyikan ataupun melarang bacaan petikan Injil dibacakan pada majlis berkenaan,” kata Hardev dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, bagi mengelakkan salah faham, beliau memang ada mencadangkan supaya rostrum di mana perdana menteri akan menyampaikan ucapannya tidak mempunyai sebarang lambang keagamaan.

“Saya juga jelaskan bahawa, ia satu permintaan dan bukannya arahan.

“Malah tidak ada salib ataupun sebarang simbol keagamaan di tempat majlis jamuan teh itu diadakan di perkarangan tempat letak kereta kediaman ketua biskop Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Hardev lagi, semua permintaan itu dilakukan dengan niat baik atas budi bicaranya dan bukan arahan daripada perdana menteri.

Sehubungan itu, katanya, jika permintaan itu telah disalah-tafsirkan, beliau memohon maaf.

kata kawan..

ibarat ayam berkokok di atas batang
teresa kok bodoh macam binatang


klik tajuk untuk membaca artikel asal teresa Kokok.

Tuduh Rais rogol amah : Mahfuz buat U-turn

"Kita setuju bahawa isu ini perlu disiasat. Kita minta polis menyiasat dakwaan dalam blog-blog yang telah mendedahkan perkara ini.

"Kita tidak mahu nama baik Malaysia terjejas dan juga menjatuhkan imej Rais Yatim," kata Mahfuz ketika mengulas kenyataan Rais.


Sambil mengalukan penafian keterlibatan yang dibuat Rais semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu isu itu disiasat dengan segera kerana ianya membabitkan nama baik negara dan mampu menjejaskan hubungan serantau Malaysia-Indonesia.

Aikkk..hai la mahfuz, politiking yang paling kuat mencadang agar tindakan keras di ambil ke atas Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Beliau juga meminta campur tangan PM akhirnya mengambil lorong selamat untuk tidak memotong selepas memecut termasuk buat conner baring.

Kawan salute pada Rais, berani kerana benar siap offer anak bini sebagai saksi jika dihadapkan ke mahkamah. Setakat ini beliau beroleh kemenangan yang pertama walaupun Migrant Care akan membuat satu sidang media khas sebagai menjawab isu ini selepas laporan mereka didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudiannya media khasnya laman web dan blog di Malaysia.

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) hari ini menafikan menerima laporan daripada sebuah NGO kebajikan pekerja berhubung dakwaan kes rogol melibatkan seorang pembantu rumah warga republik dan seorang menteri kabinet Malaysia.

kawan kata...
1.dah nak masuk 4 tahun baru nak siasat. Air mani pun dah kering, DNA pun dah hilang. kalau betul pun, peratusan amah tu nak menang kes hanya 10%.

2. Pakatan Riuh pasti mengatakan yang KBRI juga adalah tali barut najib.

Wednesday, January 5, 2011

Minta solat hajat, kami dah tak larat !

Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."

kata kawan...
Secara jujur dan ikhlasnya kawan ingin menegur UMNO kerana menggangu pentadbiran DS Khalid Ibrahim. Walaupun berbagai perkara yang menjolok mata berlaku di Selangor, tidak sepatutnya UMNO menganggu Khalid dan kerajaan Pakatan Riot. PRU 13 semakin hampir,sepatutnya segala urusan dan perhatian harus di tumpukan pada agenda memperkukuhkan parti bukannya hal remeh temeh macam ni.

Kerjaan Pakatan Riot dipilih oleh rakyat secara rasmi,jika rakyat tidak berpuas hati dengan pentadbiran sedia ada, biarlah rakyat sendiri yang menurunkannya secara rasmi pada PRU akan datang bukannya dengan cara 'busuk' macam ni.

Tuesday, January 4, 2011

SUK Selangor: siapa menang, siapa terkena ?

Selepas pru-12, berbagai insiden politik melanda tanah air. Pilihan raya kecil paling banyak,tragedi lompat parti, 16 Sep, Wakil rakyat menjadi ahli parlimen bebas..hai pening-pening kawan !

Ni hal SUK Selangor, pertembungan DS Khalid Ibrahim vs kerajaan pusat. Sultan Selangor jadi hakim. Kawan di ofis jenuh memikir perkara ni walaupun kawan ni bukan wakil rakyat..kata rakan2..abih la BN, kalau DUN selangor buat sidang tergempar untuk mengembalikan kuasa mutlak sultan.

1. Khalid memerlukan 2/3 sokongan anggota dewan tetapi PR tidak cukup jumlah sebanyak tu.

2.Wakil rakyat BN pula TERPAKSA juga menyokong usul ini untuk mengelakkan di tuduh derhaka pada sultan kerna UMNO yang melantik diri sendiri sebagai panglima sultan. Kalau tak sokong mati lah puak-puak UMNO selangor kena tuduh penderhaka kepada istana.

3. Tetapi, UMNO harus membuat syarat kepada Khalid sebagai balasan menyokong pemberian sepenuh kuasa mutlak kepada sultan seperti hal-ehwal agama islam dan meluluskan sesuatu keputusan DUN.

4. DAP mesti tak setuju jika sultan dapat full power,tak dapat le lagi nak masuk masjid dengan surau untuk kegiatan politik. Father Khalid Samad pun tak dapat lah memberi ceramah agama dan khutbah jumaat sesuka hati. Penceramah-penceramah PAS pastinya sukar untuk masuk memberi takzirah politik di masjid dan surau selepas ini.

5. Last sekali, PR dan Khalid juga yang kalah..kalau tuan-tuan tak percaya, tunggukah kesudahan drama ni.

kata kawan..politik Malaysia semakin pelik dan pelik

Monday, January 3, 2011

Khairy : Pemuda Pas buang najis lepas tu intai peluang nak makan balik

"Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

1.Begitu lah PAS, selepas mereka mencerca, menabur cerita dengan bermacam-macam gelaran pada YB Khairy, mengambil peluang menghulurkan tangan. Kawan pasti, segala dosa-dosa khairy selama ini akan terampun selepas muncul di pentas ceramah PAS. Penganut PAS akan melupai sejarah politik wang beliau ( seperti yang di siarkan oleh akhbar rasmi mereka ) dan macam-macam lagi.

2. Anwar Ibrahim dulu juga di cerca sedemikian rupa sewaktu menjawat TPM tetapi lihatlah sekarang pangkat yang di beri PAS, " Anugerah Tuhan ".

3. Adakah PAS sebagai tempat mengumpulkan para 'skandal' politik Malaysia ? Kawan ibarat kan mereka ini buang najis dari mulut dan try nak makan balik.

4. PAS sudah terpalit penyakit UMNO ( tetapi pemimpin PAS takkan mengaku ), melabel dengan gelaran seburuk manusia jika di luar bulatan dan akan mengangkat setinggi darjat manusia itu jika individu berkenaan berbaris bersama saf mereka walaupun mereka yang memecah lubang rahsia individu berkenaan. Individu berkenaan pastinya diberi jawatan tertinggi tanpa bertanding. Ini untuk membolehkan individu itu tampil di pentas ceramah 'tour' PAS.

5 Salam yang sama pernah mereka hulurkan kepada " Maha Firaun ", Tun Mahathir tetapi tidak bersambut lantas mereka terus menyambung tohmahan kepada beliau. Cuba jika Tun menyertai mereka, pasti gelaran tok guru ataupun sekurang-sekurangnya 'ulama' akan di beri.

6. Siapa yang sebenarnya ketandusan pemimpin, PAS atau UMNO?

P/S: apa cerita Nik Aziz jumpa najib dengan Muhyidin? Dengar cerita tak senang duduk geng-geng anti kerajaan perpaduan.

Sumber petikan atas di petik dari Harakahdaily online.klik tajuk untuk artikel penuh.

Sunday, January 2, 2011

Aziz Bari-lebih baik PM dan TPM cina yang hormat perlembagaan


Prof Aziz Bari, pensyarah undang-undang UIAM dan pakar perundangan pakatan rakyat berpendapat lebih baik PM atau TPM dari kaum cina yang lebih homat perlembagaan dari melayu yang tidak menghormatinya.

1. Merujuk tun mahathir yang " menghapuskan kuasa Agong " menunjukkan bahawa PM Melayu sombong.

2. Kaum cina sebagai golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed ( terhad ).

3. Tun Mahathir sudah banyak melakukan dosa sepanjang 22 tahun pemerintahan nya berbanding Ketua Menteri P. Pinang, Lim Guan Eng yang belum melakukan dosa.

4. Timbalan PM adalah jawatan yang diwujudkan oleh BN dan PR tak perlu terikut-rikut.
Pakatan Rakyat harus memulakan politik baru.

5. Perlembagaan meletakkan hal ehwal melayu, di bawah kuasa raja-raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan negara.

Kata kawan...
Geng-geng ni dah tak sabar-sabar nak ber PM kan Anwar Ibrahim dan ber TPM kan Lim Kit Siang. Hj hadi apa komen mike.sanggup ke nak bertuan kan kafir?