Close

Saturday, January 22, 2011

Prima anggota gabungan baru PR selepas HINDRAF

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA)melabel kan Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb. Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran sebagai pengkhianat, pendusta dan juga penipu. Ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, memberitahu, tidak ada seorang pun wakil India yang bersetuju untuk mengekalkan buku Interlok termasuk lah wakil MIC. ini adalah berlawanan dengan kenyataan Muhyidin yang mengatakan isu Interlok sudah selesai.

Sehubungan itu,Prisma turut mengugut untuk meletakkan calun mereka sendiri pada PRK Tenang. Malah AP Raja Retiram tanpa berselindung meminta masyarakat India di DUN berkenaan mengundi calun PAS.

pada kawan..semua pemimpin politik baik BN ataupun PR masih lagi mencari jalan keluar dalam isu ini. Anwar Ibrahim juga kelu tak terkata bila di tanya perihal novel Interlok ini. Maklumlah bapa-bapa Sasterawan ini lah dulu yang diheret semasa isu pemansuhan PPSMI dulu.

Politik mengugut semakin popular di negara ini terutama jika melibatkan kaum india. Lihat saja semasa Hindraf semasa PRU 12 yang lalu, mereka tanpa segan silu mendesak Pak Lah memberi itu ini sampai orang melayu pun tak terfikir nak menuntut seperti apa yang mereka nak.

Apakah mereka lupa perutukan puluhan juta ringgit bagi menaik taraf SKJT yang jauh dipelosok ladang-ladang. Walaupun hanya 5-6 orang murid India seperti sekolah SKJT di teluk Intan, tetapi peruntukan kerajaan tetap sampai.

Begitu juga dengan rumah ibadat mereka,tidak pernah kerajaan dan masyarakat lain menghalang, tetapi jika disentuh dengan isu yang sebegini, mereka mengamuk seolah-oalah kerajaan cuba memusnahkan bangsa mereka.

No comments:

Post a Comment