Close

Monday, January 3, 2011

Khairy : Pemuda Pas buang najis lepas tu intai peluang nak makan balik

"Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

1.Begitu lah PAS, selepas mereka mencerca, menabur cerita dengan bermacam-macam gelaran pada YB Khairy, mengambil peluang menghulurkan tangan. Kawan pasti, segala dosa-dosa khairy selama ini akan terampun selepas muncul di pentas ceramah PAS. Penganut PAS akan melupai sejarah politik wang beliau ( seperti yang di siarkan oleh akhbar rasmi mereka ) dan macam-macam lagi.

2. Anwar Ibrahim dulu juga di cerca sedemikian rupa sewaktu menjawat TPM tetapi lihatlah sekarang pangkat yang di beri PAS, " Anugerah Tuhan ".

3. Adakah PAS sebagai tempat mengumpulkan para 'skandal' politik Malaysia ? Kawan ibarat kan mereka ini buang najis dari mulut dan try nak makan balik.

4. PAS sudah terpalit penyakit UMNO ( tetapi pemimpin PAS takkan mengaku ), melabel dengan gelaran seburuk manusia jika di luar bulatan dan akan mengangkat setinggi darjat manusia itu jika individu berkenaan berbaris bersama saf mereka walaupun mereka yang memecah lubang rahsia individu berkenaan. Individu berkenaan pastinya diberi jawatan tertinggi tanpa bertanding. Ini untuk membolehkan individu itu tampil di pentas ceramah 'tour' PAS.

5 Salam yang sama pernah mereka hulurkan kepada " Maha Firaun ", Tun Mahathir tetapi tidak bersambut lantas mereka terus menyambung tohmahan kepada beliau. Cuba jika Tun menyertai mereka, pasti gelaran tok guru ataupun sekurang-sekurangnya 'ulama' akan di beri.

6. Siapa yang sebenarnya ketandusan pemimpin, PAS atau UMNO?

P/S: apa cerita Nik Aziz jumpa najib dengan Muhyidin? Dengar cerita tak senang duduk geng-geng anti kerajaan perpaduan.

Sumber petikan atas di petik dari Harakahdaily online.klik tajuk untuk artikel penuh.

No comments:

Post a Comment