Nyatalah PAS hanya parti retorik dan mengamalkan prinsip hukum hakam agama demi kepentingan diri. PAS yang bermegah dengan prinsipnya tidak menghantar calon wanita ke pertandingan Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan mewakili negeri Kelantan kerana menganggap suara perempuan itu adalah aurat dan tidak sepatutnya diperdengarkan oleh bukan muhrim walaupun dalam pertandingan musabaqah..kawan sokong 100%.
TAPI, barangkali PAS terlupa untuk berfikir sebelum mendaftar calunnya di PRK DUN Tenang apabila menamakan Normala Sudirman, seorang perempuan dan pastinya suaranya akan didengari ketika berceramah dan berkempen. Pastinya semasa kempen ceramahnya nanti akan disertai oleh ulama' pak jangoat yang sebelum ini berkeras mempertahankan cara emilihan peserta musabaqah. Dan pak-pak jangoat ini pun secara automatiknya mendapat dosa 'free of charge' kerana mendengar ucapan lemak merdu oleh Normala Sudirman.
Apa ni woi..cakap tak serupa bikin !!! Mungkin kerana sudah mendapat tiket ke syurga, penganut Pas merasakan mereka ni dah maksum kut. DR Lo'lo dapat seat no berapa yer?
No comments:
Post a Comment