BN menepati ramalan apabila calon yang letakkan BN menang bergaya walaupun paras banjir menjelang petang ada yang melepasi paras dada.
Sewajarnya BN harus menang setelah hampir semua agensi kerajaan diturunkan membantu jentera BN. Namun begitu statistik pengundi Cina masih tidak berubah walaupun dun berkenaan berada dalam bekas jajahan takluk Pengerusi MCA, Aktor Chua Soi Lek.
Soi Lek nyata gagal meyakinkan pengundi untuk memangkah calon BN. Mujurlah peti undi kawasan bandar dinaiki air, jika tidak majoriti BN pasti akan berkurang. Rata-rata pengundi cina sudah jemu dengan Soi Lek yang gagal memanfaatkan kedudukan beliau di post pengerusi MCA menerangkan agenda terkini BN.
Hanya kawasan pengundi melayu dan india yang masih setia dengan BN. SEbaliknya, MCA semakin terkubur dan hilang bisa biarpun dibumi 'simpanan tetap' BN.
Ada orang cina kisah SOi Lek menang presiden MCA? Tanya orang cina mana pun, mereka tidak kisah langsung. Ini menunjukkan bahawa tiada lagi lambang bintang biru 14 dalam hati mereka. Mereka sudah tidak peduli dengan MCA. Gerakan juga mengalami nasib sama. Mereka kini liabiliti pada BN. Ada dengan tak ada sama saja. Pada masyarakat cina, MCA parti yang penuh rasuah dan skandal.
PAS masih gagal menawan hati pengundi felda dan orang melayu. Biarpun bakal Timb. Menteri Hal Ehwal Felda Pakatan Rakyat, Mazlan Aliman membawa pelbagai isu ANAK, tetapi peneroka masih setia dengan BN. Sayangnya mereka pada UMNO tidak berbelah bahagi. Biarpun Anwar Berahim dan Khalid Berahim 'try' juga masuk jarum tetapi masih gagal dengan isu APCO.
Pengundi India juga masih sayang pada BN. MIC telah berjaya mendekati hati pengundi india yang rata-ratanya berkerja d estet-estet. MIC jua berjaya menyembunyikan dengan baik perang antara mereka dan Muhyidin berkenaan isu Interlok.
Mesej ini jelas pada Najib supaya tidak lagi meminggirkan pengundi melayu dengan mengejar sokongan undi cina. Melayu benci PAS walaupun berslogankan Membangun Bersama Islam. Pas hanya mampu meraih undi cina berikutan kerja keras DAP.
No comments:
Post a Comment