Sunday, January 9, 2011
Bila negara Islam taknak tolong negara islam yang lain...
Kerajaan Arab saudi bersedia untuk membina bangunan yang hampir serupa dengan Burj Khalifa, UAE di China. Bangunan hotel berkenaan yang bakal menempatkan hotel bertaraf tujuh bintang dianggarkan bernilai RM 4.03 Billion.
Arab Saudi akan menanggung keseluruhan kos pembinaannya
kata kawan...
1.Dari pada peristiwa ini dapatlah kita leraikan persoalan mengapa Palestin masih lagi terjajah dan Masjidil Aqsa di perkosa setiap hari oleh yahudi.
2. Kita juga dapat meleraikan persoalan mengapa negara-negara islam tersenarai sebagai negara termiskin di dunia. Negara seperti Sudan, Somalia, Nigeria sangat daif walaupun mereka kaya dengan minyak.
3. Mengapa Negara China yang dipilih? Masyarakat arab moden lebih suka melancung ke negara-negara kafir seperti USA, England, Italy, Thailand termasuk juga dengan China. Masyarakat arab moden lebih suka pada hiburan dan kehidupan malam. Lihat saja di Lebanon dan UAE.
4. Mengapa tidak negara Islam ? Masyarakat arab sentiasa memandang rendah kepada bangsa lain dan tidak yakin dengan kebolehan dan keupayaan masyarakat islam yang lain. Mereka lebih gemar berkerja sama dengan negara bukan islam..Lihat saja syarikat penggalian minyak di negara mereka..hampir semuanya kepunyaan bangsa asing eropah yang pastinya kafir.
Arab Saudi negara yang kaya dengan minyak berserta perolehan hasil dari jemaah Haji..Kawan pernah mendengar seorang penceramah agama yang kawan dah lupa namanya, katanya " hanya tinggal tanah Haram yang tidak dipijak oleh orang kafir, yang lainnya mungkin akan jadi milik mereka (maksud beliau ialah penguasaan ekonomi dan mungkin hartanah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kitab " Ajhizah Daulah al - Khilafah ", Persediaan Berdirinya Negara Islam
ReplyDeletehttp://ibnuyassir.blogspot.com/2011/01/kitab-ajhizah-daulah-al-khilafah.html