Sunday, September 27, 2015

Oh Petaling Street

Duta Kerajaan Rakyat China melawat Petaling Street hari ini dengan agenda 'Lawatan Muhibbah'. Kalau di Kuala Lumpur, antara tempat yang paling tidak disukai oleh saya ialah di Petaling Street kerana peniaganya bertindak ala samseng dan gangter kalau pembeli tidak jadi membeli barangan yang telah ditawar. Tahun 2002 saya pertama kali menjejak kaki ke kawasan perniagaan ini. Setelah beberapa kali diceritakan oleh rakan-rakan kampung mengenai ke'taiko'wan peniaga-peniaga CD haram yang bertindak menjadi pelindung kepada peniaga-peniaga lain yang di'aniaya' oleh pembeli. Pertama kali membeli baju di lorong itu cukup meninggalkan kenangan kelabu kepada saya. Betapa berkuasanya sipenjual yang memaksa saya membeli baju kemeja yang telah hanya saya pegang. Kerana tidak mahu merumitkan keadaan, saya beli juga walaupun baju itu bukan saya nak beli pun. Banyak kisah buruk yang saya dengar dari rakan-rakan tentang sikap peniaga dan 'abang besar' jalan ini. Namun peliknya tiada tindakan dari DBKL, KPDNKK ataupun agensi berkaitan. Kita bersangka baik iaitu mereka sibuk memmantau aktiviti perniagaan di Uptown. Berbalik cerita lawatan muhibbah duta China di Petaling Street, apa yang saya faham iaitu bertapa kerajaan China mengikuti rapat peristiwa politik di Malaysia yang bersalut dengan isu perkauman khususnya antara orang melayu dan orang cina disebabkan politik. p/s. Chowkit dulu, Banglakit kini.