Close

Wednesday, March 21, 2012

Panasss..!!! Ronnie Liu pecah lubang ADUN BN ponteng sidang Dun Selangor !!??

banyak kerusi kosong di sebelah BN@10.08am sidang dewan negeri shah alam. mana pergi yb BN????http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=414303981919542&set=a.313764688640139.97386.100000198327350&type=1&theater




Tuesday, March 20, 2012

Kadir pun keluar UMNO, ahli biasa bila lagi !!!!

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Pengumuman veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir untuk keluar parti yang dianggotainya lebih 56 tahun semalam sekali lagi mengesahkan bahawa Umno kini sedang menanti ajal.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, tindakan Abdul Kadir itu juga memberi gambaran jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan Umno.

"Ini menunjukkan bahawa Umno semakin mereput dan luput serta menanti masa untuk mati. Jika insan seperti Tan Sri Kadir yang telah menjadi ahli Umno sejak merdeka serta pernah menjadi pemimpin tinggi pun sanggup keluar Umno, tiada sebab lagi untuk ahli-ahli Umno yang lain untuk terus bersama dengan Umno.

"Ini menunjukkan bahawa Umno telah jauh menyimpang dari landasan sebenar serta semangat penubuhannya dari awal. Umno sekarang bukan lagi berjuang untuk kepentingan bangsa dan rakyat di negara ini, tetapi untuk kepentingan segelintir pemimpin mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Abdul Kadir memiliki prinsip yang amat jelas serta kredibiliti yang tinggi kerana sanggup mempertahankan dakwaannya bahawa sememangnya Umno membeli undi masa pilihanraya umum dahulu sehingga akhirnya beliau memilih keluar dari Umno.

"Dakwaan Tan Sri Kadir juga membuktikan bahawa Umno adalah parti yang korup. Pemimpin mereka sanggup membelanjakan berjuta-juta duit rakyat hanya semata-mata mahu mengekalkan survival mereka. "Mereka tidak kisah jika negara menjadi muflis, rakyat papa kedana, negara menangggung hutang yang berbilion ringgit hanya kerana mereka mahu menang dalam PRU ke 13," jelasnya lagi.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada pemimpin-pemin Umno yang mempunyai integriti yang tinggi dan cekal untuk bersama Pakatan Rakyat dam membina sebuah kerajaan yang bersih dan adil.
sumber harakahdaily.

Sunday, February 12, 2012

PANAS !!! possing terbaekk dari ladang dari Anwar di hari Thaipusam

Hensemnya Brother Anwar Bin Ibrahim nii..Sekali Pandang macam MGR, dua kali pandang macam Kamal Hassan pun ada, kalau 3 kali pandang cam seta% pun ada jugak. Terbaek dari ladang laa Tok Seri. Jangan takut, Nik Aziz akan tolong backing baik punya..

Ni gambar mantan MB Perak zaman Pakatan Rakyat dulu tengah main gendang semasa menghadiri sambutan Thaipusam di sebuah kuil di Ipoh baru-baru ini. Dapat pahala agaknya si Nizar dok main gendang kut..tak ada pulak nak di katakan sesat oleh ulama' PAS...



Aikk..tok guru Nik Aziz pun sama jugak ker ? Tapi ni masa beliau melawat kuil Budhha di Kelantan. Nampak tu betapa eratnya genggaman tangan Nik Aziz dengan tok sami buddha tu. Ini pun boleh dikira berpahala jugak kerana yang buat tu ahli PAS. Baguihh duk ada !!!




Ini baru gambar yang sesat, merosakkan akidah. Lepas Najib di kutuk, Mufti Perak, Tan Sri Harunsani pulak kena hentam..Nasib-nasib. Masuk jer PAS ( DAP dan PKR pun boleh ), semua dosa kira settle, yang haram jadi halal. Banyak geng-geng PAS boleh tolong cari alasan nak sokong anda...












Friday, February 10, 2012

wak lu !!! keganasan di Syria, Najib pulak yang disalahkan ??

Idris Ahmad menyalahkan Najib kerana mengambil sikap berdiam diri berhubung keganasan di Syria. Idris yang melobi sakan untuk diletakkan semula sebagai calon PAS selepas dipinggir pada PRU 12 lalu kini mencari ruang sebanyak mungkin mengEXPOSE diri beliau bertanding pada PRU ke 13 nanti.

Untuk rekod Idris bertanding di DUN Changkat Jering selama beberapa pengkal tapi kalah memanjang. Pada PRU 12, kerusi DUN berkenaan di serahkan kepada PKR dan calonnya OSman Jailu menang dan kemudiannya beliau melompat ke BN sebagai calon bebas.

Untuk pengetahuan semua, PAS dah mintak balik DUN ni tapi PKR berkeras tak nak lepaskan.

Dengan selambanya, Idris mempertikaikan Najib yang tidak mahu mengambil port akan nasib rakyat Syria dengan berkata ""Hari ini kita melihat satu desakan awal rakyat Malaysia berhubung dengan keganasan yang berlaku di Syria.

"Desakan ini merupakan kebencian kita sebagai rakyat Malaysia yang mana keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan Syria di bawah rejim Presiden Bashar Al-Assad telah melanggar hak asasi manusia," jelasnya pada himpunan aman di hadapan Kedutaan Syria, di sini, petang ini sebagai membantah kekejaman rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad membunuh rakyatnya.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempersoalkan kenapa Najib begitu takut untuk mengeluar kenyataan mengutuk keganasan tersebut.

"Kenapa Malaysia masih berdiam diri walaupun telah beribu rakyat Syiria dibunuh tanpa sebab, adakah Najib takut akan mendapat kecaman dari pihak lain dan itu sepatutnya diperjelaskan.

"Ini adalah satu permulaan dan kita akan pastikan himpunan seperti ini akan terus berlaku pada masa akan datang, kenapa kita perlu takut untuk berhimpun kalau apa yang dilakukan di Syria jelas bersifat kejam.

"Saya hari ini mendesak agar Najib mengeluarkan kenyataan beliau samada menyokong tindakan Bashar Al-Assad itu ataupun tidak, rakyat juga ingin tahu pendirian Malaysia dalam soal tersebut," jelasnya lagi.

Biasalah, cover line lah, anak buah sokong Syria, Bos sokong Israel huhahuhahuha..

Asal ada isu, semua korang bedal..

kasi gegar !!!! Akhirnya PAS mengaku menyanjung AMBIGA !!??



P/S : Dah ada penganut extreme PAS yang melarang anak-anak ikut serta dalam perarakan Maulidur Rasul tahun ini. Haram kata mereka kerana ikut budaya kristian. Kalau berarak sokong Ambiga tak apa pulak..!!!

Tuesday, February 7, 2012