1.Di Singapura Melayu dan Islam adalah minoriti. Mereka tak kisah pun jika aktiviti agama terpaksa diusahakan mereka sendiri kerana mereka adalah minoriti. Mereka tiada hal jika hanya seorang sahaja menteri islam..itupun menteri berkenaan bukanlah berketurunan melayu yang menjaga kebudayaan Islam dan Melayu (takkan nak letak kafir pulak).
2. Lim Kuan Yew dulu bersongkok, berketayap masuk ke surau dan masjid berceramah kononnya mesra melayu akhirnya meraih keuntungan dari sikap orang melayu yang tidak tahan mengharungi cabaran kos ekonomi yang tinggi dan berhijrah ke Johor dan Melaka. Memang tidak salah kerna melayu Singapura memang ada rantaian saudara-mara dengan orang Johor. Kampung-kampung nelayan melayu tradisional sudah tidak ada lagi, cuma tinggal beberapa masjid dan makam alim ulama yang menjadi penanda bahawa Islam pernah menjadi agama Rasmi bagi tanah Singapura.
3. Yang tinggal di Singapura hanyalah melayu yang keras berjuang. Mereka juga barangkali sudah lupa bahawa Raja Melayu, Agama Islam pernah menjadi tunjang Singapura. Jika diingat pun, apalah daya mereka. Kerna kesalahan datuk nenek yang dahulu, akhirnya singapura tergadai mungkin untuk selamanya.
4. Angin perubahan bergerak ke Malaysia, sudah ada yang membantah laungan azan berkumandang, khutbah jumaat dan ceramah agama mula menjadi isu ketidak puasan hati. Mereka ini sudah lupa bahawa tanah ini adalah tanah melayu dan islam. mengapa datuk nenek mereka dulu tidak pernah merungut? Kerana mereka sedar mereka adalah pedagang yang mencari rezeki dan tidak mahu mencari masalah dengan penduduk asal. Cucu cicit mereka ini yang membesar di bumi melayu ini sudah lupa akan jasa baik kami orang melayu Islam yang mengaku kita satu bangsa Malaysia.
5. Kawan menunggu reaksi balas dari parti-parti politik Islam berkenaan isu azan ni Masjid Al Khadijah, Pantai dalam KL.
6. Namun begitu,sungairapat.online melaporkan bahawa berita itu adalah mainan politik PAS. Kita tunggu siapa yang betul.
Salam Perjuangan,
ReplyDeleteJUTAAN TERIMA KASIH kerana sudi melayari blog saya dan menghantar komen2 bernas bagi setiap artikel yang saya pamerkan..
Tidak dapat dinafikan komen2 anda telah memberi idea dan peransang untuk memperbaiki memantapkan penulisan2 saya di blog.
Blog anda juga sangat mengagumkan..
Saya telah link blog anda di blog pilihan Gelombang Rakyat..
Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia.
Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/
terima kasih kerana sudi link kan blog saya ke blog tuan.
ReplyDeletesemoga kita bersama-sama membongkar pembohongan mereka untuk kesejahteraan negara
sekali lagi terima kasih