Monday, August 31, 2009

Harga Minyak RON 97 naik lagi!

kerajaan tengah malam 1 Sep 2009 menaikkan harga RON 97 dari RM 1.80 ke RM 2.05 dan menaikkan harga minyak RON 95 yang baru diperkenalkan dari RM. 1.75 ke RM 1. 80.

1. Penulis lamabat tahu akan berita kenaikan ini. penulis sempat mengisi minyak di pekan Grik dan Gua Musang dan didapati hanya ada 1 pam berwarna hijau manakala yang lain berwarna kuning.

2. penulis beranggapan tujuan kerajaan menaikkan harga minyak ialah untuk mencari semula sumber pendapatan negara kerana Malaysia kini berada dalam kemelesetan ekonomi yang membimbangkan. dengan duit minyak inilah nak dibayar bonus untuk kakitangan awam nanti, nak buat program pembangunan,duit biasiswa, program sekolah seperti RMT, KWAMP,Bantuan SBT,dan penyenggaraan sekolah yang memakan hampir sebilion setiap bulan.

3. Tidak lupa juga golongan OKU (elaun),orang-tua,hospital-perubatan rakyat dan sebagainya.

4. kasihan kepada pengguna kereta mewah yang terpaksa mengisi minyak 'hijau' kerana menjaga enjin.

5. gaji menteri banyak sangat,potonglah sikit bukan luak pun. rumah free,tukang masak ada, minyak free, tol free, pergi oversea (urusan kerja) free..banyak la yang free. kalau potong 10-15% gaji pun tak apa. akan naik nama kalian di mata rakyat.

6. DSAI mesti stanby dengan tajuk ceramah 'pendedahan' dengan isu harga minyak.

Wednesday, August 26, 2009

nazir,imam di selangor bertambah kuasa ?

Dr. Hasan Ali boleh menarik nafas lega berikutan tindakan nya melantik dan memberi kuasa nazir,imam dan ajk masjid di seluruh masjid di Selangor menangkap peminum arak muslim yang berada di khariah masing-masing.

1. Tindakan ini pasti akan menenggelamkan konfrantasi marah-marah sayang beliau dengan YB Ronnie Liu.(mungkin pada pandangan beliau)

2. Sejauh manakah berkesannya idea ini? Mana lebih baik,mengenakan hukuman yang berat kepada penjual yang menjual arak kepada muslim atau menangkap muslim yang minum arak sambil membiarkan penjual arak tadi terlepas?

3. Beranikah imam-imam ini membuat serbuan ke pusat2 hiburan yang mungkin terdapat di dalam khairiah mereka? jangan pak imam, bahaya...nanti tak pasal2 lain yang jadi .

4. Usaha ini hanya mungkin berkesan kepada remaja2 sahaja.

5. Tindakan PAS ini berlainan sungguh dengan dasar mereka dulu ( sebelum PRU 12 ) yang mahu menutup premis kilang membuat beer dan arak. Agenda ini mungkin tidak terdapat dalam manifesto negara berkebajikan mereka tetapi penceramah-penceramah ustaz2 selalu mengingatkan pengundi di dalam ceramah tentang siapakah yang membina kilang2 beer dan arak di malaysia, lalu orang ramai terus menyahut "BN". ditanya lagi siapakah yang berdosa kerana terlibat dalam membina kilang ini,maka disahut lagi oleh orang ramai "BN". Tetapi penulis percaya hal kilang beer dan arak ini sudah tidak disebut lagi. Masing-masing mengunci mulut takut terkena batang hidung sendiri. Malah di dalam satu blog politik pembangkang,penulis dikecam kerana mengusulkan semula penutupan kilang beer dan arak ini.

p/s: dunia dah terbalik,atau kita dah terbalik. anda boleh rujuk http://dppnjohor.blogspot.com/2006/05/kilang-carlsberg.html

Monday, August 24, 2009

Artis terkini Pas




KEPALA BUKIT, 24 Ogos - Bekas vokalis kumpulan rock Melisa yang popular pada awal era 90-an dulu, Ustaz Mohd Rodhi Abdul Hamid turun membantu kempen PAS pada pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir.

Gambar kecil di atas kanan menunjukkan Akil Havy bersama isteri yang baru dikahwininya, Waheeda. Akil juga bekas penyanyi kumpulan rock d'Riyadh yang telah berjaya dalam bidang hiburan. Beliau juga pernah terjun ke bidang politik selaku penceramah popular PAS sebelum disunting ASTRO.

*sumber taipingmali.blogspot.











Sunday, August 23, 2009

terpulanglah kepada anda....


terpulanglah kepada anda untuk menilainya...sila klik pada tajuk untuk mengetahui sumber foto ini.

Rohaizat dan keluarga mertua 2

Calon Barisan Nasional untuk kerusi PRK Permatang Pasir, Rohaizat Osman pasti berdepan cabaran yang 'ter'paling sukar dalam hidupnya apabila satu demi satu pendedahan dari masalah kerja sehingga lah masalah peribadinya dilondehkan untuk tatapan umum.JIka sebelum ini pendedahan 'sensasi' dari bekas rakan kongsi beliau, terbaru bapa mertua isteri keduanya Mohamad Ali Abdullah,59 mahu 'menantu'nya itu mengumumkan akan status perkahwinannya dengan anak perempuannya,Rafidah Mohamad, 29 Tahun. Jika tidak beliau menimbang untuk meminta penceramah pakatan rakyat untuk mendedahkannya.
rujukhttp://www.malaysiakini.com/news/111190.

1. Penulis sangat kasihan dan simpati dengan Rohaizat. Mengapakah terlalu banyak dugaan yang beliau tempuhi untuk menjadi wakil rakyat.

2. Mengapa baru nak didedahkan sekarang. Tidak ada masa lain kah nak dibincangkan masalah ini ?

3. Tahniah buat Pakatan Rakyat yang baru mendapat satu lagi 'peluru emas'.

4. BN.....entahlah.

p/s: teringat kata-kata MB Kedah, Tuan Haji Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Pemuda UMNO suka main politik budak-budak.(kes tuduhan adanya exco kedah hina sultan)

Saturday, August 22, 2009

serangan peribadi calon bukti politik tak matang

Hanya tinggal beberapa jam lagi sebelum masa berkempen tamat,kedua dua parti yang bertanding tentulah melipat gandakan usaha untuk menagih minat pengundi di DUN permatang Pasir memilih mereka nanti.

1.Serangan peribadi yang keterlaluan oleh kedua-dua oarti politik tidak menggambarkan bahawa yang sedang bertanding itu parti yang memperjuangkankan islam.

2.Habis segala rahsia calon dilondehkan menjadi bahan kempen (kononnya pendedahan sensasi) dan menjadi modal hilai ketawa penonton.penceramah yang berstatus tuan haji,ustaz,yb, dato' yang baru sahaja keluar surau/masjid dari mengerjakan sembahyang terawih dan terus mendedahkan aib orang.

3.Pas tidak ada hujah pembangunan hanya bermodalkan kisah aib calon BN kena gantung dari Majlis Peguam Malaysia, pecah amanah,kawin dua. tidak ketinggalan lagu lama dari penyanyi lama( bukan evergreen) turut berkemandang 'Bubar Dun Perak' dan 'Altantuya'. BN dengan isu RM 60 000 nya.

4.Persoalannya kini untuk BN....
a) adakah mereka pasti calon mereka si Rohaizat betul-betul 'clear'? Tidak adakah calon yang lebih berkelayakan lagi di sana ?
b)adakah BN memang mencari jalan untuk kalah dalam PRK ini ?
c) adakah ini cuma strategi najib-muhyidin dalam menghadapi PRU 13 nanti. pemimpin pembangkang melabelkan najib sebagai seseorang yang penuh muslihat dan teka-teki.

Politik Malaysia memang memeningkan.

Thursday, August 20, 2009

ada bonus untuk kakitangan kerajaan 2009?

Seorang teman penulis membayangkan tiada bonus untuk kakitangan kerajaan tahun ini. Banyaknya duit kerajaan yang hilang/dibazirkan bagi menampung perbelanjaan yang tidak berfaedah seperti memelihara penagih dadah(pusat serenti), depot tahanan pendatang tanpa izin, dan tidak lupa menampung pilihanraya kecil yang paling kerap dalam sejarah Malaysia.
Untuk sekali pilihanraya kecil,sekurang-kurangnya RM 50 juta terpaksa dibelanjakan untuk menampung kos keselamatan dan logistik petugas. Jika sesuatu pilihanraya dibuat beralasan penyandang meninggal dunia atau hilang kelayakan itu tidak menjadi soal,akan tetapi jika penyandangnya memberi alasan yang 'buruk' seperti hendak menyambung pelajaran,memberi laluan kepada suami ataupun terlibat dengan masalah moral, adakah itu akan memberi faedah kepada rakyat negara ini.

1.Mereka kakitangan kerajaan terutama mempunyai gaji di bawah RM 2000 amat mengharapkan pemberian bonus ini untuk menanpung keperluan hari raya dan sessi baru persekolahan 2010.

2. Negara bakal menghadapi dua lagi pilihanraya kecil selepas DUN Permatang Pasir (berkemungkinan ) iaitu DUN Pelabuhan Kelang, Selangor dan DUN Seputeh, Kedah.

3.Sudah lama tidak mendengar slogan Ke Arah Negara Berkebajikan dilaungkan dalam sessi ceramah pakatan rakyat. Yang ada hanyalah Bubar DUN.

keju vs arak di Selangor

*berikut adalah satu komen dari seorang pelawat dan balasan komen dari blog rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim.(http://anwaribrahimblog.com/2009/08/17/dato-alimudin-keluar-umno-sertai-pkr/#comment-213536. Penulis beranggapan balasan komen ini dibuat oleh pengendali blog berkenaan ataupun pemberi komen lain yang turut melawati blog berkenaan dan BUKANNYA dari Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuan paparan ini hanyalah sebagai bahan pembacaan pelawat sahaja dan tidak lebih dari itu.Harap maklum*


As’kum DSAI,Cadangan saya.
1) Tutup kilang Calsrberg kat Bt.3, Shah Alam
2) Tutup kilang Guiness Anchor kat Sg.Way.
3) Semua kerajaan tempatan dlm negeri PR tamatkan lesen perniagaan nombor ekor dipremis kedai.
Ikut cara PAS Kelantan dan PAS Trengganu masa TGHH jadi MB dulu.

Reply

MERENG mereng Reply:August 19th, 2009 at 7:35 am

alahai…. camana cara yang ang maksudkan tuh?ni cara ISLAM ke gunakan keKERASan dalam menangani HAK orang lain?oit pengundi mereng yang kununnya ISLAM…pernah dengar TANPA PAKSAAN?
faham ke tak TANPA PAKSAAN ni?
tak perlu PAKSA-paksa kilang ni tutup kedai/kilangyang perlu ialah KAWALAN dari pihak kerajaan ….pastikan mereka-mereka yang mengaku MUSLIM tidak dibenarkan mendapat access membeli arak… pastikan remaja-remaja TIDAK MUDAH dan diLARANG mendapatkan arak… kerja kuat pihak berkuasa diperlukan disini, rasuah wajib dibenteras terlebih dahulu, kerana pihak berkuasa yang makan rasuah akan menghalang usaha ini….
bila mana KUALITI umat ISLAM itu meningkat tanpa ARAK, dan JELAS remaja lebih kreatif dan berakhlak tanpa arak, maka ini akan membuka MATA orang bukan islam, bahawa ajaran ISLAM itu sungguh INDAH dan terbaik… seterusnya TANPA di PAKSA-PAKSA, orang bukan islam yang berfikiran bagus akan meninggalkan ARAK, dan akan mendidik anak-anak mereka menjauhi arak seperti halnya orang ISLAM….ya.. dan ini boleh saja mereka lakukan tanpa perlu menganut agama kita, …
kesannya apa? kesannya penggunaan arak berkurangan…. dan dalam jangka masa yang panjang, permintaan arak akan berkurang….ARAK susah nak dijual, TANPA PERLU DIPAKSA-PAKSA, peniaga pun TIDAK mahu lagi mendagangkan arak kerana takut RUGI….

TANPA PERLU DIPAKSA-PAKSA, kilang2 arak di malaysia ini akan menutup kilangnya dengan rela hati kerana merasakan MALAYSIA bukanlah lagi pasaran yang baik untuk menjual arak….
macam ni lah baru nampak IMEJ islam yang baik, bukan dengan kekerasan

…Allahumma Solli ‘ala Muhammad

Wednesday, August 19, 2009

arak dan arab






Gejala meminum arak dan gemar berhibur semakin membelenggungi masyarakat islam dunia termasuklah Malaysia. Nun jauh di asia barat,pak-pak syeikh atau mak-mak syeikh yang berada di atas bumi lahir dan wafatnya para rasul,nabi dan ambia semakin lupa diri berhibur sehingga dini hari dan mabuk sehingga sukar nak dibezakan antara orang arab islam ataupun yahudi.


Negara arab yang paling banyak mempunyai tempat hiburan tersohor ialah Lubnan iaitu negara yang tidak pernah sunyi dari peperangan dengan Israel ataupun perang saudara. Dikatakan juga kelab-kelab malam di negara itu setaraf dengan kelab malam di Belanda,Britain dan Amerika bahkan ada yang mengatakan juga lebih hebat lagi.






Dalam pada kita bertungkus lumus mengutip derma dan mendamba ihsan dunia di atas kekejaman yahudi,tetapi masyarakat arab bergembira menonton tarian gelek dan berparti hingga ke pagi.


p/s: Ya ALLAH, Kau selamatkan lah kami dari dosa arak dan zina dan Kau jauhkanlah kami atas kemurkaanMU keatas mereka..Amin




























































































































Thursday, August 13, 2009

yang mana paling hampir-orang kafir yang menghina islam tetapi tidak faham berkenaan islam atau orang islam yang tidak mengamalkan islam ?

Di sebelah sana pasti menerima bulat-bulat penjelasan Tok Guru sambil menuduh satu lagi temberang yang dicipta oleh media arus perdana. Di sebelah sini pasti mengecam sekeras-kerasnya kenyataan tok guru ini. Ia bukan sahaja bakal mencetuskan ketengangan kaum malah ayat yang keluar dari mulut seseorang yang bertitle ulama' besar ini mampu membuat orang -orang umno bertambah benci akan beliau.

1. Bukankah soalan yang bakal ditanya oleh Mungkar dan Nangkir di alam kubur nanti ialah- 'Siapa saudara-saudara mu' maka jawablah kita' orang-orang islam saudara-saudara ku'. Pasti kita takkan berani menyebut 'mereka orang-orang kafir yang menghina islam akan tetapi kerana mereka tidak memahami islam itu saudara-saudara ku'.

2. Jika mereka orang-orang islam itu tidak mahu mengamalkan ajaran islam( mungkin ditujukan kepada pemimpin-pemimpin umno ) maka lebih moleklah tok guru berusaha menarik mereka kembali ke jalan yang benar. Jika tok guru bersusah payah menerangkan pemahaman yang sebenarnya kepada mereka yang menghina islam,maka lebih mudahlah bagi tok guru menyedarkankan golongan yang sedikit ( atau banyak ) tersasar sekurang-kurang nya mereka mempunyai basic ilmu agama.

p/s: masih tertanya-tanya bilakah akan adanya demo mendesak penggubalan semula undang-undang berkaitan zina. Hari ini 1 lagi pembunuhan ( buang ) bayi di sek.sains kedah. Jangan nak demo desak mansuhkan ISA dan 'Bubar DUN Perak'sahaja, jenayah zina pun tanggungjawab kita juga.

Monday, August 10, 2009

calrsberg _impian dulu dah berkubur...

Penulis selalu terkenangkan salah isu belati menyerang BN pada PRU yang lepas-lepas berkenaan dengan terbinanya kilang beer tersohor dunia, Calrsberg di Shah Alam. Penulis yang amat sedih dengan peristiwa ini mendoakan semoga kilang ini ditutup kerana penulis adalah seorang islam. Tambah lagi kilang beer ini berkongsi pagar dengan minuman ringan halal.Pemuda Pas yang paling lantang menetengah kan isu ini bertindak menuduh pemimpin Selangor yang dulu ( BN ) sebagai memakan sumber duit arak dan menyebabkan ramai pemuda pemudi islam meminum arak. Sejuk hati penulis mendengar laungan berkenaan,ada kalangan rakan-rakan penulis berkata nak bom,nak bakar dan macam-macam lagi.

1. Allah itu maha berkuasa, PAS ( dalam gabungan Pakatan Rakyat ) berjaya memerintah Selangor. Tetapi kilang arak ini makin seronok pula operasinya.

2. Tiada lagi isipati ceramah PAS menyentuh berkenaan kilang tersebut. Lebih seronok dengan gerakan mansuhkan ISA dan 'Bubar DUN Perak' dari memperjuangkan isu kerosakan remaja akibat arak dan zina.

3. MB Selangor YAB Dato' Khalid Ibrahim menegaskan penjualan arak kepada golongan muslim atas kesedaran peniaga dan penguna. Makin syok la kaki-kaki togok kat Selangor ye..

4. Exco Kelantan YB Husam Musa mempelawa Exco Selangor YB Ronnie Liu datang ke Kelantan belajar berkenaan berjayanya Kelantan mentadbir pengurusan arak. Penulis pasti topik berkenaan isu Calrsberg tidak akan dibincangkan.

Impian itu dah berkubur..berkubur barsama semangat Pemuda Pas. Sekarang ini Pemuda Pas mempunyai Motto baru iaitu minum arak itu kan hak orang bukan islam.

Sunday, August 9, 2009

Senyum selangor -cheeerrsssss

dulu Takbir! Takbir! Takbir !
sekarang Take beer ! Take beer ! Take beer !

Cheerrssss...kling...kling...kling

Hahahahaha ulp

Thursday, August 6, 2009

buang bayi-apa tugas kita?

Seakan-akan sudah menjadi fenomena kebiasaan bagi kita apabila terbaca mengenai
pembuangan bayi di dada -dada akhbar saban hari. Jika di awal tahun 80 an masyarakat akan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini. Sebenarnya fenomena 'kawin dulu nikah kemudian' ini sudah lama berlaku dalam masyarakat islam kita sejak dari dahulu. Namun begitu dapat di'cover' oleh penjaga atau ibu bapa melalui majlis 'nikah cowboy'. Sekurang sekurangnya bayi yang tidak berdosa ini tidak dibuang.
Namun begitu di masa sekarang majlis 'nikah cowboy' ini sudah diganti dengan istilah 'dah jadi pakwe lari'.Tinggallah si ibu muda tadi yang kebanyakannya penuntut sekolah,penuntut IPT,pekerja kilang ( bukan semua ) ataupun remaja wanita ini terkontang kanting mengusung perut. Nak balik kampung pasti kena belasah dengan saudara mara,kelurga kena pulau. Nak digugurkan dah lebih 3 bulan,klinik pun dah tak berani nak buat. Maka jalan terakhir yang pasti dipilih ialah buang apabila dilahirkan bayi malang ini.

1.Penulis mengusulkan 1 cadangan iaitu LAKSANAKAN HUKUM HUDUD ke atas pesalah zina 100 rotan yang di laksanakan di khlayak ramai. Mungkin ramai yang membantah tetapi percayalah kes zina akan berkurangan. Mengapa kita nak takut kecuali kita turut melakukannya.

2.Dahulu PAS sering melaungkan pelaksanakan hukum hudud (sekadar memancing undi melayu) tetapi akhir-akhir ini isu hudud ini sudah tidak kedengaran lagi walaupun dari mulut Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang. Jangan nak sibuk berdemontrasi mansuhkan ISA sahaja, penulis cabar mereka yang berani buat demo menuntut pindaan undang syariah yang melibatkan jenayah zina. Kita tengok berapa ramai yang akan menyertainya.

Wednesday, August 5, 2009

H1N1

sudah 11 kematian tercatat pada hari ini( 4 Ogos 2009 ).Namun apakah tindakan kita dalam menangani isu ini?

Pergilah ke pasaraya ditempat anda hari ini,dalam masa 30 minit,catatkan pengunjung yang memakai topeng muka. Saya dah lakukan hari ini dan hasil tinjauan saya ialah 0%.

Murid-murid yang demam masih lagi dibenarkan pergi ke sekolah,ibu bapa hanya membawa anak mereka mendapatkan rawatan di klinik swasta. Adakah arahan kuarintin di rumah benar-benar di patuhi?

Saya sendiri pun jika mengalami demam biasa hanya mendapatkan rawatan di klinik swasta. Alasan kenapa tidak ke klinik kerajaan,sudah tentulah seperti jawapan masyarakat yang lain,malas tunggu lama,banyak lagi kerja yang boleh di buat.

Jika ditakdirkan ALLAH penyakit ini terkena kepada tubuh badan saya,tentunya saya lebih risaukan putera puteri saya yang sudah tentu lebih kurang daya tahan imunisasinya..

Tuesday, August 4, 2009

Sebatang Tongkat Untuk Berdiri

Pernah dengarkah kalian lagu ini'sebatang tongkat untuk berdiri' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan rock tersohor SEARCH sekitar era 90'an dulu? Biarpun lagu ini tidak sepopular lagu SEARCH yang lain seperti Isabella,Fantasia Bulan Madu,Teguh,Kejora dan lain-lain lagi. Pengisian lagu ini menceritakan berkenaan seorang yang putus harapan berkenaan kekasihnya dan mencuba mencari bagaimanakah caranya memujuk kekasihnya kembali.

Hari ini,saya sempat berbual dengan rakan sekerja yang cuba untuk mengusahakan kebun keladi. Benih keladi ini dibeli sekitar harga 30 sen sepokok dari seorang bukan melayu di Matang. Rakan saya ini yang menanam keladi ini di tanah pusaka keluarganya cukup memuji akan penjual benih keladi ini yang disifatkannya sebagai seorang pemuda yang rajin. Mana tidaknya,penjual benih ini sanggup berhenti dari menjawat jawatan pegawai bank dan sanggup pula mengusahakan tanaman keladi seluas 6 ekar. Penjual keladi ini amat meminati ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ).

Katanya DSAI adalah seorang yang bijaksana kerana cuba membantu membuang sikap malas orang melayu,sikap membudayakan diri dengan subsidi,menjadikan orang melayu lebih produktif dan lain-lain lagi. Katanya DSAI apabila menjadi PM nanti,beliau akan membuang 'tongkat' orang melayu dengan tujuan orang melayu mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain.Entah dari kenyataan DSAI mana si penanam keladi ini dengar penulis tak tahulah.
Jelaslah si penanam keladi yang dulunya dalam golongan profesional ini sering mengikuti ceramah-ceramah politik. Penulis sedikit menyokong juga pandangan DSAI berkenaan 'tongkat' ini tetapi beberapa perkara perlu diperhalusi juga.

Persoalannya ialah

1. Adakah orang melayu yang turut sama mengagumi ketokohan dan menyokong perjuangan DSAI bersetuju dengan hal 'tongkat' ini?
2.Orang PAS apa komen,setuju juga ke?
3.Bolehkah orang melayu 'survive'jika tongkat ini ditarik balik?
4.Bagaimana nasib bangsa kita akan datang jika tongkat ini dikekalkan? Kalau dibuang?

Memang tongkat ini menjadikan sedikit sebanyak menjadikan orang melayu malas tetapi dengan menghapuskan ataupun cubaan 'memendekkan tongkat' ini pun kelihatan tidak bersesuaian pada masa sekarang. Ini pada pandangan peribadi penulis sahaja. Pada pandangan penulis, sebaiknya diletakkan dalam takwim sekolah program keusahawanan di mana terdapat hari murid terlibat secara serius dalam aktiviti perniagaan. Ini secara tidak langsung mendedahkan murid tentang dunia untung rugi perniagaan. Tujuannya kerana seringkali kita mendengar mengatakan orang melayu takut berniaga maka baiklah didedahkan awal-awal lagi tentang konsep perniagaan( bukan meminta derma di depan bank ataupun stesen minyak ).

p/s: dah lama kan tak dengar slogan popular dalam ceramah PAS sekitar PRU ke 10 ( 1999 sebelum terbentuknya Barisan Alternatif),apa yang kekal harta orang melayu hanyalah Keretapi Tanah Melayu ( KTM ) sahaja. Mungkin slogan ini akan diguna pakai oleh umno pula selepas ini. Siapa tahu kan....