Close

Tuesday, March 22, 2011

Sandiwara Anwar kini 'tersangat hebat'

DSAI boleh berdiri dan menunjuk perutnya yang tidak buncit kepada wartawan yang menjadi agen penyebar maklumat kepada rakyat. Beliau boleh membawa ribuan penyokongnya berasak-rasak ke balai polis untuk membuat laporan polis berkenaan ' fitnah' ini. Beliau boleh menunjukkan bukti twiter dan facebooknya yang menunjukkan beliau ada di rumah.

Selepas pernah bersembunyi di Kedutaan Turki dahulu kononnya ada pihak yang mengugutnya, kini Anwar telah mencipta satu lagi cereka yang paling 'hot'. Video sex pelakun lelaki mirip wajahnya bersama watak jahat Datuk 'T'elur.

Nampaknya Anwar masih lagi cuba memainkan wayang untuk memancing simpati terutamanya pengundi Sarawak menjelang pilihanraya DUN yang bakal tiba. Pada kawan, ini hanya lah sandiwara sahaja. Anwar perlu mengalihkan isu yang lebih besar iaitu isu DNA. Sana sini orang berdemontrasi.

Sebagai makhluk anugerah tuhan yang teraniaya,wajib bagi masyarakat membantu dirinya. Bukan dengan sumbangan derma kilat, selimut, beras dan biskut tetapi sepangkah undi untuk beliau melangkah naik ke Putra Jaya.

p/s: terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. terima kasih juga kerana tuan puan sudi memberi ulasan pada artikel yang kawan karang walaupun ada yang membina dan ada yang 'pedas'. terima kasih se trilion kali.

Jika takut dibadai tohmahan, jangan bicara perihal perjuangan

Monday, March 21, 2011

Libya diserang tentera bersekutu, di pihak mana kita berada ?

Sekarang ni, dok heboh pasal pemimpin pembangkang bersama video 'blue' nya. Kawan malas nak ulas, sebab kawan belum tonton lagi..hehehehe

Ni Kawan nak komen pasal negara saudara seIslam kita iaitu Libya.

Akhirnya negara Islam Libya diserang juga. Ini melengkapkan teka-teki penyusuran kapal pengangkut pesawat AS yang melalui Terusan Suez yang pada peringkat awal hanyalah sebagai usaha untuk mengertak. Presiden Ghadafi masih lagi enggan berundur. Tentera Bersekutu yang dianggotai Perancis, Britain dan dikepalai oleh AS bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Ghadafi yang bakal senasib dengan Saddam Hussein di Iraq.

Bukan mahu sangat berperang mempertahankan hak rakyat Libya, tetapi mata mereka lebih tertarik dengan stok simpanan minyak Libya yang diperakui terbesar di dunia. Mereka juga cenderung untuk membina semula Libya dan membentuk kerajaan boneka seperti di Iraq dan Afganistan.

Di Malaysia, revolusi politik masyarakat arab yang menular dari Mesir kemudian merebak ke Bahrain, Syria dan negara-negara arab yang lain turut menjadi motivasi kepada pembangkang. Dengan beberapa ugutan kepada kerajaan akan berlakunya revolusi rakyat ini, mereka kerap menuduh pemimpin- arab yang digulingkan adalah diktaktor, pemimpin kuku besi dan pembunuh demokrasi. Ada yang secara terangan meminta supa Ghadafi turun dari takhta biarpun jarak dari bumi tanah melayu dan Libya sangat jauh berpuluh ribu batu dan tidak mungkin Ghadafi akan mendengar permintaan sebegitu.

Namun kuasa Allah tertentu jua, Libya diserang oleh tentera bersekutu sehingga menyebabkan ramai orang awam yang terdiri dari wanita, kanak-kanak dan ulama' telah terbunuh. AS memberi alasan untuk menstabilkan rantau arab dari sebarang kekacauan yang dicetuskan oleh negara-negara yang bermasalah terutamanya dengan barat.

Siapa yang kita sokong, Libya ataupun Tentera Bersekutu ? Pemimpin-pemimpin pembangkang yang ramai berketayap putih dan berpelajaran tinggi mungkin gagal ( atupun dalam bahasa yang mudah ialah bodoh dan tak reti ) membaca rentak politik dunia dengan mudah menyokong pengulingan Ghadafi. Sedangkan kawan yang tidak seberapa cerdik dalam politik pun tahu. Jika anda menyokong revolusi rakyat yang mahukan Ghadafi berundur bermakna anda menyokong pencerobohan dan pembunuhan kejam tentera bersekutu ke atas rakyat Libya.

Dari mana anda tahu Ghadafi seorang pemerintah yang kejam, pemeras duit rakyat dan zalim? Tentulah dari media-media massa dan elektronik. Siapa kah wartawan-wartawannyanya ? Tentulah orang-orang arab Libya suruhan media barat seperti Reuters, BBC, CNN, Al-Jazeera. Wartawan media dari negara-negara lain hanya menceduk berita dari sumber ini tanpa menyelidik kebenarannya. Itulah yang menjadi santapan berita untuk kita mengetahu berita beserta foto-foto dari negara berkenaan.
Strategi yang sama digunakan AS sebagai serangan saraf pada umat Islam dan Arab yang lain untuk mengendurkan perasaan marah dan menghalalkan perbuatan buruk mereka.

Kawan tidak pernah menyokong pemberontakan rakyat di Libya kerana pada kawan hanyalah perbuatan proksi-proksi barat untuk menjatuhkan pimpinan Ghadafi yang merupakan pemimpin yang paling dibenci oleh dunia barat selain Allahyarham Saddam Hussien dan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Saturday, March 19, 2011

Sekitar perhimpunan Mendesak Anwar serah DNA oleh rakyat parlimen Bukit Gantang

Satu perhimpunan aman ( dengan kebenaran polis ) telah diadakan di perkarangan Dataran Changkat Jering, Taiping untuk mendesak Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang parlimen Malaysia menyerahkan sampel DNA beliau. Perhimpunan ini dihadiri oleh kira-kira 150 orang ( agak-agak kawan la ) turut disertai oleh beberapa NGO, wakil Pertbuhan Pribumi Perkasa Larut matang, dan wakil pelbagai kaum.

Exco Pemuda Umno, saudara Lokman Nor Adam turut berucap dan mendesak ketua umum PKR itu akur dengan kehendak rakyat bagi membuktikan siapa yang berada di pihak yang benar.


Perhimpunan ini telah menarik minat pengguna-pengguna jalan raya. Ramai yang memberhentikan kenderaan untuk mengambil gambar dan ada juga yang turut mengambil bahagian. Kira sesak jugak la jalan masa tu.


























































Perhimpunan mendesak Anwar serah DNA di Bukit Gantang

Tarikh : 20. 3. 2011 ( Ahad )
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dataran Changkat Jering, Taiping.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan dan mengHANGINkan lagi penyokong2 Anwar.

Kawan kalau tak salah, sekilo DNA kawan boleh hulur...ini bukan banyak, setitik jer, apalah sangat. Bukannya sakit pun !!!

Friday, March 18, 2011

PAS sila beri penjelasan : Dap PP sambut kejayaan dengan konsert Ning Baizura











Wah,rupa-rupanya geng-geng ni berlakon jer lebih. Itu haram, ini berdosa tapi rupa-rupanya sama je pesyennya dengar UMNO. Sambut kejayaan dengan konsert. Artisnya ialah Ning Baizura. Muslimah PAS pun ramai yang hadir..apa nak buat, khalifah kesayangan Nik Aziz yang anjur, layan je lah.
Lim Guan Eng yang menganjurkan konsert berkenaan selepas kejayaannya menarik pelabur berbilion ringgit.
Baru-baru ini, bekas MB Perak, Nizar jamaludin menasihatkan pengacara popular, Aznil Hj. nawawi menyertai PAS. Ini sebagai reaksi balas balas Nizar ke atas Aznil yang mengecam tindakan Nik Aziz yang mengkafirkan sesiapa yang tidak menyokong PAS. Nizar juga sangat berbangga dengan penyertaaan pelawak Bob Lokman ke dalam PAS.
Aznil dinasihatkan Nizar berhenti dari menerbitkan rancangan TV untuk kanak-kanak yang melalaikan dan lebih kepada hiburan. Tak Macam Khalifah jelmaan Omar Abdul Aziz, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, Pas yang terOVER sangat bebangga dengan Lim yang dilihat lebih 'beriman' dari orang melayu UMNO terpaksa menekup muka dengan seluar dalam sendiri setelah mengetahui penganjuran konsert di PP.

Apa yang lebih kawan tunggu ialah reaksi PAS Pulau Pinang dan mungkin fatwa terbaru Nik Abdul Aziz untuk menyokong perbuatan Tuan Guru Lim Guan Eng.

Harakah..kenapa tak ada liputan konsert ni ???klik tajuk untuk ke sumber artikel

Thursday, March 17, 2011

skandal SEX:Ketua Umno Gombak harus beri penjelasan


Ketua Umno Gombak, Abdul Rahim Kamarudin harus tampil membuat penjelasan berhubung tersiarnya gambar ghairahnya oleh blog-blog pembangkang. Blog2 ini juga dilaporkan juga untuk turut menyiarkan gambar-gambar pemimpin2 umno yang 'panas-panas'.

Kawan tak tau samaada gambar ni tulen ke ataupun superimpose,justeru Abdul Rahim harus tampil membuat sebarang kenyataan. Jika tidak benar maka kawan sokong beliau untuk mengambil tindakan sewajarnya pada mereka yang bertanggung jawab. Tetapi jika benar anda yang berada dalam gambar ni, faham-faham sendirilah bro...apa yang patut dibuat.

sumber: blog batu gajah mali

Thursday, March 10, 2011

Sampai bila kita nak di bodohkan hanya kerana politik?

Sanggup akak yang bertudung tu berjalan di belakang kereta mayat Mendiang A. Kugan ! Kalau bangsa sendiri yang senasib dengan mendiang,agak-agak akak nak buat macam tu tak ?
Sayangnya bangsa kita pada Mendiang Teoh Beng Hok..Kalau bangsa sendiri macam mana pulak?

Seorang pemuda mati terjatuh bangunan, Adakah PAS, DAP Dan PKR akan lakukan perkara yang sama seperti Teoh Beng Hok ?

Tentu sekali tidak kerana mangsa bukan setiausaha politik. Dan lagi arwah berbangsa melayu dan beragama islam.

DAP menjadikan orang melayu lebih sayangkan politik lebih dari kepentingan bangsa sendiri. Adakah kematian saudara kita ini kan terbela ?
Akan adakah pak-pak lebai dan gadis melayu seperti gambar yang akan mengantung sepanduk meminta individu yang bertanggung jawab secepat mungkin ? Tidak. Kerana arwah bukan lah sesiapa dalam politik dan arwah berbangsa melayu

"Hasrat seorang pemuda meraikan perkahwinan kakaknya Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia maut setelah terjun dari tingkat dua sebuah rumah kedai di sini bagi mengelakkan serangan sekumpulan lelaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Zainuddin Ahmad berkata, pemuda itu, Khairul Helmi Kamaruddin, 20, mengunjungi sebuah pusat Internet di Taman Melati awal pagi ini apabila sejurus kemudian sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang, rantai dan batang besi menyerbu masuk ke pusat itu pada 3.00 pagi.

Katanya, oleh kerana ketakutan, Khairul Helmi serta tujuh pelanggan lain bergayut pada tingkap bangunan sebelum terjun bagi menyelamatkan diri".
selanjutnya sila klik pada tajuk
Bersatulah bangsa ku di bawah panji agama dan persaudaraan kita sesama Islam dan melayu

Sunday, March 6, 2011

अनक मति दी FELDA

Kawan lebih berminat untuk mengikuti hasil pengundian di DUN Kerdau berbanding Merlimau. DUN Kerdau meliputi sebahagian kecil Felda Wilayah Jengka terdiri dari Felda 22,23 dan 24.

Penduduk Felda adalah golongan sasaran PAS dan BN. Ini kerana di Felda terdiri dari pengundi melayu paling ramai. ANAK diterjui oleh presidennya, Mazlan Aliman yang ditubuhkan untuk menghilangkan kepercayaan peneroka kepada instutusi felda nampaknya gagal menyusup masuk. Ataupun dalam bahasa yang mudah memang 'mampos'. NGO Anak bersadurkan parti PAS ini lebih kepada menarik undi dari memperjuangkan isu yang lebih besar yang sepatutnya.

Oleh itu, adalah molek untuk Mazlan mengundurkan diri dari jawatan anda sekarang.

PAS tewas teruk di semua saluran peti undi melibatkan tanah rancangan Felda. Pastinya PAS akan menekup muka bila bertemu pimpinan tertinggi PKR dan DAP.

Thursday, March 3, 2011

terdesak untuk menang kerdau dan merlimau, Anwar tayang semula kes 2008

Anuar Ibrahim terpaksa menjaja semula kisah penahanannya tahun 2008 sejurus laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari. Walaupun 1oo% kisahnya sudah dipentaskan di podium ceramah dan ditokok tambah menjadi sejuta peratus, modal ini ternyata berjaya buat Anwar semasa menang besar di PRk Permatang Pauh di tahun yang sama.

Selepas itu, kisah itu terus senyap dengan Anwar pun berjaya menjawat Ketua Pembangkang di Parlimen.

Hari ini, Anwar kembali menyanyikan peristiwa itu setelah melihat peluang PAS di DUN Kerdau dan Merlimau menang sangat samar. Anwar yang tak samapi hati melihat Pas berjuang sendirian dan tewas dalam permainan isu, terpaksa melondehkan 'spender' nya mengungkap kembali kisah beliau ditahan polis pada masa itu. Tujuannya hanya satu iaitu meraih undi simpati rakyat kedua-dua DUN ini sebagai pengundi.

“Saya diperlakukan seperti saya ini Botak Chin. Saya ditahan secara paksa seolah-olah saya ini anggota pengganas Al-Qaeda,” kata Anwar.

Semasa PRK Bukit Gantang, Anwar telah mengajar Nizar Jamaludin untuk memainkan isu pemecatannya dari jawatan MB untuk meraih simpati pengundi dan ternyata Nizar berjaya.

Anwar juga terpaksa mengalihkan isu 'tak boleh lagi nak cover' liwat beliau. Beliau terpaksa memalingkan perhatian pengikut setianya dari bercerita kes mahkamahnya dengan hal kisah penangkapannya dahulu.

Come on man, Kerdau dan Merlimau bukannya Permatang Pauh dan Bukit Gantang. Kisah tuan semakin pudar dan semakin boring,boring dan boring.

Tuesday, March 1, 2011

Bas percuma untuk pekerja kilang di P. Pinang bukti DAP Sayang Melayu

Lim Guan Eng melancarkan perkhidmatan bas secara percuma untuk semua pekerja kilang berulang alik di waktu pagi dan petang. Bermatlamat untuk mengurangkan kadar kesesakan jalan raya, tetapi alasan yang paling 'power' menikam rusuk BN ialah mengurangkan beban rakyat.

1. Ini adalah gula-gula pilihanraya memandangkan PRU 13 semakin hampir. Mengapa perkhidmatan ini tidak dilaksanakan di tahun 2008 yang dulu ?

2. Taktik ini akan menunjukkan betapa seriusnya DAP mendokong slogan DAP sayang melayu.

3. Lim Guan Eng lebih bijak mengambil peluang di tengah-tengah propaganda memburuk-burukkan pimpinan DAP P. Pinang oleh UMNO. Dari seorang yang watak pengecut kepada hero.

4. Apa taktik BN pula selepas ni untuk kembali mengalih perhatian rakyat p.pinang dari sikap baik hati Guan Eng ini?

RM 5.5 juta saman belum di jelas, BN perlu faham rintihan rakyat

Hadi Awang menempelak usaha kerajaan mengutip saman tertunggak. Walaupun tamat tempoh pemberian diskaun di berikan oleh PDRM, namun RM 5.5 juta masih belum dilangsai.

Hadi Awang memberi opsyen pada rakyat untuk menukar kuasa pemerintah kepada PR. Dengan bermodalkan air liur beliau, Hadi berjanji untuk mengkaji untuk mengkaji pelaksanaan saman ekor yang tidak dinafikan 'memang' membebankan rakyat.

Apakah rasionalnya menyenarai hitam pesalah yang belum membyar saman trafik?

seorang rakan masih mempunya 4 saman tetunggak speed trap yang jumlahnya hampir RM 1000. Kalau diskaun mungkin jadi RM 500, masih banyak lagi.



Jangan pandang rendah pada janji Hadi Awang ini. Di zaman melesetnya ekonomi beserta kenaikan harga barangan keperluan, setiap ringgit amat berharga. Apa lagi jika pesalah trafik ini mempunyai keluarga yang besar dan anak-anak yang masih kecil lagi.

Hampir semua kalangan kita menggunakan jalan raya setiap hari untuk berulang alik ke tempat kerja demi mencari rezeki untuk anak isteri. Jika sudah disenarai hitam, bagaimana nak pandu kereta? Bagaimana jika pesalah trafik itu berkerja sebagai pemandu lori, bas teksi ataupun sebarang kenderaan lain ? Mereka ini terpaksa menggunakan jalan raya demi mengisi perut mulut-mulut yang ada di rumah !


Hadi mencadangkan agar semua pesalah trafik diberikan hak membela diri di mahkamah. Pakai ON 24 jam la mahkamah nanti..Duit rakyat juga nak guna. Memang merapu la tok guru ni.


Tapi, kawan sokong satu perkara apa yang dikatakan oleh si merapu ni iaitu saman ekor membebankan rakyat. Sebagai bolgerz nyamuk, kawan mencadangkan agar kerajaan menggunakan kaedah bayaran ansuran. Tak le terbeban sangat rakyat.


Hasil kutipan saman adalah pendapatan kerajaan. jadi kerajaan harus mencari mekanisma yang paling sesuai tanpa membebankan rakyat. Ingat bro, PRU 13 dah dekat, kalau deme buat keras kepala, pakai telungkup la BN lepas ni.



Syukur..kawan dan isteri tak ada saman untuk di bayar..Kasihan pada kawan-kawan yang banyak saman tertunggak