Tuesday, February 1, 2011

Pas sebat duit tabung Memali !! Itu ostad olang juga maa !!

Seorang tua berbangsa cina penyokong kuat DAP tanpa jawatan kelu tak terkata apa-apa bila akhbar yang dibacanya memuatkan cerita buku yang di tulis oleh seorang ahli pas dilarang untuk dijual. Dia keliru nak menyokong yang mana satu, maksudnya menyokong buku itu dijual secara terbuka tanpa sekatan ataupun menyokong untuk terus membeku penjualannya.

Kawan tengok dia dok termenung, kawan pun saja mengusik.." tauke, sekarang itu U punya pak aji pak aji janggot pun sudah sebat duit aaa. Itu lagi duit anak yatim ooo, banyak dosa oo".

Dia diam dulu, cari idea la kut.. " itu BN lagi manyak makan luit lakyat..lagi semua tanah dia olang jual oo". balas beliau.

Itu YB BN memang jahat oo,kasi rasuah sana sini. Tapi aa, ini tabung memali aa sudah kutip sejak 1985,kalau tak silap saya la..ini bermakna aa, sudah 25 tahun itu ostad-ostad makan itu duit anak yatim oo,lagi banyak haram oo"..kawan sound dia sikit

"Tak apa, dia olang makan sikit saja, lagipun aa, itu ostad juga olang juga maa".kata cina DAP tu..

Kawan diam, betul juga kata dia..'itu Ostad juga olang maa'

Buat ostad-ostad yang terlibat dalam menCILUK duit derma Memali, korang jangan risau, perbuatan korang tak ada apa-apa effect pun kat akhirat nanti. Maklumlah, tiket syurga dah dapat. Tunggu pilih seat depan belakang jer

No comments:

Post a Comment