Close

Monday, February 7, 2011

ucapan pedih buat Najib dari seorang ibu pelajar Mesir

" Syukur..Syukur..Syukur kepada Allah kerana membukakan pintu hati PM untuk membawa pulang anak saya di Mesir "

Ucapan yang kawan dengar dari sedutan berita Buletin Utama TV3 hari ini dari mulut seorang ibu.

Adakah Najib memang tidak mahu membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir ?

Adakah ada hingga rakyat terpaksa membuat sembahyang hajat melembutkan kan hati Najib untuk bertidak menghantar pesawat membawa pulang rakyat kita ?

Walau mungkin ucapan si ibu ini disunting, namun ayat membukakan pintu hati PM itu terlalu pedih buat Najib. Seolah-olah beliau tidak berusaha langsung untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkandas di sana. Seolah-olah usaha beliau adalah sia-sia. Dan seolah-olah kerana sembahyang hajat dan doa lembut hati untuk Najib lah anak-anak mereka selamat tiba ke tanah air.

5 comments:

  1. kalau najib pecah perut tak dapat rasanya dia tolong makcik ni. nasib baik dia tak pecah perut ye

    ReplyDelete
  2. itu yang budak lelaki tu cakap terima kasih munkin kpd Kjaan Malaysia...apa dia tak tahu ke atau dia buat buta siapa yang tolong hantar pesawat dan lain2 kepayahan untuk ambik dia balik..dia kata munkin????

    ReplyDelete
  3. betul le apa yg si ibu tu ckp, syukur kepada Allah kerana membukakan pintu hati PM utk bawak blk anak dia.
    Jgn le jadi terlalu singkat sgt pemikiran tu, setiap apa yg manusia akan buat adalah dgn keizinan dari Allah, jika Allah tak bukakan pintu hati seseorang utk berbuat sesuatu, seseorang tu akan buntu dan tak akan dapat melakukannya, contohnya kita mesti pernah buat kesilapan yg amat bodoh sekali tanpa kita sedari tapi kesilapan kita tu budak kecik pun nampak, kenapa ini berlaku kerana Allah tak bukakan pintu hati kita.
    tak semestinya Allah bukakan pintu hati seseorang sebab doa dari org lain, Allah maha melakukan apa saja mengikut kehendaknya.
    PM kita tentu tak terasa pedih dgn kata2 ibu tu, kerana dia sudah tentu seorang yg berilmu dan seharusnya beliau selalu berdoa semoga Allah membukakan pintu hatinya utk membuat sagala keputusan yg baik dan tidak merugikan rakyat, jika ada kesalahan sekali pun kita harus berdoa supaya diberikan petunjuk , sebab tu le kita selalu kena berdoa semoga Allah bukakan hati kita utk membuat sesuatu perkara menjadi kebaikan dan bukannya keburukan, jgn le kita cuba nak mengusutkan sesuatu yg tak kusut,sebab nanti nampak sgt kita yg kusut sebenarnya.
    Tak akan bergerak apa pun sesuatu yg kita rancang, klu Allah tak bukakan hati kita.
    Mari kita sama2 mengaji lagi dan lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  4. perkataan 'pedih' tu ayat perli pada aku..

    ReplyDelete
  5. 'membukakan hati' bermakna najib selama ini telah menutup hatinya..tak begitu?

    ReplyDelete