Close

Monday, February 28, 2011

Nik Aziz kata Najib sesat

Najib yang mengajak umat islam mengamalkan islam sederhana di label sebagai sesat oleh Nik Aziz. Ternyata Nik Aziz ni memang tak faham apa yang di ceritakan oleh PA beliau padanya. Ucapan Najib sebenarnya mengajak umat islam mengamalkan ajaran islam yang bersih dan boleh hidup rukun aman damai bersama lain-lain penganut. Pada Najib, umat islam negara ini harus mengikis tanggapan negatif sesama penganut agama lain serta berusaha menjalin kerjasama antara masyarakat. Fahaman ektrimis seperti al-qaeda dan jemaah islamiah haruslah ditinggalkan.

Baru baru ini Indonesia digegarkan dengan serangan ke atas masjid oleh penganut kristian. Ini adalah rentetan serangan ektrimis islam yang menyerang paderi dan beberapa penganut kristian. Artikel yang ditulis dalam majalah NewsWeek ini melaporkan bahawa toleransi agama di Indonesia tidaklah semolek mana. Walaupun mantan presiden Soeharto mewajibkan akan nama setiap rakyat republik itu haruslah bercirikan nama Indonesia, namun pandangan serong antara fahaman agama tidak boleh di elakkan.

Seperti yang kawan kata di awal tadi, pada fahaman NIK Ajis, Najib meminta umat Islam di negara ini mengamalkan setiap ibadat dengan sederhana sahaja. Sembahyang secara sederhana, puasa secara sederhana dan lain-lain tuntuan fardu ain dan kifayah secara sederhana ataupun separuh hati..Apa ni pak aji..lain kali bacalah betul-betul, dengarlah baik-baik.

Nik Aziz sebenarnya tengah cari alasan baik untuk mendaftar nama Lim Guan Eng, Karpal Singh,Lim Kit Siang dari beberapa pemimpin kafir yang lain sebagai ahli syurga. Sesiapa saja yang ada kena-mengena dengan UMNO, BN tidak kan masuk syurga. Tapi jika anda ahli pakatan rakyat tidak kisahlah, PAS ker, pkr ataupun DAP sekali pun, jangan takut kerana tiket syurga dah menunggu biarpun anda mungkin anda sebenarnya kaki haprak.

Syurga ciptaan PAS ni, penduduknya tak ramai, terdiri dari bangsa melayu dan bangsa yang ada di Malaysia sahaja. Ini adalah kerana di negara lain tidak ada parti PAS jadi rakyat negara lain tak berpeluanglah masuk syurga ciptaan PAS ni.

3 comments:

  1. Salam

    Ape kata saudara buat sikit ulasan mengenai Tun Mahathir mengenai Tuan Guru Nik Aziz dan kenyataan beliau mengenai Tengku Zafrul, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd dalam Utusan Malaysia Online pada 27 Febuari baru-baru ini.

    Kenyataan beliau;

    "Orang Melayu keliru dan tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerajaan tolong pun mereka masih keliru.

    "Ada negara yang kerajaannya langsung tidak tolong rakyat. Kerajaan kita wujudkan peluang kerja sampai ada banyak pekerjaan tetapi orang tidak mahu kerja," katanya.

    Pada sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.

    "Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya.

    ReplyDelete
  2. wlkslm..kenyataan tun M ini adalah ulangan dari bukunya yang berjudul Dilema Melayu..segala isi tersurat dan tersirat boleh saudara dapati dalam buku berkenaan.

    berkenaan sokongan Tun pada Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada kawan itu hanyalah pandangan dan sokongan peribadi tun. Tengku Zafrul banyak memberi impak yang berkesan pada pembangunan dan keuntungan Maybank. Namun begitu, tindakan beliau yang menempelak pelantikan Isa Samad dilihat sebagai tidak kena pada tempatnya kerana Isa dilantik oleh PM. Maybank juga adalah badan perbankan penting bagi kerajaan untuk menjual jenama malaysia di persada dunia.

    Pandangan Zafrul bersifat peribadi tetapi ada asasnya pada hujah beliau.

    Keadaan felda pada masa terdekat dan masa panjang dari segi keuntungan, pentadbiran dan usaha untuk menyelesaikan kemelut antara peneroka dan felda akan menjadi petunjuk siapa yang berada di pihak yang betul..Zafrul Atau Najib/Isa Samad.

    ReplyDelete
  3. sederhana merujuk kepada sesuatu perkara yang dilakukan secara biasa, tak kan sembahyang dilakukan secara biasa?? patut dilakukan secara fardu@wajib . .

    ReplyDelete