Close

Monday, February 14, 2011

Ikhtibar dari Mesir : sistem pilihanraya semakin mati

Sistem pemilihan pemimpin negara melalui pilihanraya nampaknya semakin tidak praktikal lagi jika amalan menjatuhkan pemimpin melalui demontrasi jalanan terus diguna pakai.

Mengambil contoh di Indonesia, demo menjatuhkan presiden Sukarno 1998 telah berjaya menggulingkan pemimpin berkenaan. Rakyat Indonesia yang sudah 'terbiasa' dengan budaya berdemo sehingga meninggalkan pekerjaan sanggup berhari-hari berarak jalanan menuntut sesuatu. Bahkan dari seawal usia kanak-kanak lagi warganya sudah diajak oleh bapanya meluahkan perasaan dengan berdemo. Lagi teruk mereka ini didedahkan dengan tindakan ganas membakar dan memusnahkan gedung-gedung perniagaan dan kerajaan.

Kawan pernah menonton berita Indonesia yang memaparkan pelajar sekolah rendah membakar sekolah mereka kerana tidak puas hati dengan Kepala Sekolah berkenaan.

Di Thailand, pertelingkahan penyokong baju merah dan kuning tidak pernah berhenti. Walaupun sudah bertahun lamanya Thaksin di gulingkan, kumpulan baju merah tidak pernah berehat untuk berdemo. Tujuannya hanya satu, Thaksin harus menjadi perdana Menteri Thailand kembali.

Adakah setelah Thaksin kembali berkuasa demo kuasa rakyat ini akan berakhir? Tentu sekali jawapannya tidak kerana pasti kumpulan baju kuning akan mengambil tempat.

Rakyat Mesir berjaya menggulingkan diktaktor Hosni Mubarak melalui demontrasi jalanan. Maka setelah pentadbiran tentera tamat 6 bulan dari sekarang, seorang presiden baru akan dilantik. Adakah calon presiden ini disenangi oleh semua rakyatnya? tentulah tidak! Jadi bagi penyokong-penyokong Hosni akan mengambil tempat berdemontrasi berusaha menggulingkan pentadbir sedia ada.

Jadi di mana kesudahannya?

Tiada pelabur yang ingin melabur di negara yang bergolak . Tiada pelancong yang ingin melawati tempat yang sedang ada rusuhan.

Bahkan gerai menjual gula-gula pun terpaksa ditutup jika berlakunya demotrasi besar-besaran.

No comments:

Post a Comment