Tuesday, February 8, 2011

Kapal TLDM: Pembangkang tak sepakat

Tony Pua menganggap pembelian kapal armada TLDM satu pembaziran. Sudah tentu dia begitu kerana dia bukan sayang sangat pada negara ni pun.

Kawan pernah terbaca dalam akhbar Harakah, seorang pemimpin PAS yang kawan dah lupa namanya menempelak kerajaan kerana betapa mudahnya perairan negara ditembusi oleh lanun. Di masa sekarang, terdapat beberapa buah kapal perang Malaysia generasi terbaru sedang berkawal di perairan Aden, Somalia mengawal keselamatan kapal-kapal dagang Malaysia. Justeru, yang tinggal di Malaysia sekarang ialah kapal perang yang tidak laju dan 'sezen'.

Apa yang mereka mahu kerajaan buat pada TLDM. Adakah TLDM pada masa akan datang hanya berbekalkan tongkang dan bot pancung sahaja?

Jika perairan negara ditembusi lanun, si Tony Pua yang akan terdepan dahulu bab mengutuk kerajaan yang culas bab keselamatan.

No comments:

Post a Comment