Khalid Ibrahim mengambil langkah mengundur apabila mengumumkan mahu menggunakan wang kerajaan negeri Selangor untuk membayar yuran guaman Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei. Suhaimi yang megeluarkan kenyataan pedas terhadap sultan selangor kini sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah.
PKR Selangor barangkali masih selamat jika nak dibandingkan dengan PKR di negeri-negeri lain yang menunggu masa hendak di kebumikan. Di Selangor, PKR masih utuh di beberapa kawasan seperti Shah Alam, Kelang, Kuala Selangor dan beberapa tempat lain.
Namun begitu sebenarnya pada kawan, Khalid sudah termasuk perangkap babi yang di korek sendiri. Khalid bersama Menteri Besar II Selangor, YB Teresa Kok pada satu ketika hampir berjaya memancung Adun BN dengan undi tidak percaya di Sidang DUN Tergempar berhubung perlantikan SUK.
Hasil dari persidangan berkenaan walaupun tidak mendapat sokongan 2/3, Pakatan Rakyat sudah mendapat satu peluru hidup untuk menembak Adun BN. Mereka ( BN )di canang sebagai penderhaka Sultan Selangor yang sebenar kerana enggan menyokong pemberian kuasa mutlak sultan.
namun begitu, kuasa media blogerz yang tidak bergaji dan tidak berpencen telah mematikan hujah Khalid. Namun Khalid masih berada dalam posisi orang yang betul. Walau bagaimana pun, si Shuhaimi yang cuba menjadi hero 'supersub' telah terjaring gol sendiri di saat konco-konco BN sudah hilang modal.
Shuhaimi pun didakwa di mahkamah kerana kandungan artikelnya yang dianggap menghina institusi kesultanan Selangor. Setakat ini Khalid masih lagi ok.
Tetapi, kenyataan yang kerajaan negeri sanggup membayar kos guaman Shuhaimi akan melingkupkan kerajaan PKR Selangor dengan lebih cepat lagi. Khalid pasti didesak meletak jawatan kerana penggunaan wang negeri untuk tujuan menyelesaikan masalah peribadi adalah perkara yang paling bongok yang pernah di buat. Anwar sendiri pun mati kutu kalau nak menjawab isu ini. Di sini jelaslah, siapa pengkhianat sebenar ke atas Sultan Selangor.
Khalid boleh memilih opsyen menolong dalam 'diam-diam' namun jika rahsia ini bocor, tentu lebih gelap muka dan masa depan Khalid menahan asakan media khususnya blogerz. Duit kerajaan negeri untuk rakyat selangor bukannya untuk YB membela diri di mahkamah tambah-tambah lagi jika kes berkenaan melibatkan institusi kesultanan.
Akhir sekali kawan nak tanya..jika Adun PAS yang yang didakwa, adakah Khalid akan melakukan perkara yang serupa seperti Adun PKR seperti Shuhaimi ?
No comments:
Post a Comment