Close

Friday, February 18, 2011

Tiada pilihanraya di Dun Pelabuhan Kelang

SHAH ALAM 18 Feb. – Speaker Dewan Undangan negeri (DUN), Datuk Teng Chang Khim akan memfailkan permohonan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang mengekalkan kedudukan Badrul Hisham Abdullah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang selewat-lewatnya sebelum hujung minggu depan. – Utusan

Kata kawan..speaker dun selangor adalah manusia 'ter'paling hangin dengan keputusan mahkamah hari ini. Dengan gagalnya PRK di Dun berkenaan dibuat, maka terlepas peluang untuk Pakatan Rakyat membuktikan sesuatu di mata rakyat. Dun Pelabuhan Kelang dilihat sebagai satu pentas 55-45 di mana PR terutamanya PKR memperoleh kemenangan sekali gus membuktikan gagasan dan parti berkenaan masih hidup dan diterima rakyat.

PRK Merlimau hanya akan mengabihkan air liur pemimpin PR berceramah kerana dun berkenaan adalah kubu kuat BN. Malah dana PR akan turut menyusut sekiranya wakil PR ( mungkin PAS ) berperang bermati-matian untuk menang.

Kata-kata keramat ahli PKR untuk UMNO/BN semasa PRK Permatang Pauh 2008 yang dimenangi oleh Anwar Ibrahim sejurus perletakan jawatan oleh isterinya Wan Azizah..

'Lawan tetap lawan..Menang belum tentu..Kalah dalam tangan'

Ungkapan berkenaan bertimpa balik kepada PKR.

No comments:

Post a Comment