Azmin Ali tanpa berselindung mendedahkan terdapat usaha PAS mahu bertanding di kawasan yang dahulunya ditandingi oleh PKR. PAS yang sebelum ini berada di kerusi belakang Pakatan Rakyat kini sudah mula panggung kepala mengintai kerusi di kawasan yang berpotensi untuk di menangi. Azmin enggan mendedahkan kawasan terbabit.
Dulu PAS lebih berminat bertanding di kawasan melayu. Tapi trend pengundi cina yang lebih berminat bersama PR menjadikan PAS seperti tentera Islam semasa perang UHUD yang ingkar akan pesan Rasullah sebelumnya. Mata dah kelabu melihat harta rampasan perang menjadikan pejuang-pejuang ini gelap mata.
PAS layak memperlekehkan PKR. Kerana PKR lah Perak terlepas dari genggaman PR. Kerana PKR lah maruah PR terjalar dek gejala lompat parti dan pengisytiharan beberapa Ahli Parlimen PR menjadi YB Bebas. Masalah semasa pemilihan pun tak diselesaikan lagi. Satu demi satu pejuang asal PKR angkat kaki. Bagaimana Azmin boleh mengaku PKR itu kuat ?
Terdapat beberapa blogerz PAS yang sudah panas hati dengan PKR. Jika dahulu mereka yang banyak 'backing baik punya' sudah kasi hentam balik. Malah ada yang terang-terangan meminta PAS mengantikan PKR bertanding di kawasan yang dahulunya ditandingi oleh PKR. Azmin Ali pun sudah kena taruk.
Pakatan Rakyat ibarat sebuah almari kayu yang cantik tetapi di dalam kayu itu penuh anai-anai yang sedang mengobek setiap inci kayu. Jika di biarkan, almari kayu ini akan tinggal habuk.
Kita tunggu apa penjelasan/fatwa terbaru dari NIk Aziz. Kalau tak percaya PKR dengan PAS tengah bad mood, tuan-tuan klik pada tajuk di atas.
No comments:
Post a Comment