Close

Monday, February 21, 2011

rakyat bangkit di Bahrin dan Libya, tanda kemenangan pakatan sulit Amerika




Hosni Mubarak di Mesir tumbang dek terlalu lama memegang kuasa selama 30 tahun tanpa sebarang perubahan pada taraf hidup rakyat.

Kebangkitan rakyat merebak dengan pantas ke negara arab yang lain. Raja Jordan dengan pantas memecat semua menteri kabinetnya dan berjanji untuk lebih memberi peluang pada muka baru sebelum sempat angin revolusi bertiup ke negaranya.

Di Bahrin tunjuk perasaan menuntut pemerintahan beraja di gulingkan. Yang terkini di Libya, negara yang digelar Singa Arab turut tidak terlepas dari angin revolusi kebangkitan rakyat. Libya adalah antara negara yang paling dibenci oleh AS selain Iran dan Korea Utara. Pengeluaran minyak negara berkenaan mencatat jumlah sejuta tong sehari.

Soalnya, mengapa tiada revolusi rakyat di Arab Saudi, Qatar, UAE, Iraq dan Kuwait ? Ini kerana negara-nagara arab berkenaan adalah seperti negara lembu-kerbau bagi AS yang di cucuk hidung. Maaf cakap lah, AS adalah arkitek untuk semua revolusi rakyat ini.

Betapa besar dan bijaknya pengaruh AS ke atas semua negara di planet bumi ini. Di masa sekarang, hanya negara China sahaja yang boleh mengalahkan AS dalam semua aspek.

AS boleh meruntuhkan negara dan pemimpin mana yang mereka mahu melalui gelombang rakyat. Negara-negara arab seperti Arab Saudi, UAE, Qatar dan Kuwait memilih untuk bernaung di bawah kangkang AS dari menentang.

Kawan teringat akan kata seorang Ustaz..'hanya tanah haram dan dimiliki oleh orang Islam, selebihya adalah kepunyaan mereka'. Mungkin ustaz itu merujuk pada rangkaian perniagaan kut.

Bersatu lah kita orang-orang Islam dan Melayu. Bersatuislamelayu.blogspot

2 comments:

  1. Saya setuju bahawa AS adalah dalang dibelakang tunjuk perasaan di timur tengah sekarang.

    Tujuannya supaya masalah ekonomi dalaman AS ditukar kepada masalah timur tengah supaya kerajaan baru ini akan berkiblat ke AS dan ekonomi AS akan 'tumbuh' semula.

    Bila Shah Iran jatuh dulu Ayatollah Khoemeni terus naik tapi tiada pengganti bila Hosni Mubarak turun.

    Harapan saya supaya presiden/PM baru negara arab ini akan kembali semula kepada Islam sebagai asas perlembagaan dan memanggil umat Islam supaya bersatu.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  2. Filem hollywood adalah cerminan sebenar CIA amerika. ber'boneka' kan org arab yang kepingin menjadi kaya dan mewah, cia menggunakan si arab badigol yang terdesak sebagai pencari maklumat.

    Pemimpin yang gagal untuk berkuasa dipilih sebagai robot dan pemangkin revolusi

    ReplyDelete