Close

Wednesday, February 23, 2011

1.4 juta rakyat malaysia belum daftar mengundi: ketua dan ajk UMNO kuat tidur

Secara umumnya, memang kita sedia maklum jumlah besar rakyat Malaysia yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Ada yang memberi alasan memang tidak berminat dengan politik, benci politik dan sebagainya. Itu pendapat masing-masing tetapi mengundi itu adalah hak kita sebagai rakyat.

Seorang rakan menimbulkan resah akan golongan yang melepasi umur 21 tahun masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) walaupun sudah menjadi ahli UMNO. Rakan yang merupakan ahli di Bahagian Taiping Dun Kamunting memberitahu kawan, seramai 550 ahli umno dikesan belum mendaftar sebagai pemilih. Wuii, jumlah yang besar tu !! Tambah menyakitkan hatinya, tidak ada satu pun usaha dari anggota bahagian yang bersungguh-sungguh turun padang mendaftarkan mereka atau sekurang-kurangnya menganjurkan kempen daftar pemilih.

Memang pendaftaran mudah dibuat di pejabat pos tetapi golongan ini perlu 'di tunjuk lorong' betapa pentingnya hak mereka. Perak sekarang bukan negeri Perak yang dulu. Satu undi sangat penting. Menurut rakan itu juga, banyak bahagian UMNO yang lain juga memandang sepi masalah ini. Lagi cepat la BN bungkus lepas ni..

Di kala geng-geng PAS, DAP, PKR hatta MIC sekalipun berlumba-lumba mendaftar ahli mereka sebagai pemilih, mereka di UMNO mana-mana bahagian rilek jer sekadar memandang dan kembali berdengkur.

3 comments:

  1. buat kerja... jgn tidur..










    --------------------------------------------------------------------------------------------
    Transformasi besar kpd generasi muda - Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk Sinar Harian yang Nak MampuS...BACUL!!
    http://Blog1Malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. diaorg ni lebih bminat bodek najib utk jd calon pru 13 nti

    ReplyDelete
  3. puak yang satu tu memastikan penyokongnya bukan sahaja kuat bersorak tetapi juga mereka adalah pengundi berdaftar. yang si UMNO ni dok rajin kumpul2 orang melalui macam2 program, tapi tak kisah sangat sama ada ada mereka tu boleh mengundi atau tidak. pemikirannya ajk peringkat bahagian dan cawangan terhadap kepentingan mendaftarkan pengundi amat lemah. dulu kini barangkali selamanya.....

    ReplyDelete