Close

Sunday, February 6, 2011

Nizar bakal tentang Zahid Hamidi di PRU 13 ?

Menurut sumber yang kawan dapat tahu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri ir. Nizar Jamaludin bakal beralih angin ke Parlimen Bagan Datoh. Untuk rekod, Ahli Parlimen Bagan Datoh sekarang ialah Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Mentri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan, pengundi-pengundi bukan melayu di parlimen Bagan Datoh telah mengundang Nizar untuk bertanding di sana berdasarkan sokongan semasa.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang pula mungkin bakal di isi Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad. Idris yang telah beradu nasib sejak PRK DUN Changkat Jering pada tahun 1997 bagaimana pun tidak pernah menang biarpun beliau adalah anak tempatan Bukit Gantang.

Jika Pakatan Rakyat ditakdirkan merampas Parlimen Malaysia dari BN, kemungkinan Nizar akan memegang satu portfolio menteri penuh.

DAP Perak dikatakan akan meletakkan seorang calon melayu di kawasan pasti menang bagi kerusi DUN sebagai usaha bagi memastikan kerusi MB Perak selepas ini adalah dari kalangan Adun DAP.

Parlimen Bukit Gantang terdiri dari tiga DUN iaitu, Changkat Jering, Kuala Sepetang dan Trong.

No comments:

Post a Comment