Close

Friday, February 11, 2011

PDRM double standart isu mercun dan bunga api ?

Ada member kawan mengeluh panjang dan bermuka pucat bila datang kerja pagi tadi.

" macam mana nak tidur, puak-puak tu main mercun dengan bunga api sampai ke pukul 3 pagi " kata nya.

Kawan mengiayakan saja kerana kawan pun tak boleh tidur memujuk anak yang menangis kerana terkejut dek dentuman mercun dan bunga api sampai ke dini hari.

Bunyi mercun betul-betul atas bumbung rumah kawan yang kuat menggegarkan rumah terutamanya tingkap, bau belerang menusuk hidung. Di langit, beratus-ratus tanglung terbang di tiup angin. Ada yang terjatuh di depan rumah kawan dan apinya sudah padam.

Terdengar juga bunyi plastik ataupun lidi bunga api jatuh di atas bumbung rumah

Pesta mercun dan menerbangkan tanglung mengalahkan pesta menyambut tahun baru ini dengar ceritanya salah satu upacara keagamaan. Kawan tak pastilah hal itu.

1. Bukankah PDRM sudah mengeluarkan arahan supaya tiada tanglung dibakar kerana membahayakan pesawat dan boleh menyebabkan kebakaran ?

2. Mengapa polis tidak bertindak melarang puak-puak ni membakar mercun sampai ke awal subuh? Apakah ada undang-undang membenarkan pembakaran mercun? Adakah hanya terdapat kaum tertentu sahaja yang dibenarkan bermain mercun dan bunga api ?

3. Kawan pasti di atas bumbung balai polis pun ada dentuman bunyi mercun. Mungkin mereka tidak kisah kut.

4. Mengapa ketika bulan Ramadhan, pasukan rondaan bermotosikal polis kerap meronda masuk kawasan kampung dan taman perumahan mencegah permainan mercun oleh kanak-kanak tetapi semacam tidak kisah jika melibatkan kaum itu ?

Kalau kawan cakap lebih-lebih pulak nanti dikata kawan ni perkauman pulak. Tapi memang kawan geram. Nak marah pada siapa? Bunga api beratus-ratus dari pelbagai arah.

Apa yang pasti, lagi 4 hari penutup tahun baru mereka..macam mana lah nasib kami ni nanti ?

No comments:

Post a Comment