Hadi Awang menempelak usaha kerajaan mengutip saman tertunggak. Walaupun tamat tempoh pemberian diskaun di berikan oleh PDRM, namun RM 5.5 juta masih belum dilangsai.
Hadi Awang memberi opsyen pada rakyat untuk menukar kuasa pemerintah kepada PR. Dengan bermodalkan air liur beliau, Hadi berjanji untuk mengkaji untuk mengkaji pelaksanaan saman ekor yang tidak dinafikan 'memang' membebankan rakyat.
Apakah rasionalnya menyenarai hitam pesalah yang belum membyar saman trafik?
seorang rakan masih mempunya 4 saman tetunggak speed trap yang jumlahnya hampir RM 1000. Kalau diskaun mungkin jadi RM 500, masih banyak lagi.
Jangan pandang rendah pada janji Hadi Awang ini. Di zaman melesetnya ekonomi beserta kenaikan harga barangan keperluan, setiap ringgit amat berharga. Apa lagi jika pesalah trafik ini mempunyai keluarga yang besar dan anak-anak yang masih kecil lagi.
Hampir semua kalangan kita menggunakan jalan raya setiap hari untuk berulang alik ke tempat kerja demi mencari rezeki untuk anak isteri. Jika sudah disenarai hitam, bagaimana nak pandu kereta? Bagaimana jika pesalah trafik itu berkerja sebagai pemandu lori, bas teksi ataupun sebarang kenderaan lain ? Mereka ini terpaksa menggunakan jalan raya demi mengisi perut mulut-mulut yang ada di rumah !
Hadi mencadangkan agar semua pesalah trafik diberikan hak membela diri di mahkamah. Pakai ON 24 jam la mahkamah nanti..Duit rakyat juga nak guna. Memang merapu la tok guru ni.
Tapi, kawan sokong satu perkara apa yang dikatakan oleh si merapu ni iaitu saman ekor membebankan rakyat. Sebagai bolgerz nyamuk, kawan mencadangkan agar kerajaan menggunakan kaedah bayaran ansuran. Tak le terbeban sangat rakyat.
Hasil kutipan saman adalah pendapatan kerajaan. jadi kerajaan harus mencari mekanisma yang paling sesuai tanpa membebankan rakyat. Ingat bro, PRU 13 dah dekat, kalau deme buat keras kepala, pakai telungkup la BN lepas ni.
Syukur..kawan dan isteri tak ada saman untuk di bayar..Kasihan pada kawan-kawan yang banyak saman tertunggak
No comments:
Post a Comment