Tuesday, December 15, 2009

kerajaan dah tiada duit?

ini 1 maklumat dari seorang guru yang katanya 75% tepat. Tahun 2010 tiada lagi peruntukan untuk murid-murid seperti Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ), Skim Baucer Tuisyen ( SBT ), dan Bantuan Uniform Persatuan Koko. Bagi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan Rancangan Makanan Tambahan akan diperkecilkan sehingga 50% dari jumlah murid asal.
Khabarnya lagi tahun 2010, hanya sebahagian kecil sukan yang akan dipertandingkan antaranya olahraga dan bolasepak sahaja.

Soalnya sekarang...

1. Mengapa ini berlaku? dah habis ke duit untuk Pelan Ransangan Ekonomi yang tak berapa nampak hasilnya?

2. Mengapa PM yang dulu-dulu ( atau menteri pendidikan yang dahulu ) tidak mengantung sebarang bantuan kepada murid?

3. Tak kesian ke dengan murid2 yang miskin dan yang tinggal di luar bandar yang tiada kemudahan kelas tambahan?

4. Teruk sangat ke Malaysia dalam krisis ekonomi global sampai korbankan anak2 malaysia?

Macam yang penulis cakap mula2 tadi, ini cuma maklumat 75% tepat. Kalau nak tau keputusannya, tunggu lah sekolah buka nanti.

p/s: pelik,pelik,pelik.............

3 comments:

  1. Memang betul... i cikgu yg mengajar kat kedah, i mmg dapat maklumat tu. Anak i ada seorang yg pi sekolah khas, katanya, tiap minggu pelajr asrama kena balik sebab tak ada peruntukan makanan. Mungkin asrama penuh tak kena kot. Byk lagi bantuan akan di tarik balik atau di kurangkan.

    ReplyDelete
  2. duit asyik kene songlap jer..mana tak habis..kalo setinggi gunumg everest pun kalo asyik ditarah jer..abih jugak..BN dah hampeh da skunk..hurmmm

    ReplyDelete