Friday, June 5, 2009

Realiti TV dan Kehidupan

Banyaknya program realiti tv berbentuk nyanyian,ahli sukan,pelawak dan yang terbaru program mencari pelakon pada masa sekarang seakan bertambah-tambah ibarat cendawan selepas hujan ataupun bunyi katak selepas hujan. Program yang kebanyakannya beorentasikan pungutan sms untuk mencari pemenang ini seakan-akan menjadi trend syarikat TV mencari publisiti mahupun keuntungan.
Program realiti tv bercambah di Malaysia bermula dengan program Akademi Fantasia ( AF ) yang bermula pada tahun 2003. Di waktu itu penonton di Malaysia masih kabur dengan perjalanan program,masih tercari-cari bagaimana hendak ber SMS ( AFUNDI ) dan agak keliru dengan dengan keluarnya pelajarnya setiap minggu yang disambut deraian air mata beserta pelukan antara pelajarnya tidak kira lelaki ataupun perempuan. Langkah pertama ASTRO ini adalah pemangkin kepada program realiti di Malaysia walaupun tidak ramai yang mengetahui wujudnya program ini tetapi ASTRO telah berjaya menanam 'benih AF' ini. Buktinya ASTRO berjaya dengan AF 2 ( tiada lagi adengan peluk dan dukung pelajar perempuan ) dan AF 3 yang boleh dianggap program realiti paling berprestij dengan ikon MAWInya. Langganan untuk sistem ini juga bertambah.
Kejayaan AF ini telah membuka mata syarikat TV yang lain untuk turut sama bersaing. MediaPrima misalnya telah membawa masuk Malaysian Idol yang difrancais dari program popular US 'American Idol'. MediaPrima juga telah mempekenalkan rancangan Who Want To Be Millionnaire ( WWTBM) yang menawarkan hadiah wang tunai RM 1 juta. Rancangan Audition,Mentor dan yang terbaru Oo la la yang tersiar di TV9. Rancangan berbentuk keagamaan turut direaliti tv kan umpamanya Akademi Al-Quran dan juga Akademi Nasyid. Untuk anak-anak kecil dibuat program Bintang Kecil.

Persoalannya kini...

1. Adakah semua belia-beliawanis ni negara ini berhasrat untuk menjadi artis? Buktinya setiap ujibakat yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan yang hebat tidak kira penggangur, pelajar sekolah mahupun IPTA, suami ataupun isteri orang. malahan individu bertaraf profesional juga sanggup berhenti kerja setelah mendapat tawaran menyertainya.
2. Tidakkah pengundi-pengundi sayang akan wang mereka yang telah dibazirkan untuk mengundi peserta pilihan mereka ?
3.Apa nasib pelajar-paelajar imi sekiranya tidak berjaya menjadi juara ataupun sekurang-kurangnya layak ke final?
4. Berkualitikah pelajar-pelajar ini setelah habisnya program ini?
5. Apakah sumbangan program ini untuk negara ?

Negara kita sekarang tidak seperti dahulu yang utuh dari segi kekuatan ekonomi mahupun politik. Penulis bukan membangkang program realiti cuma membangkitkan sekumit kesedaran kepada semua. Hiburan yang berlebihan sedikit sebanyak bisa melalaikan kita. Tidak molek jika anak-anak kecil sudah diajar 'tuang kelas' semata-mata mengikuti kelas nyanyian dan membuat persembahan 'hidup mati' setiap minggu.

1 comment: