Close

Saturday, May 30, 2009

Chin Peng dan hujah-hujah pro-kontra

boring kat rumah,isteri pula tengok cerekarama Kerana Kaseh ( tv3).lantas capai kunci motor,hidupkan enjin menuju ke warung simpang 3. terdengar rancak perbualan sekumpulan manusia di meja sebelah berkenaan isu

Setelah 20 tahun selepas termentri perjanjian gencatan senjata antara Parti Komunis Malaya dan kerajaan malaysia ( PKM ) yang berlangsung di kota Bangkok pada 1989, asap nipis sisa-sisa perjuangan pengganas ini nampaknya boleh dilihat semula. Bukan maksudnya terdapat semula gerakan parti ini di hutan tetapi mengenai permohonan pulang oleh Setiausaha Kehormat PKM Chin Peng ke tanah airnya.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Chin Peng sendiri sebagai mewakili PKM manakala pihak Malaysia diwakili oleh Tun Haniff Omar selaku ketua Polis Negara ketika itu. perjanjian ini turut disaksikan oleh oleh rakan-rakan PKM yang lain seperti Abdullah CD dan Rashid Maiden.
di saat negara sedang bergelora dengan ombak politiknya,tentulah isu Chin Peng ini turut menjadi isu. disebabkan kerajaan pusat menolak kepulangan Chin Peng maka seperti sudah diduga di pihak pembangkang menyokong kepulangan beliau. Antara hujah-hujah popular pemimpin pembangkang ialah

1. Chin Peng sudah tua dan uzur dan tidak lagi mampu memberi ancaman kepada negara. Berilah peluang untuk beliau menghabiskan sisa hidupnya di sini.

2. Doktrin komunisme sudah lemah dan mungkin sudah berkubur di Malaysia. Masyarakat negara ini sudah bijak menilai yang mana baik dan buruk.

3. Maafkan lah kesalahan beliau kerana memaafkan kesalahan orang lain adalah perbuatan terpuji dan disukai tuhan.

4. Mengapa kita boleh menerima bangsa-bangsa lain yang turut sama menjajah dan pernah melakukan kekejaman yang sama terhadap penduduk negara ini dahulu seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun ?

5. Syaratkan beliau supaya tidak lagi menyebarkan fahaman komunisme sekiranya diberi keampunan.

6. Mengapa kerajaan boleh menerima kepulangan Ketua Sayap Wanita PKM, Shamsiah Fakeh pulang ke Malaysia sedangkan dia turut sama berjuang bersama Chin Peng.?

itu antara hujah-hujah mereka dan ini antara jawapan yang saya dengar dan mungkin ada benarnya...

1. Chin Peng adalah penjenayah paling kejam yang pernah hidup di tanah melayu. kekejamannya bukan sahaja dialami oleh penduduk berbangsa melayu malahan bangsa-bangsa lain pun turut merasai kesannya. dia jugalah yang merancang semua serang hendap ke atas balai-balai polis, kubu-kubu pasukan keselamatan, kampung-kampung dan pekan serta bandar.

2. Tindakan kerajaan tidak menangkap Chin Peng walaupun hakikatnya kerajaan tahu dimana dia berada dan tinggal di Thailand adalah lebih memadai untuknya.

3. Chin Peng tidak menyerah diri kepada kerajaan selepas gerakan mereka mulai lemah dan beliau memilih bersembunyi di sempadan negara. ini bertujuan memudahkan beliau menyusup masuk untuk melakukan serang hendap keatas penduduk kampung dan pasukan keselamatan.

4. banyak anggota pasukan keselamatan,keluarga mereka, home guard dan penduduk tanah melayu ketika itu yang telah terbunuh, cedera kekal dan anak-anak mereka menjadi yatim piatu akibat kekejaman komunis. mengapa pihak pembangkang tidak mengutamakan nasib dan kisah mereka dahulu.

5. shamsiah fakeh tidak melarikan diri sebaliknya dihantar ke China untuk berkursus di sana.
Malah beliau sendiri mengakui tidak pernah membunuh walau serang pun anggota pasukan keselamatan.

6. beliau masih mampu menyebarkan fahamannya kepada sesiapa jua terutamanya masyarakat yang naif dan tidak peka kepada sejarah tanah air. lihat lah mereka yang terlibat dalam gerakan hin...f, ajaran sesat ayah Pin dan lain-lain lagi.

saya hanya mendengar sahaja perbincangan mereka yang rata-ratanya berkain pelikat, berbaju melayu dan berketayap. sambil menghabiskan teh tarik dan rokok, membayarkan harga minuman dan terus berlalu.

No comments:

Post a Comment