Close

Tuesday, August 4, 2009

Sebatang Tongkat Untuk Berdiri

Pernah dengarkah kalian lagu ini'sebatang tongkat untuk berdiri' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan rock tersohor SEARCH sekitar era 90'an dulu? Biarpun lagu ini tidak sepopular lagu SEARCH yang lain seperti Isabella,Fantasia Bulan Madu,Teguh,Kejora dan lain-lain lagi. Pengisian lagu ini menceritakan berkenaan seorang yang putus harapan berkenaan kekasihnya dan mencuba mencari bagaimanakah caranya memujuk kekasihnya kembali.

Hari ini,saya sempat berbual dengan rakan sekerja yang cuba untuk mengusahakan kebun keladi. Benih keladi ini dibeli sekitar harga 30 sen sepokok dari seorang bukan melayu di Matang. Rakan saya ini yang menanam keladi ini di tanah pusaka keluarganya cukup memuji akan penjual benih keladi ini yang disifatkannya sebagai seorang pemuda yang rajin. Mana tidaknya,penjual benih ini sanggup berhenti dari menjawat jawatan pegawai bank dan sanggup pula mengusahakan tanaman keladi seluas 6 ekar. Penjual keladi ini amat meminati ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ).

Katanya DSAI adalah seorang yang bijaksana kerana cuba membantu membuang sikap malas orang melayu,sikap membudayakan diri dengan subsidi,menjadikan orang melayu lebih produktif dan lain-lain lagi. Katanya DSAI apabila menjadi PM nanti,beliau akan membuang 'tongkat' orang melayu dengan tujuan orang melayu mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain.Entah dari kenyataan DSAI mana si penanam keladi ini dengar penulis tak tahulah.
Jelaslah si penanam keladi yang dulunya dalam golongan profesional ini sering mengikuti ceramah-ceramah politik. Penulis sedikit menyokong juga pandangan DSAI berkenaan 'tongkat' ini tetapi beberapa perkara perlu diperhalusi juga.

Persoalannya ialah

1. Adakah orang melayu yang turut sama mengagumi ketokohan dan menyokong perjuangan DSAI bersetuju dengan hal 'tongkat' ini?
2.Orang PAS apa komen,setuju juga ke?
3.Bolehkah orang melayu 'survive'jika tongkat ini ditarik balik?
4.Bagaimana nasib bangsa kita akan datang jika tongkat ini dikekalkan? Kalau dibuang?

Memang tongkat ini menjadikan sedikit sebanyak menjadikan orang melayu malas tetapi dengan menghapuskan ataupun cubaan 'memendekkan tongkat' ini pun kelihatan tidak bersesuaian pada masa sekarang. Ini pada pandangan peribadi penulis sahaja. Pada pandangan penulis, sebaiknya diletakkan dalam takwim sekolah program keusahawanan di mana terdapat hari murid terlibat secara serius dalam aktiviti perniagaan. Ini secara tidak langsung mendedahkan murid tentang dunia untung rugi perniagaan. Tujuannya kerana seringkali kita mendengar mengatakan orang melayu takut berniaga maka baiklah didedahkan awal-awal lagi tentang konsep perniagaan( bukan meminta derma di depan bank ataupun stesen minyak ).

p/s: dah lama kan tak dengar slogan popular dalam ceramah PAS sekitar PRU ke 10 ( 1999 sebelum terbentuknya Barisan Alternatif),apa yang kekal harta orang melayu hanyalah Keretapi Tanah Melayu ( KTM ) sahaja. Mungkin slogan ini akan diguna pakai oleh umno pula selepas ini. Siapa tahu kan....

No comments:

Post a Comment