Monday, June 8, 2009

Malaysia tidak kekurangan bakat bola sepak

Saya mempunyai hobi yang mungkin sama dengan kebanyakan orang'lelaki' iaitu menonton bola sepak. Tidak kira siapa yang main, Liga mana, Lelaki atau perempuan, waktu awal ke,tengah malam ke ataupun santak pagi walaupun paginya perlu kerja. Puas isteri, rakan-rakan menasihat dan memerli akibat mengantuk ditempat kerja namun saya buat dek sahaja. Tidak cukup dengan menonton televisyen, saya juga kerap menonton perlawanan bola sepak terutamanya melibatkan sekolah-sekolah bawah 19,18 dan 15 tahun. Dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja sempat juga melencongkan kereta ke padang bola. Tahun ini saya sempat menonton aksi beberapa perlawanan dalam daerah Larut Matang dan Selama ( Taiping ). Agak membanggakan kerana sekolah lama saya iaitu SMK KING EDWARD VII ( KEVII) telah menjAdi johan pertandingan bwh 18 tahun ( 2009 ) berkenaan walaupun bukan lagi dibimbing oleh cikgu lama saya iaitu cikgu Suhaimi ( yang kini guru penolong kanan HEM di SMK DR Burhanuddin ).
Di masa artikel ini di tulis, saya sedang menonton perlawanan bola sepak Bawah 17 Jemputan Perancis yang diadakan di Toulose. Perlawanan di antara Belanda menentang Mesir.
Jika dilihat daripada skil, kawalan bola, kualiti hantaran dan kecergasan pemain, tentulah banyak berbeza dengan tahap pemain kita. Saya kerap mengikuti banyak kejohanan MSSM ( sebagai penonton ) yang melibatkan tahap umur remaja, saya berasa sangat seronok kerana corak permainan yang laju, hantaran yang kemas dan semangat juang yang tinggi. Sempat juga saya mengenal pasti bakat-bakat baru naik dan saya mengharapkan supaya mereka ada dalam kancah bola sepak tempatan. Namun harapan saya meleset kerana daripada mungkin 10 orang yang saya kenal pasti, tidak ada seorang pun yang menyinari bola sepak domestik sekarang.

Antara mungkin punca-puncanya....

1. Pemain menyambung pelajaran di peringkat IPT dan hanya terlibat dalam pertandingan peringkat MASUM dan liga Celcom.
2. Hilang minat dengan bola sepak dan tidak bersedia dengan latihan-latihan agresif dan disiplin dan jadual yang padat.
3. Tidak mendapat restu dari ibu bapa untuk terlibat dalam bola sepak profesional, Ramai ibu bapa berbuat demikian kerana tidak mahu anak mereka terdedah dengan risiko kecederaan. Ditambah pula dengan himpunan kisah-kisah yang tidak elok berkenaan pasukan-pasukan negeri dan kelab yang bermasalah pembayaran gaji, rasuah dan masalah dalaman pengurusan sehingga menyebabkan kebajikan pemain terabai.
4. Sikap kroni pilih bulu .pengurus dan jurulatih baik di peringkat negeri, daerah hatta di peringkat zon sekali pun walaupun melibatkan bawah 12 tahun. Lihatlah bola sepak Malaysia, pemain tidak berkualiti diperingkat liga pun boleh diambil menyarung jersi negara. Bila dah kalah, salah kan padang, pemain banyak yang cedera dan macam-macam lagi.

Ramai guru-guru tidak mempunyai tauliah melatih muridnya. Modul latihan hanya diterapkan berdasarkan pengetahuan sedia ada sahaja. Liga Malaysia terlalu membosankan. Tidak perlu malu untuk meluahkan kerana itu memang hakikatnya. Buat masa sekarang, jika kita menonton sebarang pertandingan liga super hatta melibatkan Selangor menentang Kedah sekalipun,jika perlawanan itu mempunyai kualiti hantaran tepat melebihi 80% maka sewajarnya FAM sudah boleh membuat kenduri doa selamat.

No comments:

Post a Comment