Sunday, December 6, 2009

Tewas 1-3. Itulah tahap bola sepak Malaysia

kekalahan bola sepak Malaysia kepada Vietnam sebentar tadi dalam sukan SEA Loas bukanlah sesuatu mengejutkan. itulah tahap kita, hanya gah di laman sendiri dan pondan di pentas antarabangsa. Saya agak gelihati setelah melihat Shukor Adan dianugerahkan Pemain Terbaik perlawanan Akhir Piala Malaysia 09. Bukan kerana apa, memang beliau layak mendapat anugerah itu dalam perlawanan berkenaan kerana permainan lebih menjadi berbanding Indra Putra mahyudin tetapi permainan Shukor lebih kepada cara budak sekolah bermain semasa beliau menyarung jersi kebangsaan. Saya bukan pandai bermain bola sangat, cuma memberi komen. Semua wartawan sukan, pengulas dan pemerhati bola sepak bukan semuanya pandai bermain bola sepak akan tetapi suara dan catatan mereka tetap menjadi ketakutan pemain.

Bola Sepak kita dilanda kelembapan seiring dengan senario politik dan ekonomi. Malah makin lembab,lembab dan terus lembab

2 comments:

  1. kembalikan semula liga utama tempatan kepada liga semi-pro. negara di ranking ke 152 dunia tidak layak untuk memiliki liga profesional. jika kita buka fifa.com untuk menjenguk kedudukan ranking dunia, pasti kita tercari-cari di manakah malaysia. page 1 ade 1-50, xde. page 2 pun xde. page 3 ade thailand (107), singapore (111), indonesia (127), vietnam (130). page 4 baru jumpa malaysia (152). di atasnya negara afrika, eritrea, di bawahnya ade liechtenstein (eropah). kedua2 negara ini tidak lgsg mengambil serius tntg bolasepak. malaysia? berapa juta dihabiskan utk sukan ini? berapa juta pula rakyat malaysia yg bermain dan minat bolasepak? siapa yg bersalah dlm hal ni?

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas komen saudara Shah Qamary, buat pengetahuan semua, amalan politik sudah lama dalam pentadbiran sukan.budaya kronisme,nepotism, cantas-mancantas memang lama berakar umbi dalam pentabbiran sukan. saya sudah 6 tahun tidak ke stadium.puncanya takut saya tertidur. bola sepak kita syok sendiri

    ReplyDelete