Close

Tuesday, December 15, 2009

Kampung 'pening lalat'

Penulis telah mengunjungi 1 kematian saudara terdekat di sebuah kampung yang bernama Kg. Banjar, Batu 45, Jalan Bruas, Ayer Tawar, Perak. Bukan penduduk kampung ini yang pening lalat, tetapi pening kepala kerana terlalu banyak lalat. Penulis terfikir, agaknya, bagaimana penduduk kampung ini mengadakan kenduri. Penulis perhatikan, lalat2 ini bukan sahaja menghurung bekas makanan malah tanah dan rumput juga dihurungnya.
Menurut penduduk kampung ini, masalah ini timbul akibat pusat penternakan ayam yang tidak tersusun prosesnya. Sudah berkali mereka adukan malah pernah ada penduduk yang mengirim ketidakpuasan hati di ruangan surat pembaca dan ruangan sms tetapi tiada tindakan. Geleng kepala penulis bercampur kasihan.
Kemudiannya penulis diberitahu sungai yang mengairi kampung ini juga turut tercemar. benar, sungai ini bukan sahaja berwarna hitam malah berbau busuk. seorang budak yang kebetulan melalui jambatan mengatakan dia sudah lama tidak melihat ikan hatta biawak sekalipun berenang di sungai itu.
Mereka penduduk kampung yang terpinggir yang rata2nya melayu. ADUNnya penulis tidak tahu ( mengikut maklumat dari BN yang PRU 12 dulu menang cukup2 makan, ceritanya hanya 9 undi) tetapi Ahli Parlimennya ialah Ngeh Koh Ham ( pendekar DAP Perak/Malaysia ). Di sana sini tersergam kain rentang majlis berkhatan anjuran DAP tetapi kawasan sendiri terbengkalai dan busuk.

Tiada apa yang penulis boleh bantu kerana penulis bukanlah Karam Singh Walia tetapi penulis berjanji pada mereka yang ada ruangan dalam blog penulis untuk isu ini. Kepada pihak berwajib, tolong lah ambil tindakan

No comments:

Post a Comment