Close

Thursday, December 30, 2010

Bila cuti Umum Malaysia Juara AFF Suzuki pun jadi bahan politik..

Kawan tak faham la apa yang buat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, tak puas hati pasal pemberian cuti umum berikutan kejayaan skuad bolasepak Malaysia menjuarai AFF Suzuki di Jakarta malam tadi. Beliau mempertikaikan pemberian cuti berkenaan pada hari Jumaat bukannya hari ini Khamis.klik tajuk untuk untuk paparan berita sebenar

Ini dia tuduh Najib berat sebelah le ni konon-konon boikot kelantan..Mengapalah ada ahli politik yang bengap macam ni kat Malaysia ni!

Woi Pak NIK, Bukan setakat Kelantan jer, Terengganu dengan Kedah pun sama juga. Kedah ambil cuti hari Ahad. Ada diorang bising? Kalau orang politikkan isu banjir awak marah. Kelantan boleh pilih cuti hari ini. Tapi dasar sekolah tak habis, semua benda nak jadi modal politik.

Kami faham,memang ada pemain dari kelantan mewakili team negara tapi tak payahlah di ungkit-ungkit perkara tu. Kelantan nak cuti sehari ker,seminggu ker,itu kerajaan negeri buat keputusan la.

Tahniah buat Skuad negara kerana berjaya menjuarai AFF Suzuki 2010 walaupun berhadapan dengan demontrasi dari rakyat indonesia yang fanatik , hanya training tepi kolam renang, bergerak ke Stadium BUng Karno dengan menaiki kereta perisai tentera dan beraksi tanpa seorang pun penyokong Malaysia di stadium. Tahniah Harimau Malaya!!!!!!

3 comments: